Kami wakil rakyat wanita DAP Johor amat mengalu-alukan pemakluman pertukaran pegawai tadbir Johor semalam. Antaranya, 12 orang pegawai wanita telah dinaikkan pangkat atau ditukar tempat pertugasan.
Walaupun ini bukan kali pertama dalam sejarah negeri Johor, kami masih ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Hajah Hazlina Binti Jalil yang ditugaskan sebagai Pegawai Daerah Kota Tinggi dalam pengumuman semalam. Pertukaran ini membuktikan bahawa kaum wanita Johor mampu bersaing dalam bidang kepemimpinan. Sebagai rekodnya, Puan Hajah Hazlina merupakan wanita pertama yang menyandang jawatan Yang diPertua (YDP) pihak berkuasa tempatan dalam sejarah negeri Johor pada tahun 2019.
Pada masa yang sama, Puan Norliyati binti Md Nor yang ditugas sebagai YDP Majlis Perbandaran Kluang (MPK) adalah YDP wanita yang kedua dalam sejarah Johor dan yang pertama di MPK.
Selain itu, kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Hajah Shubanah Binti Yusuf yang telah lama berkhidmat sebagai Jurutulis Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor atas pelantikan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor. Kami wakil rakyat amat menghargai perkhidmatan Puan Hajah Shubanah Binti Yusuf selama beliau bertugas di Dewan Negeri Johor.
Pertukaran lain termasuk Yang Mulia Ungku Suzana Binti Ungku Mohammad, Puan Hajah Nor Azleena binti Abdul Rahman, Puan Tazrina Binti Ahmad, Puan Noor Faezah Binti Md. Esa, Puan Nurul Ashikin Binti A. Jabar, Puan Azfan Binti Haji Azhari, Puan Hajah Farhana Binti Abdul Majid, Puan Nurul Aishah Binti Mohamadon, Puan Nur Erleta Binti Abu Samah.
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke atas pencapaian mereka dalam perkhidmatan awam dan kecemerlangan dalam kerjaya masing-masing. Kami berharap Kerajaan Negeri Johor akan terus memberi peluang kepada golongan wanita supaya siling gelas akan dipecahkan pada masa yang akan datang.
Teo Nie Ching
AHLI PARLIMEN KULAI
Yeo Bee Yin
AHLI PARLIMEN BAKRI
Wong Shu Qi
AHLI PARLIMEN KLUANG
Gan Peck Cheng
TIMBALAN SPEAKER DUN JOHOR & ADUN PENGGARAM
Liow Cai Tung
ADUN JOHOR RAYA
Chew Peck Choo
ADUN YONG PENG