Skip to content

Tahniah kepada semua yang “menjayakan” perhimpunan yang namanya PAU, tapi semacam PAD (Perhimpunan Agung DAP).

Sukar untuk cari seorang yang tak sebut frasa “DAP” dalam ucapannya, malah nama pemimpin DAP lagi kerap disebut daripada nama pemimpin sendiri.

Sampai ada yang katakan “tak pernah bersama”.

Adalah lumrah bahawa bukan setiap rakan sekerja dalam satu pasukan adalah rapat serta serasi dan bukannya setiap seorang rakan sekerja boleh makan minum bersama selepas waktu bekerja.

Tapi yang paling penting adalah kekalkan semangat profesionalisme waktu bekerja. Usah sengaja katakan “tak pernah bersama” demi tunjukkan taring, ini namanya tipu diri sendiri.

Pengundi sudah serik dengan wayang politik yang syiok sendiri dan tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.

Kalau rasa boleh bangkit semula dengan jadikan DAP sebagai musuh khayalan, sila teruskan.

Cuma bila berlawan PAS & PPBM nanti dalam kesemua kerusi campuran, jangan pula tukar muka lain dan katakan “kami wajib bersama”.

Rakyat adalah bijak dan sedang menilai.