Saya ucapkan tahniah kepada Ahmad Samsuri Mokhtar atas kemenangannya dalam pilihan raya kecil Kemaman.
Persoalannya sekarang adalah sama ada Hadi Awang akan meletakkan jawatannya sebagai Presiden PAS untuk membolehkan Samsuri mengambil alih dan memimpin sebuah PAS yang bersifat lebih moderat dan terbuka, menjadi sebuah parti yang menolak ucapan kebencian, penipuan, fitnah, dan berita palsu – perkara-perkara yang sudah menjadi sinonim dengan PAS sejak meninggalkan Pakatan Rakyat pada tahun 2015?
Masa hadapan Malaysia amat gelap sekali sekiranya salah satu parti Pembangkang utama di Parlimen dipimpin oleh Ahli-ahli Parlimen, termasuklah yang memegang ijazah doktor falsafah, yang buta media dan mereka yang gagal untuk membezakan di antara kebenaran dan penipuan atau mengenal pasti fitnah, berita palsu, dan perkara yang tidak tepat.
Samsuri adalah seorang jurutera aero-nautikal.
Adakah dia akan membawa PAS ke dalam satu era yang lebih relevan dengan realiti dan keperluan Malaysia?