This is really uncalled for.
Tak sepatutnya seseorang yang hanya menyindir melalui lukisan dan tulisan dilarang dan disekat pergerakannya ke mana-mana.
Kalau tulisan atau lukisannya betul-betul salah di bawah peruntukan undang-undang, hadapkan sahaja individu tersebut ke muka pengadilan dan biarkan hakim yang membuat keputusan.
Bukannya melaksanakan kuasa pentadbiran dengan melarangnya ke luar negara.
DAPSY tidak sesekali bersetuju dengan tindakan pihak berkuasa yang melarang Fahmi Reza ke luar negara.
Imej pentadbiran Madani tidak seharusnya dicalarkan oleh tindakan sebegini.
Rakyat sedang memerhati dan larangan harus ditarik balik serta-merta tanpa sebarang syarat.