Skip to content

Takziah buat mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Tidak ada kata-kata yang boleh diucapkan untuk menggambarkan kesedihan kita semua ketika menerima khabar tragedi kebakaran yang meragut nyawa anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Laporan awal memberitahu bahawa mangsa yang terkorban semuanya masih remaja, antara usia 13 hingga 17 tahun.

Bagi pihak DAP, saya mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat. Semoga kita semua dikurniakan kesabaran dalam menerima ketentuan takdir, serta diberikan kekuatan untuk menempuhi hari-hari mendatang.

Semoga roh anak-anak yang baik ini dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama arwah para syuhada dan solehin.

Kita juga berharap supaya siasatan ke atas punca kebakaran tersebut akan dapat memberi pengajaran dalam soal kebertanggungjawaban dan urustadbir yang baik, supaya tragedi sebegini tidak berulang lagi pada masa akan datang.