Skip to content

Tan Sri Abdul Hadi Awang, sekali lagi mengeluarkan kenyataan tanpa asas dan bersifat provokatif

Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang, sekali lagi mengeluarkan kenyataan tanpa asas dan bersifat provokatif dengan mendakwa kononnya kerajaan kini lebih menjaga “anjing gila yang berbahaya” daripada keselamatan manusia.

Jika dakwaan ini benar dan serius, mengapa 43 Ahli Parlimen PAS, termasuk beliau sendiri, tidak pernah membangkitkan perkara ini di Dewan Rakyat? Apabila tuduhan keras hanya dibuat di luar Parlimen tetapi sunyi di dalam Dewan Rakyat, orang ramai berhak mempersoalkan sama ada ia benar-benar melibatkan isu keselamatan awam atau sekadar retorik murahan untuk menarik perhatian.

Jika benar wujud bukti, Parlimen ialah tempat yang sewajarnya untuk dibentangkan. Jika tidak, kenyataan sebegini hanya memberi gambaran bahawa drama politik lebih diutamakan daripada tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen.

Menjelang tahun baru, saya menasihatkan Presiden PAS supaya menetapkan azam yang lebih bermakna kepada rakyat, iaitu menghadiri sidang Parlimen dengan lebih kerap, agar beliau tidak terus dikenang kerana mencatat rekod kehadiran kedua terendah dalam Dewan Rakyat pada tahun ini.