Skip to content

Tangguhkan rancangan untuk pelajar IPT kembali ke kampus demi elakkan wabak menular di kampus nanti

Saya meminta Dato’ Dr. Noraini Ahamd, Menteri Pendidikan Tinggi segera menangguhkan rancangan untuk pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) kembali ke kampus mulai esok demi mengelakkan keadaan wabak semakin teruk di kampus pengajian.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebelum ini menjangka bahawa 100,000 pelajar IPT akan pulang ke kampung sempena cuti perayaan Aidifitri, dan mengatur agar pergerakan pelajar IPT kembali semula ke kampus pada 15 sehingga 20 Mei.

Menurut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) terhadap pelajar IPT yang pulang kampung, semua pelajar dari Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mesti diasingkan setelah kembali ke kampus. Oleh kerana PKP telah dilaksanakan di seluruh negara, maka semua pelajar yang Kembali ke kampus haruslah diasingkan, tetapi pelajar IPT di kebanyakan asrama universiti adalah berkongsi bilik dan kemudahan bilik mandi, maka adalah mustahil untuk memenuhi syarat pengasingan yang ditetapkan oleh MKN secara berkesan.

Pada 27 September tahun lalu, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menangguhkan rancangan pelajar IPT kembali ke kampus pada Oktober akibat
penyebaran wabak Covid-19. Pada hari tersebut, terdapat 82 kes positif dan sejumlah 10,769 kes positif di seluruh negara.

Di samping itu, kampus Universiti Teknologi Malaysia, Johor ditutup kerana wabak merebak, manakala asrama Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang, dan asrama Universiti Malaysia di Kelantan juga dilaporkan kes positif.

YB Chew menyeru Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mendedahkan data wabak semasa di kampus IPT dan mengesan pesakit yang positif Covid-19. Selain itu menjalankan saringan uijan Covid-19 pantas di kalangan pelajar IPT agar dapat mengesan pembawa virus senyap dengan secepat mungkin.

Kata beliau, memandangkan dua hari ini adalah cuti umum Hari Raya Aidifiltri, talian hotline Bilik Gerakan Kementerian Pengajian Tinggi tidak dijawab, ramai pelajar dan ibu bapa berasa ragu-ragu. Oleh itu, Menteri Pengajian Tinggi harus menangani isu ini dengan segera , agar tidak menyesal jika wabak menular di kampus IPT nanti.

Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6949/6623/6628.