Skip to content

tapak pelupusan sampah Teluk Mengkudu dibuka secara senyap

Tapak pelupusan sampah di Sg. Wangi telah berpindah ke Teluk Mengkudu. Tapak pelupusan sampah yang dirancang telah dibuka secara senyap pada baru-baru ini. Hal ini adalah sangat mencurigakan kerana pihak MPM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai hal tersebut, malah laman web rasmi mereka tidak ada berita atau maklumat mengenai tapak pelupusan tersebut.

ADUN Pantai Remis YB Wong May Ing berkata dalam kenyataan media, selepas Pusat Perkhidmatan DUN Pantai Remis menerima aduan daripada penduduk tempatan, beliau bersama Ahli Parlimen Beruas telah bergegas untuk melawat dan berasa sangat terkejut dengan situasi di sana. Apa yang jelas dilihat adalah di mana infrastruktur tapak pelupusan baru yang tidak lengkap dengan keadaan lubang yang belum siap yang di mana lubang tersebut adalah untuk memudahkan lori mengangkut sampah tersebut ke dalam lubang. Wong May Ing juga berkata sememangnya tapak perlupusan itu jauh dengan perumahan namun ia berhampiran dengan laut. Jika kaedah dan infrastruktur yang tidak lengkap akan menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini akan terjadi apabila apabila infrastruktur tapak perlupusan yang tidak lengkap dan sampah sarap lama kelamaan akan akan mengalir ke dalam laut. Apabila kejadian tersebut berlaku ia akan serta merta mengganggu ekosistem, alam sekitar dan memberi kesan kepada industri perikanan.

YB Wong May Ing dan YB Dato’ Ngeh Koo Ham juga sependapat bahawa mereka tidak membantah tapak pelupusan sampah yang dibina jauh dari perumahan namun berkaitan pihak MPM memilih untuk menjalankan projek tersebut secara senyap-senyap menimbulkan banyak persoalan. Mereka berkata pihak MPM tidak pernah memberi penerangan mahupun perundingan kepada warga tempatan dan sepatutnya mengadakan sesi soal jawab untuk mendapatkan pandangan atau persetujuan dari penduduk tempatan. Jika sesi soal jawab telah dilangsung sebelum projek dijalankan , pihak MPM boleh mencadangangkan suatu model pengurusan sampah sarap yang sistematik dan menyelesaikan masalah yang di mana masalah yang akan menyebabkan penduduk sering terdedah kepada bau busuk yang kurang menyenangkan apabila lori sampah melalui kawasan tersebut dan bukannya selepas tapak pelupusan telah dibina baru mencari jalan penyelesaian.

Selain itu, disebabkan tapak pelupusan sampah tersebut membenarkan lori pensendirian memandu masuk untuk membuang sampah sarap, maka pihak MPM harus memberi statistik bilangan lori sampah MPM dan bilangan lori pensendirian yang membuang sampah di tapak tersebut. Selain itu juga, perlu didedahkan berapakan jumlah penerimaan di dalam tan metrik sehari dan berapa lama pula masa yang akan diambil sehingga tapak pelupusan tidak dapat ditampung. Bilangan yang dapat ditampung di tapak tersebut adalah isu yang diambil berat oleh penduduk daerah Manjung . Namun data yang berkaitan tidak disiarkan oleh pihak berkuasa ia seolah olah mengabaikan hak rakyat untuk mengetahui.

‘ kami telah berhubung dengan pihak berkuasa dan akan bertemu pada masa terdekat bersama pegawai-pegawai lain untuk memahami cara pengendalian masalah tapak pelupusan yang di mana masih belum lengkap.’

YB Wong May Ing juga menyatakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan bahawa penduduk kawasan ini dianggar membuang sehingga 33,000 tan metrik sampah setiap hari sehingga tahun 2020 tetapi pada tahun 2013, purata sampah yang dibuang sudah mencecah 33,000 tan metrik sampah setiap hari . Purata jumlah sampah yang dibuang seorang individu ialah 1.25 kilogram (kg) sehari tahun lepas. Bagi purata keseluruhan penduduk pula, 0.8kg sampah dihasilkan seorang individu sehari.

‘ Berikutan jumlah penduduk yang semakin bertambah, pengantungan yang sepenuh kepada keadah penimbusan bukanlah satu cara yang terbaik, penduduk sepatutnya mempunyai kesedaran untuk mengubah keadah pengendalian sampah sarap yang semakin banyak.

Beliau juga berkata , rakyat yang pernah ke Jepun atau Taiwan telah dimaklum bahawa sistem pengurusan pelupusan sampah di sana sangat efektif dan sistematik. Sistem pengurusan sampah mereka dapat memanfaat sisa pepejal apabila boleh di kitar semula dan digunakan dengan lebih efisien serta lebih ekonomi. Apa yang dapat dilihat di negara ini, sikap rakyat negara ini yang memandang remeh dan kurang prihatin terhadap cara pembuangan sampah yang sepatutnya, di mana mereka sering melonggokkan sampah sarap dengan mencampur semua sampah tanpa mengasingkan dan mengumpulkan sampah di hadapan rumah dan kemudian sampah itu dipungut oleh pihak Majlis Perbandaran.

‘ Kerajaan dan masyarakat harus mengaplikasikan konsep 3R , iaitu Reduce, Reuse, Recycle kerana program kitar semula merupakan salah satu strategi untuk menangani risiko peningkatan sampah sarap domestik ke tapak tapak pelupusan sisa di negara ini.’