Selamat tengahari semua. Terima kasih kerana menghadiri Pertandingan Pidato Idola Hijau Pulau Pinang bersempena dengan Karnival Hijau Pulau Pinang! Pertama sekali, tahniah kepada para pelajar yang berjaya ke pusingan akhir!
Saya amat gembira melihat kesedaran daripada bakat-bakat muda dalam pertandingan ini. Kita bukan sahaja akan menyaksikan dan mendengar suara generasi muda hari ini tetapi bagaimana mereka menjana mesej evokatif melalui kreativiti mencipta eksponen yang memberi kesan positif kepada alam semula jadi. Juara akan dinobatkan sebagai Idola Hijau Pulau Pinang, serta terlibat dengan program dan projek PGC untuk tempoh satu tahun.
Pada 1 Julai 2009, Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang melaksanakan penguatkuasaan hijau ini di pusat membeli-belah dan pasar raya. Penguatkuasaan tersebut bertujuan untuk melindungi alam sekitar dan meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar. 1 Julai merupakan ulang tahun ke tujuh pelaksanaan polisi ‘Tiada Beg Plastik Percuma’. Pusat membeli- belah dan pasar raya tidak dibenarkan untuk memberi beg plastik secara percuma kepada pelanggan tetapi mesti mengumpul 20 sen levi bagi setiap beg plastik yang digunakan pelanggan. Jumlah yang dikumpul kemudiannya akan disalurkan kepada dana AES (Agenda Ekonomi Saksama) negeri, yang merupakan satu program untuk membasmi kemiskinan di negeri ini.
Kami menerima banyak aduan mengenai kelemahan berkenaan polisi ini. Terdapat pertubuhan baru yang tidak berdaftar dengan AES malah, belum mengumpul 20 sen bagi setiap beg plastik, justeru kita menasihati mereka supaya segera mendaftar dengan kerajaan negeri.
Kerajaan negeri telah mengarahkan kerajaan tempatan untuk memperketatkan undang-undang dan peraturan polisi ini agar dipatuhi; kita memerlukan kerjasama daripada rakyat Pulau Pinang untuk memastikan momentum yang berterusan. Laporkan pada saya sekiranya ada pusat membeli-belah atau kedai runcit yang melanggar peraturan ini. Saya telah melakukan penelitian terhadap perkara ini dari semasa ke semasa.
Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang mengharamkan penggunaan beg plastik percuma dan mengharamkan secara total penggunaan terhadap bekas makanan polistirena. Negeri-negeri lain juga telah mengikuti jejak langkah yang sama dengan melaksanakan polisi ini.
Kita ingin menegaskan bahawa dengan mengurangkan penggunaan beg plastik hanyalah merupakan langkah asas untuk mengurangkan jumlah sisa. Jika kita tidak mampu berjaya mengurangkan penggunan beg plastik, kita tidak akan berjaya dalam mana-mana program pengurangan sisa. Pulau Pinang merupakan satu medan perjuangan untuk melindungi alam sekitar dan mengurangkan penggunaan jumlah beg plastik.
Beg plastik dan perubahan iklim dikaitkan dalam pelbagai cara. Bermula daripada sistem perparitan yang tersumbat sehingga kotoksikan laut, pengumpulan plastik di lautan adalah punca yang lebih besar kepada gangguan eko-sistem kita. Dianggarkan 100,000 haiwan marin mati setiap tahun akibat lemas dari pencernaan beg. Malah jumlah tersebut seolah-olah kecil apabila anda membuat pertimbangan kesan ke atas beg plastik yang dipecahkan kepada kepingan-kepingan kecil yang masuk ke dalam saluran air. Cebisan plastik kecil yang terkumpul di lautan kita adalah pada kadar yang membimbangkan. Kita adalah pemusnah lautan – dan sekarang makanan, hal ini disebabkan oleh tarikan mikro plastik dan tumpuan bio kimia yang terdapat dalam rantaian makanan marin.
Terima kasih kerana menyokong Perjanjian Pengurusan Sisa di karnival ini dengan tidak menyediakan beg plastik secara percuma dan menyokong penggunaan bahan lestari. Kudos!
Mari kita membendung pencemaran dan perubahan iklim bersama-sama dan jadikan Pulau Pinang sebuah bandar yang mampan dan sesuai untuk didiami.
Terima kasih.