Kita sudah tiba penghujung tahun 2014. We cannot wait for the year to be over and to welcome the new year 2015.
Pada tahun ini, DAP dan Malaysia telah menimpa pelbagai malapetaka. Misteri MH370 yang hilang dari permukaan bumi pada bulan March masih tidak dapat dikesan. Pesawat MH17 pula ditembak peluru daripada pihak pemberontak di Ukraine yang disokong oleh kerajaan Rusia. Nahas ini telah menyebabkan kehilangan 298 nyawa di atas pesawat tersebut, termasuk seramai 43 rakyat Malaysia.
Kita juga kehilangan 3 orang pemimpin DAP yang amat berjasa kepada parti dan negara. Sdr Karpal Singh, yang merupakan Pengerusi DAP yang cukup berwibawa dan seorang peguam yang kehandalan tidak bertanding, meninggal dunia akibat satu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan.
Rakan seperjuangan kita, Sdr Wong Ho Leng, Pengerusi DAP Sarawak dan mantan Ahli Parlimen Sibu bersama dengan Sdr Seah Leong Peng, meninggal dunia akibat penyakit kanser. Jasa mereka kepada parti dan negara akan terus dikenangi oleh kita semua.
Selangor juga, tidak terlepas daripada kemelut politik yang nyaris-nyaris menamatkan hayat Pakatan Rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mengalami krisis yang paling mencabar setelah 6 tahun mentadbir sejak tahun 2008.
Tidak pernah dalam sejarah Malaysia termuncul seorang Menteri Besar yang enggan meletak jawatan setelah kehilangan keyakinan daripada parti beliau. Lebih-lebih lagi, beliau degil mempertahankan jawatannya setelah beliau dipecat oleh PKR dan tidak lagi merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat.
Tan Sri Khalid Ibrahim cuba melanjutkan pimpinan beliau berbulan-bulan dengan 4 orang Exco sahaja atas sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada UMNO. Tindakan beliau jelas mencerminkan pengkhianatan kepada pilihan rakyat yang jelas menyokong Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada 3 parti – PKR, DAP dan PAS.
Kalau bukan kerana keputusan berani yang diambil oleh 2 orang ADUN daripada Hulu Kelang dan Morib, kemelut kerajaan negeri Selangor berkemungkinan besar akan berlanjutan sehingga hari ini. Oleh sebab itu, kita DAP Selangor, ingin secara rasmi, merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Sdr Saari Sungib dan Sdr Hasnul Baharuddin.
Hanya atas pengorbanan mereka, kerajaan Pakatan Rakyat dapat diselamatkan dan sesuatu “reverse takeover” oleh UMNO dapat dielakkan. Di sini, kita ingin menyampai mesej kepada Sdr Saari dan Sdr Hasnul – jasa anda tidak akan dilupa dan kita di DAP akan terus berada di sisi anda untuk sama-sama menghadapi segala ribut dan taufan. We will be with you through thick or thin, you can count on us in times of need.
Walaupun krisis Menteri Besar telah selesai, tetapi keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat dan semua parti-partinya, termasuk DAP, telah tergugat. The people’s faith in Pakatan Rakyat has been shaken, and much of the trust which were painstakingly earned in the last 6 years were lost.
Dalam krisis ini, kita bernasib baik musuh politik kita, UMNO berpecah-pecah lebih lemah daripada kita. Selagi Datuk Noh Omar kekal memegang jawatan Ketua UMNO Selangor dan selagi UMNO tidak dapat melantik pemimpin yang lebih cekap, bijak dan berkesan, Pakatan Rakyat berpeluang besar untuk berjaya dalam matlamat kita memulihkan sokong daripada rakyat Selangor.
Bersama dengan Menteri Besar yang baru, YAB Azmin Ali, kita perlu bertungkus-lumus, bekerja keras dalam 3 tahun yang akan datang untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada DAP dan kerajaan Pakatan Rakyat.
Kita amat bersyukur dengan pencapaian YAB Azmin Ali dalam jangka masa yang cukup singkat.
Perampasan 352 buah buku Al-Kitab daripada pejabat Bible Society of Malaysia pada 2hb Januari tahun ini merupakan satu tanda hitam kerajaan negeri Selangor. Walaupun Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak berada dibawah tindak kuasa Exco Kerajaan Negeri Selangor secara langsung, peristiwa tersebut berlaku di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat.
Rakyat Selangor dan Malaysia, terutamanya yang beragama Kristian bergantung kepada kebijaksanaan pimpinan Pakatan Rakyat untuk menegakkan keadilan dan mempertahankan prinsip kebebasan agama dalam perlembagaan Malaysia.
Apatah lagi, pendirian Pakatan Rakyat dalam isu ini adalah bahawa kalimah “Allah” boleh digunakan oleh agama yang lain tetapi tidak boleh disalahgunakan.
Tidak lama selepas YAB Azmin Ali mengambil-alih jawatan Menteri Besar, selepas rundingan dengan wakil-wakil rakyat, beliau telah secara terbuka menyeru supaya Al-Kitab dipulangkan kepada komuniti Kristian.
It is at this very location, during the DAP Petaling Jaya Fund-raising dinner in early November, that YAB Azmin Ali stressed that ”the Alkitab does not belong to the Muslims. They belong to the Christians, whom we must respect.”
He said “Islam has never asked its followers to disrupt the harmony of other faiths… and I am confident that if they understand the true Islam, then the Bibles must be returned to the Christians.”
YAB Azmin Ali menerima tepukan yang gemuruh daripada semua hadirin-hadirin pada malam itu.
Walaupun saya sendiri menyambut baik pendirian terbuka YAB Azmin, saya sendiri dengan senyap risau sama ada Menteri Besar telah membuat perjanjian kepada rakyat yang mungkin tidak dapat ditunaikan. Sedangkan kita telah gagal memulangkan Al-Kitab selama 9 bulan di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim, mampukah Azmin Ali berjaya dalam beberapa minggu sahaja?
Kita tidak sepatutnya meragui keiklasan dan ketegasan YAB Azmin dalam perkara ini. Apa yang tidak dapat dibuat dalam 9 bulan sebelum ini, kerajaan Negeri Selangor bawah pimpinan YAB Azmin Ali telah berjaya memulangkan Al-Kitab dalam jangka masa kurang daripada 60 hari.
Dalam satu lagi kontroversi di negeri Selangor, kontroversi Lebuhraya Kidex, Menteri Besar telah mengeluarkan pendirian yang sederhana dan adil, yang memenuhi pendirian Pakatan Rakyat.
Syarat-syarat yang dikenakan sebelum permohonan pihak konsesi dapat dipertimbangkan termasuk penyediakan kajian bebas untuk impek trafik, alam sekitar dan sosial. Kajian-kajian ini perlu membuktikan manfaat yang ternyata kepada pihak pengguna dan penduduk kawasan yang terlibat setelah mengambil-kira kesan-kesan negatif yang tertimbul akibat pembinaan lebuhraya tersebut.
Pihak konsesi juga perlu mendedahkan kadar tol sepanjang tempoh konsesi termasuk segala kenaikan tol yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi. Pihak konsesi perlu memberikan anggaran rasmi jumlah tol yang akan ditutup dan kadar pulangan kepada pelaburan. Kerajaan negeri Selangor tidak akan membenarkan mana-mana konsesi penswastaan kerajaan Barisan Nasional untuk mendapat keuntungan yang melampau dan membebankan rakyat seperti apa yang telah berlaku sebelum ini dengan lebuhraya seperti PLUS dan LDP.
Akhirnya, mana-mana pihak konsesi yang prinsip kerajaan Pakatan Rakyat yang mengutamakan ketelusan dan akauntabiliti dengan mendedahkan perjanjian konsesi sepenuhnya dan tidak menyembunyikan perjanjian tersebut di bawah Akta Rahsia Rasmi ataupun OSA.
Apa yang cukup memberangsangkan adalah bila Menteri Besar yang baru kita sanggup menegur penjawat awam kanan kerajaan apabila membuat kesalahan yang terlampau.
Misalnya, keputusan Dato’ Bandar Petaling Jaya untuk meluluskan Rancangan Tempatan Petaling Jaya walaupun dibantah oleh ahli-ahli majlis dan juga penduduk-penduduk ditolak dan beliau diminta untuk membuat rundingan semula dengan semua pihak yang berkepentingan dalam pelan ini, termasuk wakil-wakil rakyat yang terlibat.
Do not underestimate the significance of the above decision. Ini bukan isu Petaling Jaya sahaja. This is a major shift in the manner in which the state is run.
Sebelum ini, wakil-wakil rakyat akan langsung tidak terlibat dan tidak dirunding dalam perkara-perkara sebegini. Malah pendapat Ahli-ahli majlis yang dilantik oleh Pakatan Rakyat juga tidak dihiraukan. Dengan perubahan urus-tadbir yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor yang baru bawah YAB Azmin, kami yang mewakili rakyat akhirnya mempunyai suara dalam segala dasar kerajaan yang melibatkan kawasan dan penduduk yang berkaitan.
Jika semangat YAB Azmin yang tak henti-henti turun padang memahami beban dan masalah-masalah rakyat jelata dan juga dasar inklusif yang melibatkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan wakil-wakil rakyat negeri Selangor dapat diteruskan, saya yakin kita akan mencapai kemenangan yang lebih besar lagi dalam pilihanraya umum ke-14 yang akan datang. Selangor akan menjadi contoh pentadbiran yang paling baik seluruh Malaysia, mungkin lebih baik lagi daripada negeri Pulau Pinang, untuk mencapai matlamat menawan Putrajaya pada masa itu.
Pada masa yang sama, kita di DAP hanya meminta supaya YAB Menteri Besar Selangor akan berlaku adil kepada DAP.
Sepanjang krisis Menteri Besar Selangor, DAP telah menunjuk semangat setiakawan yang tidak berbelah bahagi kepada rakan seperjuangan kami, PKR dalam Pakatan Rakyat. DAP telah mengambil pendirian tegas bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah exklusif dipegang oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat dan kami telah mengotakan janji kami dengan merestui tanpa syarat, tanpa meragu-ragu sesiapa yang dicalonkan oleh PKR.
Kami tidak pernah mencaci nama baik Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. What is the meaning of a coalition if even the nomination of the President of a fellow coalition partner can be objected to, and objected with such venom?
Kami tidak pernah bersekongkong dengan bekas Menteri Besar Selangor selepas beliau hilang keyakinan daripada PKR dan mengkhianati semangat Pakatan Rakyat. Malah 3 ahli-Exco DAP turut sama dipecat dengan ahli-Exco PKR apabila Tan Sri Khalid Ibrahim enggan meletak jawatan beliau setelah beliau dipecat dari PKR.
DAP tidak pernah menyokong tindakan Tan Sri Khalid memecat Exco Pakatan Rakyat dan tidak pernah menyokong keputusan untuk melantik ahli-ahli majlis secara pengiklanan terbuka ataupun keputusan membayar pampasan sebanyak RM2.6 juta kepada Faekah Husin dan 5 lagi pegawai pejabat Menteri Besar.
Dalam perkara ini, persetujuan telah dicapai antara pimpinan tertinggi PKR dan DAP bahawa seorang ahli Exco tambahan akan diberi kepada DAP. Atas sebab-sebab yang tertentu, kami menerima bahawa ahli Exco tambahan itu terpaksa diberikan kepada PKR. Oleh sebab itu, kami telah menuntut supaya jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri diagihkan kepada DAP.
PKR dengan 13 orang ADUN telah menempati 4 jawatan Exco dan 1 Menteri Besar. DAP yang mempunyai 15 orang ADUN hanya menduduki 3 jawatan Exco dan 1 Speaker Dewan Undangan Negeri.
Kami di DAP jelas berasa tuntutan kami adalah adil dan langsung tidak keterlaluan dan oleh sebab itu, pimpinan DAP di peringkat pusat dan negeri telah dengan sebulat suara menyokong pencalonan Sdr Ng Suee Lim sebagai Timbalan Speaker dalam Dewan Undangan Negeri.
Kami tidak berhasrat untuk mengusir Timbalan Speaker PAS yang telah dipilih dan dilantik. Kami hanya menuntut selama ini untuk Timbalan Speaker ke-Dua dilantik seperti mana yang diaturkan di negeri Perak dan Sabah.
Saya ingin menegaskan di sini secara terus-terang. Semangat setiakawan DAP dengan PKR akan dipertahankan dengan sepenuhnya. All our elected representatives in Selangor, the Members of Parliament and the state assemblymen as well as the DAP Selangor state committee are fully behind the leadership of YAB Azmin Ali.
Selagi dan asalkan Dato Menteri Besar setia kepada kepentingan rakyat, adil kepada DAP, kami di DAP Selangor janji akan menjadi bedrock kepada pimpinan beliau bekerjasama bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat Pakatan Rakyat untuk menyempurnakan kehidupan rakyat di negeri Selangor dan sasaran menumbangkan kerajaan BN di Putrajaya.
Kita masih akan menghadapi pelbagai cabaran dalam 3 tahun yang akan datang. Yang penting sekali, kita perlu berwaspada terhadap ancaman rasuah, kronisme dan penyelewengan dalam kerajaan kita sendiri.
Ada pepatah bahasa Inggeris yang berbunyi “power corrupts, absolute power corrupts absolutely”. Ramai antara kita di Pakatan Rakyat telah mengambil jawatan di pelbagai peringkat kerajaan termasuk Ahli Majlis PBT, Ketua Kampung dan juga Exco Kerajaan Negeri Selangor. Kita kena berwaspada untuk memastikan supaya kita tidak berpengaruh dengan budaya rasuah dan penyalahgunaan kuasa seperti kerajaan Barisan Nasional.
We must never be complacent against the threats of creeping cronyism, corruption and abuse of power.
Saya ingin menyeru supaya semua ahli-ahli kita menjaga nama baik DAP dan Pakatan Rakyat. Jikalau didapati unsur-unsur budaya rasuah dan kronisme oleh ahli-ahli Pakatan Rakyat, perkara tersebut mesti dilaporkan dan saya memberi jaminan bahawa kes-kes yang berbukti jelas akan dikemukakan kepada Dato’ Menteri Besar untuk tindakan seterusnya.
Antara dasar yang paling penting yang DAP Selangor akan menuntut kepada kerajaan negeri Selangor ialah supaya pilihanraya tempatan akan dilaksanakan di Selangor dalam penggal ini juga. Walaupun Kerajaan Pulau Pinang telah gagal dalam usaha mereka untuk mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Persekutuan, kerajaan negeri Selangor patut terus berusaha untuk memberikan suara kepada penduduk-penduduk tempatan dalam urustadbir Pihak Berkuasa Tempatan.
Kita akan menyeru supaya pemilihan ahli majlis kerajaan tempatan diadakan secara rasmi tetapi diaturkan secara tidak rasmi oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor akan merestui keputusan pemilihan tersebut dan pemenangnya akan dilantik secara rasmi sebagai ahli majlis dalam Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat.
It is only when we return the third vote to the people, then only can our local governments be fully responsive and align itself to the interest of the people. Dengan adanya pemilihan terbuka, kita berharap tidak akan lagi terjadi percanggahan halatuju antara pihak Yang DiPertua atau Dato’ Bandar dengan aspirasi rakyat tempatan.
Akhir sekali, saya bagi pihak jawatankuasa DAP Negeri Selangor ingin menyeru supaya semua pemimpin-pemimpin akar-umbi DAP Selangor akan mengambil bahagian dalam kempen Impian Sabah dan Sarawak. Kedua-dua kempen ini merupakan kempen yang utama bagi DAP Malaysia untuk menerajui kawasan-kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak.
Kawasan-kawasan ini merupakan “fixed deposit” bagi kerajaan Barisan Nasional dan jika kita tidak dapat memutuskan pegangan mereka ke atas kawasan-kawasan ini, kita tidak akan berjaya untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional di Putrajaya dalam pilihanraya umum.
Asalkan kita berhasrat supaya Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan dapat mengatasi segala batasan dalam kerjasama dengan kerajaan persekutuan, nasib kita akan bergantung kepada keputusan pilihanraya di Sabah dan Sarawak.
Oleh sebab itu, untuk menjamin masa depan rakyat di negeri Selangor, kami perlu membantu saudara-saudari seperjuangan di DAP Sabah dan Sarawak untuk memenangi lebih kerusi Parlimen dan DUN di negeri mereka. Kami di Selangor berikrar akan berjuang “all out” untuk membantu DAP Sarawak dalam pilihanraya negeri yang akan datang pada tahun depan sebagai langkah permulaan untuk membawa perubahan ke Putrajaya.
Sebagai pengulungan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para pewakilan dan ahli-ahli yang hadir pada hari ini and semoga kita akan berjaya mecapai matlamat mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor dan mencipta sejarah menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum yang akan datang.