Skip to content

Temujanji suntikan vaksin di Johor Bahru dan Simpang Renggam harus diberikan di Kluang dengan kaedah sesi khas

Dari 7 Jun hingga 27 Julai, suntikan vaksin AstraZeneca (AZ) akan bermula diberikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (Persada Johor International Convention Center). Individu yang berjaya membuat permohonan perlu pergi ke sana untuk vaksinasi, perjalanan pergi balik adalah sejauh 220 kilometer.

Sebuah Pusat Pemberian Vaksin(PPV) baharu di Dewan Majlis Daerah Simpang Renggam lama akan bermula beroperasi mulai 6 Jun. Ramai pendaftar vaksin Kluang, terutama warga emas yang tinggal di Jalan Renggam dan Sri Lalang telah mendapat temujanji untuk menerima vaksin di dewan tersebut. Perjalanan pergi balik adalah sebanyak 60 kilometer.

Sehubungan dengan kedua-dua situasi di atas, saya telah menghubungi YB
Vidyananthan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor demi memberikan cadangan dan meminta bantuan:

  1. Tidak memberikan vaksin di Johor Bahru dan Simpang Renggam, tetapi mengaturkan sesi vaksinasi khas di Klinik Desa atau Klinik Komuniti daerah Kluang. Dengan ini, ia tidak akan mempengaruhi progress jadual pemberian vaksin di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim bandar Kluang sekarang.
  2. Pejabat ADUN Mengkibol boleh bantu mengumpulkan temu janji penerima vaksin yang berkaitan dan menumpukan mereka di Daerah Kluang.

Ini tidak hanya dapat menepati objektif Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, tetapi juga dapat memenuhi tujuan pengagihan suntikan vaksin AZ ke negeri masing- masing.

Lebih-lebih lagi, temu janji dan jumlah dos telah dikenalpasti sebelum ini, maka ini bukan soalan matematik lanjutan yang rumit, tetapi hanya melibatkan kerja penyelarasan pentadbiran yang ringkas, oleh itu tidak ada apa sebab mengapa ia tidak dapat dilaksanakan.

Walaubagaimanapun, jika sesiapa individu menghadapi masalah kesulitan kewangan, pergerakan dan tidak ada anggota keluarga yang membantu dan membawa ke PPV, sila hubungi kami, Pejabat ADUN Mengkibol akan membantu sedaya upaya.