ADUN DAP Sungai Pinang, Teng Chang Khim dan ADUN DAP Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah sah menjadi dua ECXO Kerajaan Negeri Selangor daripada DAP, dengan yang lainnya bakal diumumkan selepas perbincangan bersama parti komponen Pakatan Rakyat Selangor.
Teng telah memohon supaya dibenarkan untuk bertukar daripada jawatan Speaker menjadi EXCO Kerajaan Negeri dan saya telah bersetuju dengan permintaan tersebut. Ean Yong akan dikekalkan sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor untuk penggal kedua.
Saya juga telah meminta Pengerusi DAP Selangor merangkap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Teng untuk menguruskan perbincangan bagi jawatan kerajaan di Selangor bagi pihak parti. Tidak ada pengumuman akan dibuat sehingga perbincangan tersebut mencapai kata putus.