Skip to content

Terasa lucu dengan seruan dari Muhyiddin Yassin – yang tidak meletakkan jawatan walaupun dia mengatakan yang PN boleh menang 5-1 jika bukan 6-0 dalam pilihan raya negeri – untuk Anwar meletakkan jawatan

Saya terasa lucu dengan seruan dari Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin, untuk Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana keputusan enam pilihan raya negeri semalam, sedangkan Muhyiddin sendiri tidak pula meletakkan jawatannya selepas bongkak mengatakan dalam kempen yang PN boleh menang 5-1 jika bukan 6-0 dalam pilihan raya negeri.

Tambahan lagi, adakah Muhyiddin sebelum ini telah meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri apabila UMNO kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen buat kali pertama dalam Pilihan Raya Umum 2013.

Satu persoalan yang menarik adalah sama ada Perikatan Nasional yang dibentuk Bersatu dan PAS akan dipimpin oleh mereka yang berusia 80 tahun dalam Pilihan Raya Umum ke-16 pada tahun 2027?