Kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Oktober 2021 menyebut bahawa OECD telah bersetuju untuk mengenakan cukai minimum 15% kepada MNE dari 136 negara bermula 2023. LHDN berkata kadar cukai sebanyak 15% mampu mengagihkan semula keuntungan lebih AS$125 bilion (kira-kira RM556.62 bilion) daripada kira-kira 100 MNE terbesar dan paling menguntungkan di dunia kepada semua negara.
Di bawah cawangan cukai multinasional LHDN, terdapat hampir 3,000 MNE yang bakal memberikan hasil tambahan bernilai ratusan juta ringgit apabila kadar cukai 15% dilaksanakan pada 1 Januari 2023. Dengan hasil tambahan itu tiada lagi keperluan untuk mengenakan jualan 10% cukai ke atas semua jualan dalam talian untuk barangan bernilai rendah (LVG) di bawah RM500 pada tahun depan.
Kerajaan telah mengenakan cukai jualan rata 10% pada 1 Januari 2023 ke atas LVG di bawah RM500 dalam talian daripada pembekal asing dan dihantar ke Malaysia untuk mewujudkan persaingan sihat dengan pembekal tempatan. Pada masa ini, barangan bernilai rendah berharga RM500 dan ke bawah tidak dikenakan sebarang cukai apabila diimport ke Malaysia. Kerajaan jangkakan cukai ini bakal menjana pendapatan tambahan RM200 juta.
Sebaliknya DAP mencadangkan cukai jualan 10% ke atas pembelian dalam talian LVG di bawah RM500 daripada pembekal tempatan harus dimansuhkan dan bukannya mengenakan 10% jualan dalam talian ke atas pembekal asing untuk mewujudkan persaingan sihat supaya pembekal tempatan dapat menikmati faedah yang sama seperti pembekal asing. Selanjutnya, pemansuhan 10% cukai jualan ke atas LVG di bawah RM 500 juga bakal membantu mengurangkan beban kewangan kumpulan berpendapatan rendah yang biasanya membeli LVG dalam talian.
Dalam erti kata lain, tambahan RM200 juta hasil untuk pembelian asing LVG dalam talian, dan ratusan juta ringgit yang tidak dinyatakan lagi dikutip daripada pembelian domestik LVG dalam talian, akan ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah. Rakyat Malaysia tidak memerlukan cukai baharu mahupun sebarang kenaikan kadar faedah apabila menekan isu ekonomi yang mengakibatkan kos sara hidup yang tinggi, bermula dengan harga makanan dan bahan mentah yang melambung tinggi, kekurangan tenaga buruh yang teruk dan nilai ringgit yang susut dengan pantas yang masih belum dapat diselesaikan.
Keperluan kerajaan untuk mendapatkan hasil tambahan boleh dipenuhi dengan 15% cukai global yang dicadangkan ke atas MNE, yang akan lebih daripada mencukupi untuk menggantikan cukai jualan dalam talian 10% ke atas semua LVG RM 500 sama ada dari bawah pembekal asing atau tempatan. Bukankah lebih masuk akal dan manusiawi untuk meraih pendapatan tambahan daripada MNE yang menguntungkan dan bukannya kumpulan berpendapatan rendah?