Perikatan Nasional (PN) telah melancarkan perang saraf mereka untuk enam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada bulan Ogos.
Presiden PN, Muhyiddin Yassin yang telah menyatakan keyakinan yang PN boleh menang “hampir 20” kerusi untuk mendapatkan majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang mempunyai 40 kerusi, mengingatkan Presiden Gerakan, Dominic Lau di Konvensyen PN di Pulau Pinang bahawa PN hanya memerlukan 21 kerusi untuk mendapatkan majoriti mudah dan meminta Gerakan untuk mendapatkan satu lagi peratus undi untuk membolehkan mereka merampas kuasa di Pulau Pinang.
Setiausaha Perhubungan Perikatan Nasional Selangor, Dr Afif Bahardin, telah menyatakan keyakinan yang gabungan tersebut boleh merampas Selangor kerana “peningkatan sokongan” dalam kalangan para pengundi di Selangor.
Sebelum ini, pemimpin PAS telah menyatakan secara terbuka yang PN boleh membentuk kerajaan negeri Selangor, mempunyai peluang 50-50 untuk membentuk kerajaan di Negeri Sembilan, mencatatkan kemajuan di Pulau Pinang, dan bahawa kerajaan perpaduan Anwar tidak akan menang lebih dari tiga kerusi di Kedah dan PN akan menyapu bersih semua kerusi di Kelantan dan Terengganu.
Selera para pemimpin PN semakin membesar sehingga mereka kini yakin yang mereka akan menang di keenam-enam negeri dalam pilihan raya umum pada bulan Ogos.
Tetapi, keputusan pilihan raya ini tidak ditentukan oleh para pemimpin politik dan tukang penyebar propaganda, sebaliknya oleh para pengundi.
Ada tiga senario kemungkinan mengenai keputusan pilihan raya umum yang bakal berlangsung pada bulan Ogos, iaitu:
Pertama, PN menyapu semua enam negeri, membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.
Kedua, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan terus ditadbir oleh gabungan PH-BN dan Kedah, Kelantan, dan Terengganu terus dipegang oleh PN dengan PN kalah tidak lebih dari tiga kerusi di Kedah dan menyapu bersih semua kerusi di Kelantan dan Terengganu.
Ketiga, gabungan PH-BN meraih majoriti dua pertiga di Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan, dan mencatatkan kemajuan di Kedah, Kelantan, dan Terengganu dengan memenangi lebih dari tiga kerusi di Kedah dan memecahkan monopoli PN di Kelantan dan Terengganu.
Saya telah dituduh sebagai komunis oleh PN, sedangkan semasa pilihan raya umum 1969, pihak komunis mahu untuk saya kalah di Bandar Melaka di mana mereka melancarkan kempen untuk memboikot pilihan raya umum 1969.
Saya juga telah dituduh sebagai menyebabkan rusuhan perkauman 13 Mei 1969, sedangkan saya tidak berada di Kuala Lumpur semasa rusuhan ini terjadi kerana saya telah ke Kota Kinabalu pada 13 Mei 1969 untuk membantu kempen calon bebas di Sabah.
Saya mengkritik Hadi Awang untuk penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebenciannya, yang dilarang dalam Islam, tetapi Hadi pula menuduh saya sebagai anti-Islam dan mempromosikan Islamofobia.
Saya enggan untuk menyokong Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri pada tahun 2016, akibat itu, saya dituduh sebagai anti-Melayu sedangkan sebabnya adalah calon Perdana Menteri PH pada tahun 2016 adalah Anwar Ibrahim.
Enam pilihan raya negeri pada bulan Ogos ini akan menentukan sama ada para pengundi percaya kepada penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian dari para pemimpin PN atau sama ada para pengundi akan mengundi demi masa hadapan Malaysia – untuk Malaysia menjadi juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.