Skip to content

Tin kosong kuat berbunyi, tapi memang sah tidak berisi

1. Akmal baru-baru ini memberi “amaran” kepada DAP, kononnya akan menjadi pembangkang selama-lamanya.

2. Saya ingin ingatkan Akmal bahawa sejak penubuhan DAP adalah parti pembangkang sehinggalah tahun 2008. Oleh itu, tidak ada masalah langsung untuk DAP yang bertekad mempertahankan masyarakat berbilang kaum menjadi pembangkang sekiranya tidak mencukupi kerusi untuk membentuk kerajaan.

3. Sebaliknya, KP UMNO semacam berbunyi senada dengan pemimpin PN yang dikhabarkan tengah mengaturkan rancangan pintu belakang 2.0 dan seumpama sedang menggiatkan usaha untuk menjatuhkan kerajaan Madani.

4. Yang mengelirukan rakyat sekarang adalah, tak pasti KP ini adalah KP UMNO atau KP PN.

5. Berkali-kali terangkan tapi masih tak faham, ini bukan soal bukan Muslim mencampuri urusan Muslim, tetapi adalah tentang kekhuatiran dan kegusaran dalam kalangan pihak penganjur bukan Muslim kerana setiap program (walaupun merupakan kebudayaan sahaja) pun perlu melalui karenah birokrasi dan memerlukan kelulusan pihak berkuasa. Maka, tidak pernah timbul unsur mencampuri urusan Islam.

6. Tambahan pula, masyarakat majumuk Malaysia selama ini meraikan kepelbagaian budaya dan telahpun amalkan budaya kunjung-mengunjungi terutamanya pada waktu perayaan. Tidak pernah timbul sebarang masalah.

7. Rakyat Malaysia juga bersyukur kerana Jemaah Menteri & DYMM Sultan Selangor menunjukkan kebijaksanaan dan ketegasan dalam menjaga kesejahteraan masyarakat berbilang kaum.

8. Oleh itu, janganlah Akmal menjadi bagai buntal kembung hanya disebabkan menerima arahan daripada Kajang. Ayuh, marilah junjung kasih titah Sultan Selangor.