Skip to content

Tindakan 4 ADUN dari PAS memilih untuk berkecuali dalam pemilihan Tuan Yang Di-Pertua Dewan Perak adalah amat mengecewakan

Tindakan 4 ADUN dari PAS memilih untuk berkecuali dalam pemilihan Tuan Yang Di-Pertua Dewan Perak adalah amat mengecewakan. Ini memaparkan sikap sebenar PAS dalam pendirian politiknya pada hari ini yang mana akan memenangkan Barisan Nasional dalam mana-mana pilihanraya yang akan berlangsung.

Kedudukan Dewan Negeri Perak sejak tahun 2013 adalah 31 lawan 28. Sekiranya kesemua 28 ADUN pembangkang termasuk 4 daripada PAS boleh berdiri di barisan yang sama, maka Pakatan pembangkang di Perak mampu untuk mengedepankan suatu cabaran yang kuat terhadap BN, seperti yang terbukti dari tahun 2009 sampai 2015, sebelum pecahnya Pakatan Rakyat atas sebab yang diketahui semua.

Walaupun pada hari ini PAS tidak berada di dalam Pakatan Harapan, tetapi sekurang-kurangnya pada namanya ia suatu parti pembangkang. Akan tetapi, PAS telah memilih suatu pendirian berkecuali yang pada hakikatnya membantu calon BN untuk memenangi pemilihan Speaker Dewan Negeri Perak dengan lebih mudah.

Ini sekaligus akan membantu BN untuk kekal sebagai Kerajaan apabila PAS berdegil dengan sikapnya begini yang mana kami akan nampak pertandingan 3 penjuru dalam PRU14 yang akan datang.

Pakatan Harapan Perak pernah berusaha untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru demi mengalahkan BN yang sepatutnya merupakan musuh bersama Parti-parti Pembangkang. Pakatan Harapan Perak pernah menawarkan kepada PAS supaya memilih salah salah kerusi daripada Sungai Besar dan Kuala Kangsar demi mencapai satu situasi 1 lawan 1 dengan BN. Namun, ia telah ditolak bulat-bulat oleh PAS sebelum mana-mana perbincangan sempat diadakan. Usaha untuk memastikan 1 lawan 1 dengan BN tidak akan membawa hasil tanpa keinginan politik daripada pihak PAS untuk mencapai hasrat tersebut.

PAS pada hari ini jelas lebih cenderung dan berhasrat untuk menerima batang pendamaian (Olive Branch) yang dihulurkan oleh UMNO dalam Mesyuarat Agung UMNO bukan Disember yang lepas. Kita tidak lagi nampak PAS memainkan peranannya sebagai suatu parti pembangkang dalam isu-isu yang melanda negara sekarang, iaitu skandal 1MDB, dan sebaliknya Presidennya TG Hadi Awang sanggup untuk menyahut kata-kata Ketua Wanita UMNO Sharizat Abd Jalil dan mengulas pendedahan DOJ United States itu dengan suatu amaran dan “mengingatkan semua pihak supaya tidak memberi ruang kepada orang asing untuk mula campur tangan dalam urusan negara.”

Apabila pendirian politik PAS dan hubungan rapatnya dengan UMNO telah menjadi begitu jelas, peranan PAS adalah menjadi penyelamat UMNO yang sekarang menghadapi masalah integriti yang serius. Pengundi-pengundi adalah diseru untuk menolak PAS yang hanya tinggal namanya sebagai suatu parti Pembangkang. Pengundi-pengundi perlu jelas bahawa setiap undi kepada PAS akan menguatkan UMNO dan selanjutnya memenangkan calon UMNO.

Saya juga mencadangkan bahawa Pakatan Harapan atau mana-mana komponen parti, dari mana-mana peringkat, tidak perlu lagi untuk mengadakan apa-apa perbincangan samaada secara rasmi ataupun tidak rasmi, sekiranya ada, pada masa hadapan dengan PAS untuk mana-mana isu. Sudah sampai masa supaya PAS balik ke dukungan UMNO secara rasminya.