Saya berasa amat kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak Kementerian Pelajaran yang menghalang semua sekolah untuk menyertai perarakan Hari Kemerdekaan Peringkat Pulau Pinang.
Saya telah mendapat penjelasan melalui twitter dariapda YB Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pelajaran bahawa larangan tersebut adalah disebabkan tema Hari Kemerdekaan mempunyai perkataan “Bersih” serta ia dilihat Kerajaan Pulau Pinang mempolitikkan Hari Kemerdekaan.
Adalah amat jelas sekali arahan larangan ini bermotif politik ataupun menerima tekanan dari pihak yang tertentu. Selain itu, Kementerian Pelajaran juga dilihat melampau sebab bertindak terlalu sensitif dengan perkataan BERSIH. Bukankah Bersih, Cekap dan Amanah sentiasa dititikberatkan oleh semua agensi kerajaan pusat dan kerajaan negeri?
Akhirnya, saya ingin mendesak pihak Kementerian Pelajaran agar tarik balik arahan larangan tersebut agar anak-anak pelajar sekolah kita dapat menyertai perarakan sempena Hari Kemerdekaan.