Skip to content

Tindakan undang-undang terhadap Presiden Kehormat Seumur Hidup Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang (PCCC), Tan Sri Tan Kok Ping

Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada hari ini memutuskan secara sebulat suara supaya Ketua Menteri, YAB Tuan Chow Kon Yeow mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Kehormat Seumur Hidup Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang (PCCC), Tan Sri Tan Kok Ping atas kenyataan beliau yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah YAB Tuan Ketua Menteri.

Kenyataan tersebut dikeluarkan pada sidang media yang diadakan oleh pertubuhan berkaitan semalam bertarikh 18 Oktober 2023, dan telah disiarkan oleh media cetak dan atas talian secara meluas.

Keputusan MMK berkaitan dibuat berdasarkan liputan media yang memetik Tan Sri Tan Kok Ping yang menggunakan perkataan-perkataan mengaibkan dan menjatuhkan maruah YAB Tuan Ketua Menteri

Tindakan undang-undang ini akan diuruskan oleh peguam bagi tindakan selanjutnya.