Dunia dikejutkan dengan kejadian sedih dari negara jiran susulan tsunami yang berlaku di Anyer, Banten dekat Indonesia pada 22 Disember 2018.
Gelombang tsunami yang berlaku telah meragut nyawa dan juga membawa pelbagai kerosakan sepertimana yang dilaporkan.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang melahirkan rasa simpati di atas musibah ini serta merakamkan ucapan takziah kepada Indonesia dan seluruh ahli keluarga terlibat, diharapkan mereka tabah dengan ujian ini. Doa kami adalah bersama-sama mereka.
Dalam menzahirkan simpati, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia menghulurkan bantuan apa yang terdaya dan menyeru seluruh rakyat Malaysia dan Pulau Pinang khasnya untuk mendoakan kembali kesejahteraan kepada penduduk di Anyer, Indonesia.