Skip to content

Ucapan ADUN Kawasan Canning Wong Kah Woh dalam membahas Titah Perasmian DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan

Dato’ YDP,

Terima kasih kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian untuk membahaskan Titah Perasmian DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan.

Pilihanraya Umum Ke-13

Pertama sekali, saya ingin merakamkan terima kasih kepada Pengundi-Pengundi Kawasan Canning, yang telah memberikan mandate kepada saya untuk kali yang kedua, untuk mewakili warga Canning di dalam Dewan yang mulia ini.

Terima kasih juga dirakamkan kepada pengundi-pengundi Negeri Perak, yang mana jumlah peratusan yang turun mengundi mencecah 82% dalam PRU13, dan sejurusnya memberikan satu sokongan popular sebanyak 55% kepada Pakatan Rakyat dan jelas telah menyampaikan satu mesej bahawa Rakyat Negeri Perak mahukan satu perubahan, Rakyat Perak mahukan satu Kerajaan Baru dan Rakyat Perak mahukan satu mesej penafian yang jelas atas insiden sejarah hitam yang berlaku pada bulan Februari 2009.

Pada ketika ini, paling banyakpun Kerajaan BN yang ada kini adalah kerajaan yang mendapat sokongan minority dengan kerusi majority, tidak ada apa yang boleh diperbanggakan.

Pilihan Rakyat Perak ini telah dinafikan oleh sistem pilihanraya kita yang tidak adil, yang mana membawa jurang perbezaaan jumlah pengundi yang ramai. Daripada 10 kerusi dengan paling ramai pengundi, 7 dimenagi oleh PR dan 3 dimenangi oleh BN. Daripada 10 kerusi dengan paling kurang pengundi, kesemuanya dimenangi oleh BN.

Satu contoh yang ketara adalah di kawasan Manjoi, jumlah pengundi adalah sebanyak 51036 orang dan di kawasan Kota Tampan, hanya terdapat 12120 orang. Jurang perbezaan adalah 4.2 kali ganda!

Maka, adalah patut dan adil, untuk Kerajaan yang sedia ada sekarang, dalam cadangan persempadanan semula yang akan dilaksanakan tidak lama lagi, untuk memastikan prinsip “one man, one vote and one value” diketengahkan untuk menjamin kesamarataan hak dan harga setiap Rakyat Negeri Perak. Satu system demokrasi yang sihat, adalah yang mana kedua-dua pihak Pakatan dan Barisan bersaing dalam polisi-polisi yang diutarakan, dan diberikan satu level playing ground dalam Pilihanraya Umum.

Penstrukturan Urusan Air Negeri: Pemindahan Aset Air kepada Pengurusan Aset Air Berhad

Pihak Kerajaan telah menyatakan dalam Persidangan Bajet 2013 yang lepas bahawa hasil daripada pemindahan asset air kepada PAAB, hutang Kerajaan Negeri telah berkurangan daripada RM1.05 billion kepada RM326 million, satu pengurangan sebanyak 70%.

Persetujuan dan perjanjian untuk pemindahan asset air telah dicapai pada pertengahan tahun 2012 tetapi Rakyat tidak mempunyai maklumat yang mencukupi terhadap perjanjian tersebut. Keputusan untuk persetujuan pemindahan asset ini merupakan satu keputusan yang amat penting bagi Rakyat dan adalah wajib bagi Kerajaan sekarang membuktikan bahawa Kerajaan telah melaksanakan tanggungjawab sebagai stakeholder hak kepentingan Rakyat dengan berkesan, memandangkan Lembaga Air Perak yang merupakan satu GLC yang efisien, dan setiap tahun menyumbangkan lebih kurang RM100 juta kepada Bajet Negeri. Apa yang akan terjadi selepas pemindahan asset air menjadi satu persoalan besar.

Saya memohon supaya pihak Kerajaan dapat menjelaskan apakah kebaikan dan keuntungan yang telah Kerajaan Negeri perolehi dalam perjanjian pemindahan asset air ini? Kita tidak mahu nampak bahawa perjanjian ini dipersetujui seolah-olah untuk tunduk kepada tekanan daripada Kerajaan Pusat, atau hanya untuk tujuan penghapusan kurang daripada 70% hutang negeri kepada Kerajaan Pusat.

Biar kita bandingkan, di Negeri Pulau Pinang, jumlah pengurangan hutang negeri hasil daripada pemindahan asset air adalah sebanyak 95%. Kerajaan Negeri Perak yang diterajui oleh parti yang sama dengan Kerajaan Pusat, dengan mantan MB kita Tan Seri Tajol Rosli sebagai Pengerusi PAAB, adalah hairan kenapa satu deal yang lebih baik tidak dapat dicapai.

Soalan lanjut yang harus diperjelaskan oleh Kerajaan Negeri adalah, apakah rancangan-rancangan pembinaan project infrastruktur pembekalan air mentah (raw water infrastruktur projek), seperti Sungai Perak Water Transfer Scheme (SPWTS), telah dicapai untuk kebaikan Negeri Perak?

Isu yang seterusnya adalah, saamada Kerajaan Negeri bersedia untuk menggunakan peluang ini, dalam proses pemindahan asset air kepada PAAB, untuk pembinaan infrastructure yang mencukupi untuk membolehkan penyumbangan air mentah dari Sungai Perak dan Sungai Kerian kepada Negeri Pulau Pinang bermula pada tahun 2020, yang mana dapat menjana keuntungan kepada Kerajaan Negeri Perak? Penjualan air mentah dari Perak kepada Pulau Pinang, dalam jangka masa panjang, akan merupakan satu hasil yang consistent kepada Kerajaan Negeri. Apakah perbincangan yang telah dilakukan selama ini?

Pelantikan Pegawai-Pegawai Kanan Poilitk Menteri Besar

Tuanku telah bertitah bahawa adalah patut untuk kedua-dua pihak penuhi harapan rakyat dan amanah rakyat, dan laksanakan tanggungjawab secara dedikasi, ikhlas, jujur lagi berintegrity.

Yang penting untuk saya di sini, Kerajaan Negeri haruslah melaksanakan tanggungjawabnya dengan ikhas dan jujur, dan segala tindakan dan keputusan haruslah membawa manfaat kepada rakyat, termasuklah pelantikan-pelantikan ke jawatan yang berlandaskan politik.

Pada Februari 2009, apabila YAB Pangkor mengangkat sumpah selaku MB, beliau telah membuat pelantikan 6 orang EXCO bersama-sama dengan 3 Penasihat kepada Menteri Besar (yang mana 2 antaranya kalah dalam piliharaya) dan seorang lagi digelar Ketua Penerangan Kerajaan Negeri dan diberikan status EXCO. Soalan telah dikemukakan ke atas berkenaan dengan elaun dan kemudahan khas dalam pelantikan politik ini, namun soalan demi soalan telah ditolak untuk beberapa kali.

Peranan untuk pelantikan-pelantikan politik tersebut amat dipersoalkan. Pada masa lepas, keperluan untuk melantik ahli-ahli bukan EXCO mungkin boleh dijustifikasikan apabila bilangan EXCO yang dilantik adalah 6, tetapi pada masa sekarang, 9 orang EXCO telah dilantik, dan satu lagi quota lagi hanya merupakan suatu isu masa sahaja sebelum rakan saya dari MCA membuat satu u-turn daripada ugutan mereka sebelum PRU13 yang kata tidak mahu menyertai kerajaan.

Dengan itu, tidak ada alasan lagi untuk terus dengan mana-mana pelantikan politik seperti yang berlaku pada tahun 2009. Namun, apa yang saya diberitahu adalah, bekas YB Pengkalan Bahru, telah dikekalkan dalam pejabat Penerangan Kerajaan Negeri, yang lagi hairan adalah bekas YB dari Jelapang dan Malim Nawar pula diberikan jawatan Pegawai Khas kepada MB dalam hal Ehwal Bukan Islam, dan Ketua Penyelaras Majlis Masyarakat Penyayang yang mana sebelum ini tidak wujud langsung! Mungkinkah kita nampak dalam sidang yang akan datang, sekiranya bekas YB Behrang dan Changkat Jering dilantik untuk sesuatu jawatan politik yang dicipta seolah-olah untuk memenuhi kehendak politik pihak pemerintah dan mengenang jasa mereka dalam menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat pada tahun 2009?

Penasihat MB diberikan status EXCO pada tahun 2009. Bagaimanakah dengan pelantikan-pelantikan sekarang? Kesemua ini melibatkan wang dan kepentingan Rakyat dan ini seharusnya tidak boleh berlaku yang mana adalah bertentangan dengan titah Tuanku berkenaan dengan prinsip “ikhlas dan jujur”.

Pelancongan

Tahun Melawat Negeri Perak 2012 telah dijalankan dan mengikut rekod Kerajaan, prestasi telah mencecah sasaran 5 juta pelancong. Saya tidak tahu apakah piawai yang digunakan oleh Kerajaan Negeri, samaada mereka yang “melalui” Perak sahaja turut dimasukkan sebagai penghitungan dan memberikan satu “feel good factor”?

Sekiranya angka yang diberikan adalah sahih dan benar, kita anggarkan setiap satu pelancong membelanjakan RM300.00, maka sekurang-kurangnya sejumlah RM1.5 billion telah dibelanjakan di Negeri Perak! Yang anehnya, rakyat negeri Perak tidak terasa jumlah besar ini telah dibelanjakan dan terdapat satu cash flow tersebut dalam pasaran Perak!

Ketenteraman awam dan keselamatan – masalah jenayah

Kita sekian tahu bahawa masalah jenayah merupakan satu masalah yang harus ditangani dengan serta merta. Gejala jenayah sedang mengeruni Warga Perak, biarpun jenayah kecil seperti kes ragut dan pencurian, ataupun jenayah besar seperti penembakan dan pembunuhan yang serious.

Menurut statistic yang dikemukakan di Parlimen, daripada jumlah 112,583 anggota polis yang ada, hanya 10,150 (9%) adalah dalam Criminal Investigation Department, 4,224 (3.8%) dalam Bahagian Nakotik dan 1,663 (1.4%) dalam Bahagian Siasatan Komersial. Angka di atas adalah jelas tidak mencukupi untuk menangani situasi yang sekarang ada.

Sebagai langkah dan usaha yang paling efektif dalam menangani isu jenayah ini, saya cadangkan supaya Kerajaan Negeri boleh, (1) memberikan tekanan dan cadangan kepada Kerajaan Pusat untuk meningkatkan anggota polis dalam Bahagian CID kepada 50% daripada jumlah polis, bersamaan dengan 56,000 anggota, dan (2), mendesak supaya IPCMC ditubuhkan untuk mamastikan pihak polis memainkan peranannya dengan lebih efektif.

Pada masa yang sama, kami selaku wakil rakyat bersedia untuk membantu pihak polis dalam mencari jalan untuk menangani masalah jenayah, sekiranya pihak polis sedia memberikan kerjasama. Sebagai contoh, di kawasan saya, kawasan Taman Ipoh Timur yang sekarang digeruni dengan masalah jenayah, saya bersedia untuk mencari dana untuk menampung kos dan membina pondok polis di kawasan perumahan berdekatan dengan Jalan Perajurit, tetapi hanya dengan komitment daripada pihak polis untuk menyediakan anggota yang mencukupi untuk menduduki pondok polis tersebut. Saya tidak ingin nampak, apa yang berlaku di kawasan Medan Ipoh, apabila ahli-ahli politik BN membuat publicity sebelum pilihanraya atas satu pondok polis yang siap dibina dengan dana kerajaan pada awal tahun ini, sampai sekarang tidak nampak adalah anggota polis diaturkan untuk bertugas.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Dato Ketua Polis Negeri, Dato’ Mohd Syukri Dahlan, yang telah berkhidmat di Negeri Perak sejak Disember 2010 dan akan berakhir pada 02.09.2013. Semasa perkhidmatan beliau, beliau telah menyahut segala permintaan / persoalan dan amat responsive ke atas persoalan daripada pihak kami, walaupun pihak kami daripada pihak pembangkang. Saya percaya sikap seperti Dato’ Syukri lah yang adil dan berkhidmat tanpa mengira latar belakang politik, seperti ramai juga kakitangan kerajaan yang ada di dalam Dewan ini, akan membawa kepada satu era politik yang baru yang mana akan membawa kebaikan kepada Rakyat pada akhirnya.

Majlis Bandaraya Ipoh & Masalah Setempat

Kerajaan Tempatan merupakan rangkaian kerajaan yang paling dekat dengan Rakyat dan saya percaya bahawa prestasi Kerajaan Tempatan dapat ditingkatkan dan perselisihan antara Rakyat dengan Kerajaan Tempatan dapat dikurangkan dengan public engagement dilaksanakan setiap kali sebelum projek-projek diumumkan.

Sebagai contoh, Majlis Bandaraya Ipoh pada tahun 2009 telah mengumumkan cadangan atau keputusan untuk membina semula 5 buah pasar tradisional dengan setiap satu diberikan bajet sebanyak RM5 juta oleh KPKT. Pengumuman tersebut telah mendapat bantahan yang kuat dan pihak MBI sepatutnya memahami kehendak dan kebimbangan rakyat dalam perkara ini.

Untuk pasar di kawasan saya, Pasar Kg Simee, satu pasar yang mempunyai sejarah 50 tahun. Memandangkan suara majority daripada kalangan rakyat adalah tidak bersetuju dengan pembinaan semula pasar, maka pihak Kerajaan Tempatan patutlah melaksanakan public engagement dan memahami kehendak rakyat. Saya percaya bahawa projek penaik-tarafan pasar kg simee secara berperingkat boleh diterima dengan suara rakyat didengar dan dijadikan pertimbangan utama akan mendapat respond yang baik daripada rakyat.

Untuk tujuan ini, demi kebaikan rakyat untuk satu pasar yang lebih selesa, saya boleh cadangkan kepada pihak MBI bahawa saya tidak memerlukan RM5 juta dari KPKT tersebut, hanya RM1 juta adalah mencukupi untuk menaiktaraf pasar kg simee secara keseluruhan. Pihak kami sanggup bekerjasama untuk segala aspek nasihat dan pandangan dan teknikal sekiranya MBI dapat mempertimbangkan dan meluluskan peruntukkan ini.

Saya juga berasa tertarik dengan penekanan oleh Kerajaan Negeri yang menyediakan RM38 juta untuk tahun 2013 untuk pembangunan jalan raya di Negeri ini. Saya ingin memohon supaya, memandangkan Jalan Perajurit yang menyambung Tambun dengan Jaya Jusco Kinta City telah menjadi begitu sibuk dan jalan utama untuk penduduk-penduduk dari Sunway, Tanjung Rambutan dan Tambun ke Bandaraya Ipoh. Jalan tersebut sudah mengalami kerosakan dan kerja-kerja patching up adalah tidak mencukupi. MBI harus mengeluarkan suatu bajet supaya once and for all menurap semula Jalan tersebut untuk kebaikan pengguna jalan raya.

Kesimpulan – A First World Dewan Negeri Perak

Saya bersyukur kerana telah diberikan mandate oleh pengundi-pengundi saya untuk berada di Dewan ini untuk kali yang kedua. Selaku wakil rakyat dalam Dewan ini untuk penggal yang kedua, saya mempunyai harapan yang besar di sini bahawa Dewan Negeri Perak boleh dijadikan satu First World Dewan yang menjadi teladan kepada Dewan Persidangan di Negeri-Negeri lain.

Saya berasa gembira apabila Dewan ini telah membuat keputusan untuk mengikut practice Kerajaan PR pada tahun 2008, yang memberikan siaran langsung sidang Dewan ini. Namun, kebenaran untuk livestream turut harus dibuka kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk membuat liputan langsung tanpa mana-mana penguntingan dalam website masing-masing. Ini boleh membantu persidangan Dewan ini untuk reach out kepada lebih ramai penonton dan sejajar dengan hasrat transparency yang ingin tercapai dalam liputan langsung ini.

Pada masa yang sama, kita sekian maklum bahawa dalam Dewan yang lepas, banyak soalan-soalan lisan dan bertulis oleh ahli-ahli Dewan ini telah ditolak atas alasan-alasan yang tidak munasabah. Esok merupakan hari terakhir sidang ini dan pihak Kerajaan mempunyai satu peluang untuk menebus kesilapan lampaunya dan Dato Speaker turut boleh menampilkan satu perubahan dan reformasi dalam Dewan ini, dengan memastikan kesemua soalan-soalan oleh Ahli-ahli Dewan diterima dan diberikan jawapan bertulis yang lengkap.

Sekian, ucapan daripada saya. Salam Ketuanan Rakyat, salam “Ubah Malaysia”

Sekian, terima kasih.