Skip to content

Ucapan Howard Lee Chuan How, ADUN Pasir Pinji di Dewan Undangan Negeri

Saya memulakan ucapan saya, dengan mengulas panggilan YAB Pangkor dalam suatu sidnag media yang dilaporkan dalam akhbar. Beliau menyatakan bahawa adanya segelintir masyarakat yang telah mengeuarkan hujahvdan tuduhan yang tidak benar mengenai MB Inc, bahawasanya MB INC itu dimiliki oleh YAB Pangkor secara persendirian. Saya ingin merakamkan sokongan kepada statement beliau, tuduhan bahawa MB Inc adalah dimiliki oleh Pangkor sebenarnya tidak berasas dan kami mengutuk sesiapa yang menyebarkan tuduhan palsu itu . Kami sedar bahawa MB Inc telah dimaktub sebagai sebuah perbadanan trustee, pemegang amanah kepada tanah dan hartanah dimilik negeri.

Tetapi saya harus juga membawa perbincangan yang amat penting ke dalam dewan yang mulia ini. Saya berpendapat ada keperluannya untuk kami selaku wakil rakyat mempersoalkan proses pemberian tanah dan hartanah oleh pihak kerajaan kepada MB Inc dan fungsi dan pendekatan MB Inc yang sedia ada. .

Persoalanan yang tertimbul adalah seperti berikut; Pendekatan yang sedia ada bagi pendapatan hasil melalui transkaksi pemberian tanah, melainkan penjualan tanah oleh GLC GLC dan agensi kerajaan yang lain kepada sektor swasta, adalah, #1 pemberian tanah kepada sektor swasta secara terus, #2 pemberian tanah kepada MB Inc dan selepas itu dirundingkan dan dijualkan kepada sektor swasta dan atau melalui pembangun usaha sama dengan sektor swasta dalam projeck pembangunan ,. Kita tahu kedua dua kaedah ini mendatangkan hasil, tetapi soalannya adalh kaedah mana kah yang menghasilkan keuntungan kepada kerajaan negeri yang paling menguntungkan rakyat.

Dan isu selaras dengan itu juga yang harus diperbahaskan secara dasar, adalah sejauh mana keuntungan yang diperolehi oleh MB Inc melalui transaksi-transaksi masing masing, di carumkan kembali kepada kerajaan negeri dalam bentuk hasil yang dapat di pantau dan disemak oleh ahli ahli yang berhormat sekalian.

Seterusnya, saya ingin membuka ruang perbahasan mengenai komposisi MB Inc, dan saya ingin memperjelaskan terebih dahulu, Saya bukan hendak mempertikaikan sama ada tanah dan hartanah di makan dan disembunyi oleh MBInc atau YAB PAngkor. Bukan saya hendak bersifat syak wasangka hendak membuat tuduhan liar; tetapi secara dasar dan prinsip, wujudnya suatu konflik kepentingan apabila badan yang meluluskan pemberian tanah iaitu MMK, meluluskan tanah kepada MB Inc, yang yang lembaga pengarahnua dipengerusikan oleh YAB Pangkor, dan dianggotai YB Sg Manek, YB setiausaha negeri, YB penasihat undang undang negeri, YB pegawai kewangan negeri dan dua orang pegawai eksekutif. Tiada unsur penuduhan di sini, dan saya sedar ini pun juga dilakukan oleh negeri negeri yang lain, tetapi tidak hairanlah ada pemutaran bahawa Pangkor memberi tanah kepada Pangkor… sebab konflik kepentingan memang wujud tidak kira dari mana mana sudut pandangan.

Kita di sini selaku pekerja perkerja garis sepan dalam politik, harus sedar bahawa persepsi memainkan peranan yang penting. Saya mencadangkan, bagi kita mengelakkan khabar angin putaran ini daripada berterusan, dan juga bagi usaha untuk menunjukkan ketelusan dan kerelaan untuk mendokong sikap keterbukaan yang sering diungkapkan oleh Pangkor, supaya struktur dan komposisi MB Inc di rombakkan semula supaya percanggahan kepentingan ini dapat ditangani, ke arah satu politik baru, dan pihak kami di sebelah sini sambut baik segala perdebatan untuk manjadikan MB Inc ini lebih telus dan effisyen dan terbuka, demi kebaikkan kemajuan Perak Kita.

Ramai di sini tidak asing lagi daripada ungkapan, justicE must not only be done, but be seen to be done. Rakyat Perak sudah merentasi paras kematangan politik itu, Rakyat Perak menginginkan supaya JUSTICE MUST NOT BE SEEN NOT TO BE DONE.

Dato Seri Yang Dipertua,

Kepada pihak kerajaan, khususnya YB Pangkor, yang pernah menyatakan bahawa beliau mengikuti segala percakapan dan penulisan saya, saya yakin, pemikiran saya yang mementingkan usaha mengukuhkan ekonomi tempatan, atau ‘peng-lokalisasiaan ekonomi’, bukan untuk melawan pengglobalisasian, tetapi sebagai suatu pelengkap. sebagai Ucapan ulung saya dalam dewan yang mulia ini, saya telah mencatatkan pemikiran dan cadangan saya untuk merangsangkan ekonomi tempatan khusus unutk Pasir Pinji, yang begitu berhampiran dengan lapangan terbang kita di Ipoh, supaya memaksimakan kekuatan kita melalui pemerkasaan peniaga-peniaga kecil yang mengusahakan perniagaan makanan.

Walaubagaimanpun, saya selaku ADUN pembangkang, yang tidak diberi kemudahan peruntukkan kawasan, memandangkan pengumuman bahawa Perak akan dijadikan tapak kepada Malaysia year of festivals, saya juga ingin mengumumkan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa pejabat saya akan menganjurkan suatu pesta Makanan dan Persejarahan budaya( cultural history), pada 1, 2 dan 3haribulan Mei 2015 di kawasan saya. Sebenarnya, pengmuman kecil telah pun dibuat sejak 2 bulan yang lepas, tetapi official launching, akan diadakan pada 11 hb Jan. Dato Sri Speaker dan semua ahli ahli YB dijemput hadir. Hasratnya tidak rumit dan tidak lumayan, tetapi saya harap akan mendatangkan kesan ekonomi, dan kemasyarakatan yag positif terhadap komuniti Pasir Pinji yang telah sekian lama dipinggirkan oleh kedua-duanya sektor awam dan swasta.

Kampung baru, sebagai suatu kaedah kejuruteraan sosial (social engineering arrangement) hasil daripada zaman kemudaratan di antara 1948- 1960, sebenarnya sesuatu yang amat diminati oleh ahli ahli akademik, khususnya dalam konteks kesan ekonomi sosial yang dibawanya, melalui pengajian perancangan fizikalnya dan juga ekologi penggunaan

Selepas usaha panjang lebar oleh pejabata saya untuk menjemput penglibatan universiti-universiti tempatan yang gagal, semata-mata kerana saya seorang wakil rakyat pembangkang, saya bersyukur kerana saya telah mendapat komitmen daripada sebuah universiti di Netherlands, Universiti Wageningen yang sanggup berusaha sama dalam satu projek kajian besar besaran yang berjangka 3 tahun ke atas, melibatakan 1 professor madya, 2 penkaji ber taraf masters, dan 15 pengkaji taraf sarjana muda untuk mengkaji Persejarahan dan warisan Makanan dalam konteks pelancongan di pasir pinji.

Pesta makanan, atau pinji foodfest ini telah kami tetapkan 3 matlamat besar, iaitu

  1. untuk memberansangkan ekonomi tempatan melalui pemerkasaan peniaga dan pengusaha tempatan
  2. untuk meningkatkan imeg dan membaik-pulihkan persepsi orang ramai terhadap Pasir Pinji, dan kampong-kampung baru tidak semesti dilupa dan disingkir oleh ekonomi semasa
  3. untuk menyentuh hati dan jiwa rakyat dengan kelazatan makanan dan keindahan budaya warisan dan sejarah masyarakat majmuk yang dapat deitemui di kampong baru pasir pinji.

Jika Pihak kerajaan benar benar prihatin dan merentasi parti dalam isu-isu rakyat, segala bantuan akan disambut baik.

TYD

Pasir pinji adalah salah satu kawasan di serantau Ipoh yang mempunyai golongan miskin dan miskin tegar luar catatan yang begitu ramai. Saya ingin merakamkan tahniah mengucapkan syabas kepada kakitangan dan pegawai JKM yang begitu giat dan effisyen dalam menjalankan tugas mereka dan kerjasama mereka dengan pejabat saya yang begitu erat dan lancar. Tetapi, ada kekurangan dari segi dasar yang menyebabkan segolongan daripada masyarakat keterbawahan yang tertinggal.

Dalam sistem kebajikan yang sedia ada yang agak kurang fleksibel, munculnya kes kes tertentu dimana segolongan yang tidak kecil, yang saya menamakan dengan istilah ‘penjaga’, dimana mereka bertanggungjawab menjaga tanggungan yang terlantar dan atau memerlukan penjagaan ‘sepenuh masa.

GOlongan ini kebanyakkan kesnya adalah anak tunggal. PErbelanjaan isi keluraga mereka yang pada suatu ketika dahulu amat sederhana, atau wasatiyah, dengan tanggungan kewangan seperti pinjaman rumah dan kereta yang sederhana, ditanggung bersama sebagai satu unit keluarga. MAsalah tertimbul apabila penyumbang kewangan yang lain itu, kebiasaannya mereka adalah ibu atau bapa atau kedua-dua sekali secara luar jangka ditimpa kemalangan atau penyakit yang menyebabakan mereka berhenti kerja, dan terus dijadikan tanggungan kepada si anak.

Bukan sahaja, si anak harus menanggung tekanan emosi akibat kemudaratan ibu bapa nya, tetapi Tiba-tiba, ansuran pinjaman kereta, rumah, peti sejuk yang baru haruslah ditanggung secara persendirian. Lebih menyusahkan lagi, si anak dipaksa memainkan peranan penjaga kepada ibu bapa, yang memaksakan beliau mencari kerja yang baru yang membolehkan kewajipan yang baru; kebanyakkan kesnya bermakna kerja baru itu mengundangkan gaji lebih rendah.

Golongan penjaga ini terdiri daripada bukannya anak kepada ibu bapa yang terlantar, tetapi juga insteri kepada suami dengan tanggungan anak-anak. Atau abang kepada adik yang tidak beribu-bapa. Dan golongan ini adalah segolongan yang paling senang terjatuh ke bawah paras kemiskinan dan ditimpa cabaran cabaran kewangan yang melesukan tubuh dan minda.

Secara dasar dan makro, dan dari sudut pandangan ekonomi, golongan ini jika dibiarkan jatuh kedalam perangkap kemiskinan. Begitu mudahnya untuk sesiapa jatuh kedalam kemiskinan tetapi, kesusahan untuk menyelamatkan seseornag itu amat luar biasa. Lebih penting lagi, , kita akan dirugikan, pekerja-pekerja yang berpotensi, angkatan middle management yang berpotensi, dalam konteks ekonomi penjana-penjana produktiviti yang berpotensi(vessels of productivity).

Tanggungjawab pemerintah, dalam sesebuah negeri adalah untuk memastikan bukan saja hardware, tetapi software unutk memastikan mereka yang berisiko tidak terjatuh. Dengan ini, saya ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan mengambil berat idea ini, dan meningkatkan bukan sahaja quantum perunutkka untuk kaedah sedia ada, tetapi melebarkannya dan memperkenalkan bantuan penjaga (carer’s allowance). Saya menawarkan diri untuk membentukkan dasar ini secara lebih lanjut.

TYT

Saya juga ingin menyentuh tentang pengangkutan awam yang sememangnya suatu isu penting yang tidak begitu hangat dibincankan dalam sidang ini. Walaupun semenjak sedikit pertelingkahan di antara saya dan chenderiang menegenai kekerapan mesyuarat jawatan kuasa pengangkitan awam, kami telah berbincang secara lebih mendalam dan kami, sebagai sebuah jawatankuasa telah mengesyorkan kepada MMK 5 Syor yang berikut.

Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak dengan hormatnya dimohon mengambil maklum syor-syor seperti berikut:

  1. Keperluan mewujudkan satu badan/agensi/unit yang khusus bagi pelaksanaan sistem pengangkutan awam di Negeri Perak bagi memenuhi kehendak dan keperluan tempatan;
  2. Penstrukturan semula hakmilik aset dan kemudahan lain berkaitan pengangkutan awam dimiliki oleh kerajaan. Langkah ini bagi memastikan operator bas tidak menanggung risiko perniagaan yang tinggi dan memastikan kepentingan rakyat dan tanggungjawab sosial dilaksanakan;
  3. Penstrukturan semula kaedah pelaksanaan sistem pengangkutan awam di Negeri Perak dengan mengambil kira keperluan dan perancangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penubuhan Jawatankuasa Khas yang melapor kepada Dewan Negeri;
  4. (iv) Pelaksanaan projek perintis sistem pengangkutan awam di peringkat daerah yang dipantau, dikawal selia dan dilaksanakan oleh badan/agensi di peringkat daerah (contoh: SPAD Daerah Kinta);

  5. SPAD menyalurkan peruntukan tahunan secara sistematik kepada badan yang akan ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah bagi pelaksanaan sistem pengangkutan awam di Negeri Perak;

Sebenarnya, syor syor ini seharusnya didedahkan kepada rakyat tetapi, ia amat memakan masa yang tidak begitu mencukupi. Tetapi, tanpa kesedaran dan tekanan rakyat, seringkali, perbincangan dan dasar yang memerlukan langkah langkah bersifat pemindaan paradima ’paradigm shift’ tidak akan dilaksanakan.

Dan syor syor ini memberi konteks kepada Keterpanggilan saya untuk sekali lagi menekan kepada kerajaan, dan memanggil kerajaan untuk manaik tarafkan jawatan kuasa pengangkutan awam ke tahap Jawatankuasa pilihan khas, supaya semua pihak berkenaan, termasuk SPAD, JKR, JPJ, PBT, pemegang-pemegang konsesi bas, KTM, mahupun kerajaan pusat, tidak akan pandang ringan hasrat Kami selaku wakil rakyat untuk mewujudkan satu sistem pengangkutan awam yang berjiwa rakyat, dan menuju kearah pendemokrasian amenity dan ruang awam. Dan jikalau pihak kerajaan hendak menonjolkan betapa komited terhadap meningkatkan pengangkutan awam, inilah langkah yang wajib di ambl.

TYD

Saya tidak menyentuh mengenai pasar secara mendalam dalam siding ini, melainkan mengekspresikan kekecewaan bukan saja yang luar biasa, tetapi yang kekecewaan menakjubkan terhadap MBI kerana keengganan dan kedegilan pihaknya untuk menyelesaikan masalah yang telah berlanjutan dan berkali-kali saya bentangkan didalam dan di luar dewan. Dan tiada gunanya untuk saya mengulangkan lagi masalah.

Saya ingin sahaja merakamkan bahawa setelah sepucuk surat rasmi yang saya hantar kepada

Exco pbt

Exco Kg BAru dan kesihatan

MB

MEnteri KPKT dan Dato Bandar

Saya tak dapat apa tindak balas,

Dengan kegeraman saya sendiri, dan membawa kemarahan anak anak pinji, saya terus menelefon dengan semangat penggesaaan kepada YB Chenderinag dan YAB Pangkor, tindakan walaupun pantas, adalah semata-mata, satu tinjauan oleh serombongan pegawai majlis, dipimpini oleh ahli majlis kawasan tersebut yang tidak pernah melawati pasar walaupun telah dilantik hamper setahun. Dan respon yang saya dapat dalam e-aduan berkenaan, berbunyi berikut:

KPPJB (K&B) MEMAKLUMKAN TIADA PERUNTUKKAN UNTUK PEMBAIKAN KECIL DAPAT DARI SUK TETAPI PEMBINAAN SEMULA SEBANYAK 6JUTA. OLEH KERANA KERJA INI URGENT DATO BANDAR SUDAH BERJANJI TETAPI KONTRAKTOR MSIH MEMBISU. KERJA INI DI KIV DAHULU.

KES SELESAI!

INI BERLOGIK SONGSANG dan tidak masuk akal. Sejak bila sesuatu kontraktor yang berbisu mempunyai kuasa untuk melengahkan satu projek yang melibatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat? Kalo bisu, kita pancung, dan kita bago kontrak kepada yang lebih layak dan rela.

Walaubagaimanupun, YAB MB telah diluar dewanm dan harap beliau akan mengulangi di dalam dewan untuk memberi komitmen bekerjasama dengan saya untuk menyelesaikan ‘once and for all’, masalah pasar PAsir pinji yang tidak boleh dilengahkan lagi.

TYD

Supply side approach melalui penyuntikkan aktiviti kepada masyarakat dan ekonomi setempat seperti Pinji food fest, dan demand side approach melalui sesuatu mekanisma bantuan kebajikan yang lebih lebar dan inklusif seperti Bantuan Penjaga, boleh digabungkan untuk menyampaikan yang terbaik untuk rakyat.

Saya bersetuju bahawa ada kalanya, rakyat jelata harus berdikari dan diberi kebebasannya untuk bersaing, demi proses pemantapan diri, tetapi, pada masa yang sama, khususnya dengan prospek ekonomi yang tidak menentu, penyekatan QE3, buih hartanah merata-rata asia serantau yang akan meletup bila-bila masa, harga minyak dan nilai Ringgit yang terus dan kekal merosot, perlaksanaan GST, , ia adalah tanggung jawab pihak pemerintah untuk melindungi rakyat, dan ekologi ekonomi kita daripada kesan negatif ekonomi serantau dan atau global.

Tiba masanya untuk kita sebagai sebuah negeri yang sedang membangun, dengan rakyat yang juga SEMAKIN meningkat kesedarannya untuk kita bersama mara de depan dan membawa evolusi politik. kita telah mendengar istilah yang amat popular buat sekarang, ‘menggembeleng’ Kita bersama-sama, menggembelengkan tenaga dan memetik best practices dan idea idea dari ideology dan pendekatan kedua dua haluan

Kami di sebalah sini, akan meneruskan perjuangan kita unutk merealisasikan harapan 55% rakyat Perak di PRU13, untuk membawa dasar dasar dan idea idea Pakatan Rakyat ke peringkat perlaksanaa, walaupun dari sebelah pembangkang. Kami akan menghadapi pelbagai cabaran untuk 2-3 tahun yang akan datang tetapi kami akan terus berjuang dengan rakyat perak, demi rakyat Perak, bak kata pepetah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, gunung sma didaki, lurah sama diturruni, biar putih tulang, jangan putih mata.