Skip to content

Ucapan Membahas Usul No. 1 Tahun 2017, Usul di bawah Peraturan tetap 76(5) mengenai Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Sumber Air Selangor (Special Committee on Water Resource Management of The State of Selangor) tentang “Post-Mortem Pencemaran Air Sungai Semenyih” oleh ADUN Kampung Tunku Lau Weng San

Adalah menjadi objektif kepada JPK-SAS untuk memastikan bahawa kerajaan mempunyai rancangan sempurna untuk memastikan kuantiti air terawat adalah mencukupi di Selangor.

Soalan:

Berdasarkan perenggan 5.1.3(b)(v), kilang tersebut ialah sebuah kilang yang memproses minyak angina. Minyak angina atau minyak masak? Kalau minyak masak, maka ini kerajaan perlu ada satu dasar yang tetap terhadap pengitaran semula minyak masak terpakai.

Berdasarkan perenggan 5.1.9, terbukti bahawa bilangan tanker yang diperlukan memang jauh tidak mencukupi dan mustahil akan diatasi.

Perenggan 5.1.17, adakah tanker dilengkapi dengan peralatan GPS dan pergerakannya boleh dikawal oleh bilik kawalan?

Berdasarkan perenggan 5.2.1, lebih daripada separuh kilang di sepanjang Sungai Semenyih dan Sungai Langat adalah tidak berlesen. Empat kilang yang tiada hakmillik dan didirikan di rizab Sungai Semenyih telah diroboh. Bagaimana dengan sepuluh kilang haram yang didirikan di atas rizab Sungai Langat? Adakah tindakan perobohan telah dilakukan? Bagaimana dengan kilang-kilang haram di sungai-sungai yang lain? Diminta senarai penuh dalam jawapan bertulis.

Berdasarkan perenggan 5.3, adakah pemantauan statik dan ujian pensampelan masih dijalankan di tapak di sepanjang Sungai Semenyih? Bagaimana dengan Sungai Langat dan sungai-sungai yang lain di Selangor? Bagaimana dengan cadangan pemasangan peralatan pensampelan nyata-masa (real time) di beberapa bahagian sungai sebelum muka sauk loji rawatan air?

Perlindungan sumber air mempunyai makna strategik pertahanan negara. Kerajaan perlu memastikan rancangan perlindungan sumber air, Perang Tabuk pada tahun 631, di mana orang Islam terpaksa berperang dalam keadaan yang panas dan kekurangan air semasa diserang Empayar Rom. Peperangan Shunchang di antara Nan Song dan Jing pada tahun 1140. Dalam perkataan lain, peruntukan lebih banyak diperlukan untuk melindungi. Semua kilang haram perlu diroboh.