Skip to content

Ucapan Membahas Usul No. 1 Tahun 2017, Usul di bawah Peraturan tetap 76(5) mengenai Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Sumber Air Selangor tentang “Post-Mortem Pencemaran Air Sungai Semenyih” oleh ADUN Kampung Tunku Lau Weng San

Y.B. Batang Kali

Pertama sekali kita harus beringat bahawa usul ini hanya adalah untuk membawa Y.B. Batang Kali ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Jadi kepada Y.B. Batang Kali, jangan bimbang. Anda belum lagi dihukum. Belum tahu salah atau tidak. Tapi saya ingin meminta jawatankuasa ini untuk menyiasat perkara ini dengan lebih menyeluruh termasuk sama ada mungkin kesihatan ataupun kedudukan mental Yang Berhormat sama ada beliau menghidapi sindrom lidah bercabang dua termasuk kita perlu siasat Puan Speaker posting-posting Yang Berhormat dalam laman facebook beliau.

Saya berharap Y.B. Batang Kali mengakui apa yang anda post dalam facebook itu sebagai posting asal daripada kamu sendiri dan tidak bertindak seperti Jamal menafikan segala-galanya. Dalam posting bertarikh 26 September ada di sini. Saya rasa boleh serah kepada jawatankuasa nanti. Saya code dan saya petik posting oleh Y.B. Batang Kali. Baca baik-baik “di mana letak agama Islam di dalam perlembagaan DAP dan apakah teras perjuangan mereka?” dan beliau paparkan satu gambar yang meletakkan matlamat-matlamat dalam Perlembagaan DAP ini. Jadi adalah jelas bahawa beliau mempunyai maksud ataupun niat ataupun mens rea untuk melakukan satu tuduhan bahawa parti DAP ini Jadi ini adalah satu niat ataupun mainstream di situ untuk melakukan tohmahan yang tidak adil kepada Parti DAP yang mana parti ini ada wakil rakyatnya di Dewan yang mulia ini. Oleh sebab itu, melanggar peraturan mesyuarat seperti apa yang dituju dalam (di dakwa dalam) usul ini.

Yang kedua, saya menyatakan bahawa mengapa saya kata bahawa Y.B. Batang Kali, mengapa saya mengatakan bahawa kedudukan mental Y.B. Batang Kali itu juga perlu disiasat kerana saya baca dan tonton daripada video laman facebook beliau juga. Ada isu-isu yang saya rasa tidak masuk akal. Kalau di Dewan yang mulia ini, kita dengar Adun-adun daripada Barisan Nasional memperjuangkan hak Muslim, hak agama Islam, hak Melayu, tapi dalam satu video facebook beliau di Rasa agaknya beliau secara terbuka mengatakan bahawa kerajaan yang Smart Selangor ini, dia tidak memperjuangkan hak orang Cina pula. Jadi dia pergi ke Kampung Baru Cina, dia cakap satu. Dia pergi ke kampung Melayu, dia pergi FELDA, dia cakap lain. Oleh sebab itu, saya memohon Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ini untuk menyiasat secara seluruhnya khususnya posting-posting dan juga komen-komen yang beliau muat upload dalam facebook ini sebagai satu bahan bukti yang boleh diguna.