Skip to content

Ucapan oleh ADUN Bercham, Cheong Chee Khing dalam membahas Bajet Negeri Perak 2018 di Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan

Dato Yang Di Pertua yang dihormati.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ketua pembankang Perak, Yang Berusaha ketua-ketua Jabatan kerajaan , Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Pihak Media, Permerhati-permerhati sekalian. Salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Puan Yang Di Pertua kerana membenarkan saya bangun untuk membahas Bajet 2018 Negeri Perak.

Dato Yang Di Pertua yang dihormati.

Bajet 2018

Bajet 2018 kali ini menganggarkan mengalami satu lagi deficit sebanyak RM94.74 juta, ia adalah bajet deficit berturut-turut setelah kerajaan negeri menelan deficit RM129 juta pada tahun 2017. Tahun 2016 defisit sebanyak RM49.18 juta, berbanding RM50.06 juta pada tahun 2015. Inilah akan membawa negeri menuju ke paras situasi finance yang tidak memuaskan.

Bercham jelaskan bahawa fakta deficit dan surplus adalah penting untuk memberi keyakinan kepada pelabur dalam dan luar negeri, juga kepada institusi kewangan dan para kontraktor akan keupayaan kerajaan negeri mentadbir dan membuat pembayaran. Simpanan tunai yang selesa juga akan membolehkan Negeri Perak menghadapi sebarang risiko serta situasi tidak menentu (volatility).

Lapangan Terbang di Negeri Perak

Dato Yang Di Pertua yang dihormati.

Apakah perancangan dan usaha pihak Kerajaan Negeri dalam pembinaan lapangan terbang antarabangsa baru di Negeri Perak ?Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS ) yang sedia ada telah mencapai limitasi kepanjangan lantasan. Dan juga mendapati landasan LTSAS tidak boleh digunakan pesawat lebih besar selepas kerja pemanjangan serta pelebaran bernilai RM15.22 juta selesai dilaksanakan.

Antara punca landasan yang dinaik taraf itu tidak boleh digunakan kerana berlakunya sembilan lubang benam pada struktur tanah landasan itu. Keperluan membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di Negeri Perak amat penting untuk menerlajui pembangunan ekonomi Negeri Perak khususnya dalam industri Perkilangan dan perlacongan. Kerajaan Negeri Perak harus komited dalam memastikan hasrat pembinaan sebuah lapangan terbang antarabangsa di negeri Perak dapat direalisasikan.

Pendidikan

Dato Yang Di Pertua yang dihormati.

Dalam kajian Rancangan Struktur Negeri Perak 2020 iaitu Dokumen yang menyediakan rangkakerja perancangan untuk tujuan memandu dan mengawal pembangunan fizikal di seluruh Negeri Perak sehingga tahun 2020.

Dalam Projek Strategik Negeri (PSN) . PSN 66 dan PSN 72 untuk Pembinaan Universiti Teknologi Pertanian ASEAN ( UiTPA) dan cadanagn Universiti Teknologi Malaysia ( UTM) di Simpang Pulai-Gopeng. Bilakah Project tersebut dilaksanakan ?

Masalah-masalah ketidakadaan Sekolah Menengah jenis Kebangsaan (SMK) Dan ketidakadaan Tanah rezab sekolah di kawasan Bercham.

Dasar Perancangan Strategik Negeri (SP 6.2) berbunyi mempertingkatkan kuantiti dan kualiti perkhidmatan social yang merangkumi kemudahan pendidikan bagi menampung pertambahan penduduk kearah meningkatkan kualiti hidup serta kesejahteraan masyarakat bandar dan desa.

Kategori kemudahan pendidikan mengikut lokasi dan sasaran penduduk tadahan ialah sebuah sekolah menengah (SM) untuk menampung 15,000 penduduk atau 1000 murid.

Dalam fakta Sumber unit maklumat, Jabatan Pendidikan Negeri Perak Tahun 2002 dan kajian Rancangan Struktur Negeri Perak 2001-2020 sector Agihan keperluan sekolah Menengah Mengikut Daerah sehingga tahun 2020. Sejumlah 16 buah sekolah Yang perlu di bina. Manakala Dalam daerah Kinta perlu membina 8 buah sekolah baru.

Dalam bertambah pesatnya penduduk di kawasan Bercham seramai 120,00 penduduk. Maka pelulah membina sebuah sekolah baru dikawasan Bercham khususnya Sekolah menengah Jenis Kebangsaan SMJK.

Pada masa kini, sekeping tanah yang mempunyai keluasan 9.5 ekar rezab sungai di tepi Anggun Bercham Indah telahpun dikenalpastikan bahawa sesuai untuk pembinaan sekolah baru. Bercham telah menghantar memorandum dan berbahas setiap pengkal sidang dewan serta meminta Kerajaan untuk menukar status Kerezaban daripada sungai kepada kerezaban sekolah.

Pada masa kini Tanah Cadangan rizab sungai ( D7/3/94 PT2 ) telah dilulusan kepada agensi Kerajaan dengan Fail 247/7-6921 (D) MMK.Bil 1874/14-9-2016, KM.Bil 1358/14-9-2016

Oleh yang Demikian, Bercham memohon pihak kerajaan Negeri mempastikan agensi kerajaan dapat merezabkan tanah simpanan untuk kegunaan perbinaan sekolah sahaja.

Memperkasa produktiviti hasil Pertanian dan Penternakan

Dato Yang Di Pertua yang dihormati.

Sektor pertanian dan penternakan merupakan satu sektor yang amat penting dan menyumbang 16.1% kepada pertumbuhan KDNK negeri pada tahun 2016. RM5 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi pembangunan industri ruminan dan bukan ruminan serta kawalan penyakit ternakan.

Perternakan ruminan terus dibangunkan dan seluas 250 ekar padang ragut akan dipulihkan.

Selain daripada padang ragut, bercham bercadang industry pembangunan komoditi ruminan dalam cara sistem tutup ( low profile cross ventilation housing) (dengan izin). dan guna makanan haiwan TMR ( Total Mixed Ration) ( dengan izin) bukan lembu merayau di padang ragut mencari makanan . Sistem tutup seperti yang dilaksana dengan berjaya di Taiwan, ini haruslah dicontohi oleh kerajaan negeri perak demi memajukan bidang perternakan ruminan supaya pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan .

Selain daripada sektor ruminant, kerajaan seharusnya juga memberi tumpuan terhadap sektor perternakan ayam. Laporan ahkir kajian pasaran domestik ayam daging dari Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang bertarikh 21 hari bulan March tahun 2014 merumuskan bahawa Ayam daging merupakan pilihan utama sumber protein penduduk di Semenanjung Malaysia, Penggunaan domestik telah bertambah sebanyak 52%, iaitu dari 390 juta pada tahun 2006 kepada 594 juta pada tahun 2012 . Pengguanan ayam daging per capita ialah 42kg seorang setahun. Manakala penggunan ayam oleh penduduk Negeri Perak telah mencetah 160 ekor ayam daging sehari.

Kerajaan negeri harus memastikan perternak ayam menjalankan pemeliharaan dan penternakan ayam secara tertutup dengan menggunakan teknologi yang canggih. Dengan penggunaan penternakan secara tertutup ini, populasi lalat akan berkurangan di ladang. Selain daripada itu, ruang atau tempat yang diperlukan untuk menjalankan perternakan tertutup dapat dikurangkan, penternakan cara tertutup hanya menggunakan 0.78 kaki persegi untuk seekor ayam, sebaliknya perternakan terbuka memerlukan ruang sebanyak 1.2 kaki persegi untuk seekor ayam.

Hakikatnya, buat masa kini Terdapat Banyak Masalah penukaran kegunaan dan hakmilik tanah yang dihadapi oleh Perkebun dan Perternak-perternak di Negeri Perak yang belum dapat diselesaikan

Apakah Usaha-usaha kerajaan dalam memajukan sector penternakan khanzir dan ayam. kerajaan seharusnya menjelaskan dasar dan syarat-syarat supaya tujuan kegunaan tanah dapat ditukar dari kegunaan pertaniaan kepada kegunaan perternakan Khanzir dan ayam. Masalah pecemaran boleh selesaikan dengan

Apakah Polisi dan rasional yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk melindungi pekebun- pekebun kecil yang telah mengusahakan pertanian dan penanaman di tanah kerajaan yang tidak dihakmiliki oleh pekebun-pekebun tersebut selama beberapa dekad ini .

Pada hakikatnya. Mengapakah kerajaan negeri meluluskan dan sebidang tanah kerajaan yang dikenali sebagai PT 24482, H.S. (D) 22562, Mukim Sungai Raya, Daerah Kinta kepada seseorang yang bukannya seorang pekebun dan tidak tinggal di sana selama ini, sedangkan sekumpulan pekebun yang telah menduduki serta mengusahakan tanah tersebut lebih daripada 40 tahun masih gagal mendapat tanah tersebut walaupun telah memohon selama-lamanya ?

Peruntukan rancangan tebatan banjir dan Saliran

Dato Yang Di Pertua yang dihormati.

Dalam Bajet 2018, RM8.95 juta diperuntukan untuk tujuan tebatan Banjir dan saliran. kerajaan persekutuan tela meyediakan peruntukan sejumlah RM 306 juta bagi tujuan tebatan banjir.

Oleh demikian, saya menyeru Pihak kerajan memberikan keutamaan yang tinggi untuk melaksanakan projek tebatan banjir Bercham dengan serta-merta iaitu pembinaan longkang lencongan dari hala Bercham timur 11 ke Jalan Peraurit .

Project tebatan banjir Bercham telah bermula dilaksanakan pada tahun 2015 tetapi telah diberhentikan pada bulan Ogos tahun 2016 kerana kekurangan peruntukan, maka Bercham meyeru pihak kerajaan dapat menambahkan peruntukan untuk menjayakan projek tebatan banjir di Kawasan Bercham.

Denan ini saya akhiri bahas saya dengan sebuah pantun.
Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua saya pohonkan

Sekian Terima Kasih.