Skip to content

Ucapan oleh ADUN Bercham Cheong Chee Khing semasa membahaskan Bajet Perak 2017 di DUN Perak

Puan Yang Di Pertua yang dihormati.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ketua pembankang Perak, Yang Berusaha ketua-ketua Jabatan kerajaan , Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Pihak Media, Permerhati-permerhati sekalian. Salam sejahtera .

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Yang Di Pertua kerana membenarkan saya bangun untuk membahas Bajek 2017 Negeri Perak.

1.0 Sektor perumahan

Bagi tahun 2017, program bantuan perumaham akan diteruskan dan penyediaan Peruntukan RM5 juta disediakan untuk aktiviti sektor perumahan kos rendah.

Namum saya mencadangkan agar pihak kerajaan memberi keutamaan untuk menambahbaikkan dan menaik tarafkan rumah pangsa kerajaan yang sedia ada seperti rumah pangsa Sungai Pari dan Waller Court.

Kebanyakan jumlah unit rumah pangsa Sungai Pari dan Waller Court yang telah dibiarkan dan tidak diidiami dengan penyewa- penyewa setakat ini. Apakah dasar jangka pendek dan jangka panjang kerajaan negeri agar semua unit rumah pangsa yang telah dikosongkan selama ini diduduki semula oleh penyewa- penyewa dari golongan miskin dan golongan yang memerlukannya sementara waktu pembinaan rumah kos rendah direalisasikan.

2.0 Pendidikan

2.1 . Program Amanjaya Gemilang UPSR dan juga SPM G14 Perak Excellent Yayasan Perak.

Program Amanjaya Gemilang UPSR dan SPM bagi memperkasakan pencapaian akademik pelajar, dengan sasaran berada di kelompok ke-5 tertinggi peringkat kebangsaan.

Pada tahun 2014, peruntukan 1 juta telah disalurkan kepada semua aliran sekolah rendah untuk menyertai program Amanjaya Gemilang UPSR.

Mengikut jawapan bertulis yang saya perolehi pada hari Rabu, didapati Bagi Tahun 2015, peruntukan sebanyak RM850,000 dan bagi tahun 2016, peruntukan sebanyak RM800,000 dan sebanyak 852 buah sekolah mengikut program ini.

Saya amat kecewa terhadap pengurangan peruntukan bagi tujuan pendidikan. Mengapa kerajaan negeri berbuat sedemikian?

Malah, pada tahun 2015 dan 2016, Program Amanjaya Gemilang UPSR dan peruntukan hanya disalurkan kepada sekolah Rendah kebangsaan sahaja.

Mengapakah Sekolah rendah jenis kebangsaan , SRJK C yang sebanyak 185 buah dan 134 SRJK Tamil tidak dapat perluang untuk mengikuti program.

Bercham meminta pihak kerajaan menjawab dan memberi penjelasan mengapa SRJK C dan SRJK T yang merangkumi 37 % daripada jumlah sekolah rendah di Negeri Perak tidak menjemput untuk menyertai program Amanjaya Gemilang UPSR dan yang amat baik itu.

2.2 Masalah-masalah ketiadaan Sekolah Menengah jenis Kebangsaan (SMK) Dan ketiadaan Tanah rezab sekolah di kawasan Bercham.

Puan Yang Di Pertua yang dihormati

Pada masa kini, sekeping tanah yang mempunyai keluasan 9.5 ekar rezab sungai di tepi Anggun Bercham Indah telahpun dikenalpastikan bahawa sesuai untuk pembinaan sekolah baru. saya telah menghantar memorandum dan berbahas setiap pengkal sidang dewan serta meminta Kerajaan untuk menukar status Kerezaban daripada sungai kepada kerezaban sekolah.

Namum, pada masa kini, terdapat pemaju yang memohon untuk menbangunkan kawasan tersebut kepada kawasan perumaham dan pusat komersial.

Ini amat mengejutkan kepada rakyat Negeri Perak dan saya meminta pihak kerajaan agar tidak melulusan permohonan pemaju dan merezabkan tanah simpanan untuk kegunaan perbinaan sekolah sahaja.

3.0 Penyalahgunaan lesen Pusat Hiburan Keluarga (PHK) bagi tujuan perjudian

Di Negeri Perak, terdapat sebanyak 129 pusat hiburan keluarga beroperasi secara sah dan mempunyai lesen perniagaan dengan 123 daripadanya terletak di Ipoh, Hilir Perak (empat) dan Batu Gajah (dua). Di Bercham terdapat lebih kurang 40 pusat hiburan keluarga.

Sejak kebelakangan ini penyalahgunaan lesen oleh pemilik premis semakin berleluasa, antaranya dengan menjadikan pusat hiburan keluarga itu tempat aktiviti perjudian.

Maka, Bercham mencadangkan agar kerajaan negeri harus mengambil tindakan antaranya tiada lagi lesen (pusat hiburan keluarga) baharu diluluskan dan lesen yang sedia ada, jika mendapati unsur-unsur penyalahgunaan lesen, maka lesen dibatalkan dengan serta-merta.

Pihak Kerajaan semestinya mempunyai pendekatan yang teguh dalam keputusan ini kerana pusat hiburan tidak menguntungkan, sebaliknya memudaratkan rakyat di negeri Perak.

Kerajaan negeri Perak harus menangani isu perjudian haram dengan serta merta.

Sekiranya PBT atau Jabatan lain yang mengeluarkan atau memperbaharui lesen itu, apakah sistem pemantauan yang sewajarnya supaya pemilik premis tidak mengambil kesempatan penyalahgunaan lesen.

4.0 Jabatan Pengairan dan Saliran

Dalam Bajet 2017, RM6.4 juta dirancangkan untuk tujuan tebatan Banjir dan saliran. kerajaan persekutuan juga meluluskan peruntukan sejumlah RM 51 juta bagi mengurangkan masalah banjir.

Oleh demikian, saya menyeru Pihak kerajan memberikan keutamaan yang tinggi untuk melaksanakan projek tebatan banjir Bercham Fasa 8 dengan serta-merta iaitu pembinaan longkang lencongan dari hala Bercham timur 11 ke Jalan Peraurit.

Project tebatan banjir telah dilaksanakan pada bulan Jan tahun ini tetapi telah diberhentikan pada bulan Ogos kerana kekurangan peruntukan, maka Bercham harap pihak kerajaan dapat menambahkan peruntukan untuk menjayakan projek tebatan banjir di Kawasan Bercham.

Sekian Terima Kasih