Dato’ YDP,
Terima kasih kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian untuk membahaskan Titah Perasmian DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Mukadimah
Hari ini 01.04.2015 bukan merupakan satu hari yang dinanti-nantikan, yang mana mulai hari ini, GST dengan kadar 6% akan mula menghantui rakyat. Biarpun apa-apa retorik atau justifikasi yang diberikan pihak Kerajaan, pada hakikatnya beban kehidupan Rakyat tetap akan bertambah berat.
Kita tidak pernah nafikan bahawa system GST ini merupakan satu progressive tax, tetapi apa yang pentingnya dalam pelaksaan GST, tujuan yang hendak dicapai adalah ia harus mempertingkatkan efisiency dan memperhalusi system cukai yang sedia, dan bukanya dengan tujuan untuk mengutip lebih banyak cukai. Sedihnya, apa yang Kerajaan Persekutuan targetkan dalam pelaksaan GST, adalah untuk mengutip lebih banyak cukai.
Perdana Menteri dalam ucapan bajetnya pada tahun lepas menyatakan bahawa GST akan membawa satu kutipan cukai lebihan sebanyak RM5.6billion atau nett pertambahan cukai sebanyak RM690million (selepas menolak pay-out seperti BRIM sebanyak RM4.9billion…. RM5.6billion). Tetapi pada satu tangan yang lain, Kerajaan Persekutuan dianggarkan kehilangan sekurang-kurangnya RM23 billion setiap tahun daripada pembaziran demi pembaziran seperti yang dinyatakan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negeri.
Kita boleh nampak di sini, sekiranya kita memungut cukai melalui GST bagi 3 tahun, barulah cukup untuk menampung kerugian Negara akibat daripada pembaziran. Biarpun dalam peringkat Kerajaan Persekutuan ataupun Kerajaan Negeri, kita tidak seharusnya menghukum rakyat atas pengurusan kami yang tidak baik. Maka, dalam konteks Kerajaan Negeri, adalah patut dan perlu untuk Kerajaan Negeri melaksanakan tugas selaku kerajaan dengan telus dan jujur.
Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Bandaraya Ipoh – NGO
Baru-baru ini, kejujuran Kerajaan Negeri sekali lagi dipertikaikan dalam isu pelantikan Ahli-Ahli Majlis Bandaraya Ipoh. Pada tahun 2008, Kerajaan Pakatan Rakyat pada ketika itu telahpun memperkenalkan polisi yang baru, yang mana 30% daripada ahli majlis / ahli Kerajaan Tempatan akan dilantik dari kalangan perwakilan dari Badan Bukan Kerajaan (NGO), dan ini adalah selari dengan semangat Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan yang mana lantikan ahli kerajaan tempatan haruslah dari kalangan mereka yang mempunyai pengalaman dalam pentadbiran Kerajaan Tempatan dan mempunyai kelayakan dan kedudukan yang tinggi dalam profession beliau.
Kerajaan BN telahpun dikatakan telah mengikuti dan bersambung dengan polisi Kerajaan Pakatan Rakyat ini, tetapi dengan sedihnya apa yang kita nampak adalah polisi ini telahpun digunakaan oleh sesetengah pihak, atau secara lebih terang, parti-parti yang memerintah sekarang, untuk menambahkan keahlianya dalam perwakilan Ahli Kerajaan Tempatan secara “pintu belakang”.
Pada tahun 2010, kita nampak ada lantikan Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Clr Wong Kooi Fong, di bawah quota NGO, yang pada hakikatnya beliau merupakan seorang ahli MCA yang begitu aktif, yang sekarang masih merupakan seorang ahli majis dan memegang jawatan Pengerusi MCA Batu Gajah, dan sehinggalah dalam PRU13 diura-urakan sebagai seorang calon MCA bagi kawasan Jelapang. Bukan beliau seorang sahaja, kita akan mendapat lebih ramai lagi apabila kita membuat semakan terhadap ahli-ahli majlis Bandaraya Ipoh di bawah quota NGO, siapakah yang benar-benar mewakili NGO dan tidak mempunyai latar belakang parti politik yang jelas?
Saya hanya boleh ingat, satu-satu Ahli Majlis yang mewakili benar-benar Badan NGO adalah mendiang Clr Francis Lee, yang merupakan Pengerusi Rehda dan tidak mewakili mana-mana parti.
Bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh memenuhi quota ahli Majlis NGO dengan “orang sendiri”? Bukankah ini satu penipuan?
Satu contoh yang amat jelas dan terbaru adalah dengan pelantikan Clr. Tony Khoo Boon Chuan pada bulan Februari yang lepas. Beliau telah dilantik atas quota NGO untuk menggantikan mendiang Clr Francis Lee yang meninggal dunia. Saya difahamkan bahawa beliau dilantik untuk mewakili Rehda, tetapi ini adalah jelas tidak selaras dengan semangat asal untuk pelantikan ahli-ahli NGO ke dalam Kerajaan Tempatan, yang mana untuk mengurangkan penglibatan ahli-ahli politik. Biarlah saya kongsikan latar belakang yang cemerlang politik MCA bagi Clr. Tony Khoo dan kita bolehlah tahu bagaimana “pintu belakang” telah digunakan oleh MCA untuk menambah banyakkan pengkongsian kek mereka dalam MBI:-
(i) Clr. Tony Khoo pernah menjadi Ahli Majlis mewakili MCA pada tahun 2007-2008;
(ii) Beliau merupakan calon MCA dalam PRU12 di Pasir Pinji dan PRU di Tebing Tinggi;
(iii) Beliau sekarang menyandang jawatan Timbalan Pengerusi MCA Ipoh Timur.
Clr. Tony telah dikitarkan semula sebagai seorang Ahli Majlis dengan menggunakan pintu belakang oleh MCA. Dengan latar belakang politik beliau yang begitu cemerlang, tidak ada sesiapapun yang akan percaya bahawa beliau tidak mewakili MCA dalam MBI. Samaada ini merupakan keadaan yang diingini dalam pelantikan Ahli MBI dengan quota perwakilan NGO?
Akta Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam 2007
Baru-baru ini saya telah diberikan peluang untuk menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi Mengkaji dan Memperhalusi Cadangan Penswastaan Sisa Pepejal pihak Berkuasa Tempatan di Negeri.
Kita sedia maklum bahawa Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat pada tahun 2008 telahpun menolak penerimaan dan pelaksanaan Akta Sisa Pepejal & Pembersihan Awam 2007, tetapi pada hari ini nampaknya Kerajaan pada hari ini sedang mengkaji untuk penerimaan pelaksanaan akta ini.
Saya telah bangkitkan isu ini dalam Dewan Negeri yang ke-12 dan juga dalam mesyuarat penggal yang lepas, dan saya tidak ingin untuk mengulangi kebimbangan dan kerisauan saya ke atas penswastaan pengurusan sisa pepejal di negeri ini.
Pelaksaan Akta ini akan bermakna kita akan menyerahkan kuasa Kerajaan Tempatan dalam pengurusan sisa pepejal kepada pihak swasta dan dilantik oleh Kerajaan Persekutuan untuk sekurang-kurangnya 21 tahun, dan ini sememangnya bertentangan dengan prinsip decentralization yang kita inginkan.
Saya ingin membangkitkan dan merekodkan isu-isu yang akan dihadapi dalam pelaksaan penswastaan pengurusan sisa pepejal:-
(i) kehilangan “security of employment” yang dinikmati oleh pekerja-pekerja Kerajaan Tempatan yang merupakan kakitangan kerajaan Kerajaan sekiranya mereka ditransferkan ke Badan Pengurusan Sisa Pepejal;
(ii) isu gantian tong sampah perlu menepati piawai Badan Pengurusan Sisa Pepejal dan ini membawa satu beban ke atas rakyat dan isu monopoli dalam pasaran penjualan tong sampah yang menepati piawai tersebut;
(iii) pengurangan kontraktor pengurusan sisa pepejal yang sedia ada secara beransuran dan akhirnya menjadikan syarikat e-idaman mengawal pasaran monopoly;
(iv) caj tambahan sebagai Indah Water Ke-2 yang diperuntukkan dalam Seksyen 30 Akta tersebut yang memberikan kuasa kepada syarikat konseisi untuk mengenakan bayaran daripada kerajaan tempatan dan penghuni-penghuni. Harus diingatkan bahawa peruntukkan yang sama turut terdapat dalam Sewerage Services Act, Seksyen 30 juga, yang mana sedang menghantui rakyat untuk sekian lama.
Selaku sebagai seorang peguam dan juga seorang law-maker, saya memegang kepada pendapat bahawa tidak ada sebarang jaminan oleh Badan Pengurusan Sisa Pepejal atau mana-mana pihak untuk memastikan ia tidak akan menjadi Indah Water Ke-2, memandangkan Akta telah memberikan kuasa dengan begitu jelas. Maka, saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri bahawa sekiranya kita terpaksa menerima pelaksaan penswastaan pengurusan sisa pepejal ini, maka satu syarat yang harus kita kemukakan kepada Kerajaan Persekutuan adalah supaya Seksyen 30 Akta ini dimansuhkan untuk memastikan tidak ada caj tambahan yang akan dikenakan kepada Kerajaan Tempatan dan Rakyat jelata.
Janganlah kita mengulangi kesilapan masa lepas dan janganlah lupa pengalaman pahit dalam isu IWK ini.
Pada masa yang sama, memandangkan isu ini merupakan satu isu yang serious, maka saya mencadangkan bahawa Jawatankuasa khas untuk memperhalusi cadangan penswastaaan pengurusan sisa pepejal yang dilantik oleh EXCO ditingkatkan menjadi satu Jawatankuasa Pilihan (Select Committee) DUN yang mempunyai kuasa eksekutif, untuk membolehkan Dewan ini membuat keputusan berkenaan dengan pelaksaan penswastaan sisa pepejal ini.
Orang asal yang tertinggal dan terpinggir
DYMM Paduka Seri Paduka Baginda Sultan Perak telah bertitah berkenaan dengan prinsip “tiada yang tertinggal, tiada yang terpinggir.” Namun, saya nak bertanyakan dengan Kerajaan Negeri di sini, samaada Kerajaan Negeri tahu bahawa terdapat orang asal yang tertinggal dan terpinggir oleh Kerajaan Negeri di kawasan sekitar Tasek Temenggor?
Selepas banjir yang malanda negeri kita pada penghujung tahun 2014, beberapa ahli-ahli kami dari pihak saya ini telah dimaklumkan berkenaan dengan keperluan bantuan di beberapa perkampungan bersekitaran di Tasek Temenggor.
Kawasan tersebut telah dilanda banjir yang serious dengan air pasang setinggi 26 kaki, dan ini menyebabkan ada perkampungan yang telah keseluruhannya ditengelami oleh air. Warga perkampungan telah memberitahu kami bahawa terdapat keluarga-keluarga yang tidak hilang selepas banjir berlaku, dan tidak ada apa-apa bantuan sekalipun disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada mereka.
Setakat masa ini, tidak ada statistic kehilangan atau kematian mangsa, dan tidak ada sebarang statistic berkenaan dengan jumlah populasi pun di kawasan tersebut.
Sepanjang masa ini, mereka yang tinggal di perkampungan tersebut tidak ada kad pengenalan, tidak ada peluang pendidikan yang disediakan. Kami tahu bahawa mereka yang bukan pengundi tetapi itu bukan merupakan satu alasan untuk meninggalkan dan meminggirkan mereka.
Maka, saya di sini menyeru supaya pihak Kerajaan Negeri memberikan perhatian dan menghulurkan bantuan yang sewajibnya kepada perkampungan-perkampungan orang asal di sekitar Tasek Temenggor, dan termasuklah Kh Desa Rai, Kg Tabang. Kg Chiong, Kg. Charukbus, Kg Chuweh.
Isu perobohan struktur yang digunaan untuk sembayang di Taman Cempaka
Sepanjang masa saya menjadi wakil rakyat di kawasan Canning sejak 2008, saya amat berterima kasih kerana terdapat ramai pegawai-pegawai Kerajaan yang telah begitu efisien dan responsive dalam memberikan bantuan kepada saya, tidak kira samaada samaada saya berada dalam Kerajaan atau Pembangkang.
Saya hendak mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan satu isu yang baru-baru berlaku di kawasan saya. Pada 19.03.2015, pihak penguatkuasa MBI telah datang ke Taman Cempaka untuk merobohkan sebuah struktur yang digunakan untuk tujuan sembayang Cina penduduk-penduduk setempat berdekatan dengan Pasar Taman Cempaka.
Apabila saya menerima panggilan telefon dan sampai ke kawasan tersebut, saya telah cuba berunding dengan pegawai yang in charge, tetapi telah dimaklumkan bahawa ia merupakan arahan daripada Datuk Bandar sendiri. Maka, saya pun cuba hubungi Datuk Bandar untuk berunding tetapi malangnya, Datuk Bandar telah tidak menjawab telefon saya, dan juga tidak menjawab SMS saya yang saya nyatakan perkara “urgent”, dan sehingga hari ini tidak ada apa-apa balasanpun. Tempat sembayang tersebut yang telah didirikan lebih daripada 30 tahun tersebut, yang juga telah mengeratkan hubungan antara satu sama lain tersebut, sekarang telah dirobohkan, dan saya bertanggungjawab di sini untuk membangkitkan perkara.
Saya tidak tahu samaada ini merupaka etika kerja yang patut ada dengan seorang penjawat awam berpangkat tinggi, tidak menjawab telefon dari wakil rakyat dan tidak memberikan respon SMS pun untuk perkara pada saat-saat yang genting. Saya tahu bahawa setiap antara kami adalah kelemahan masing-masing, tetapi daripada feedback dan pengalaman sendiri yang saya alami, maaf sekali saya hendak nyatakan di sini, Datuk Bandar yang sebelum ini Dato Roshidi telah meninggalkan satu contoh, piawai dan standard yang begitu baik dan bagus dalam memberikan response, untuk Datuk Bandar sekarang saya mempunyai satu strong reservation.
Penutup
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada petang ini, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada pegawai-pegawai kerajaan yang telah selama ini memberikan bantuan spontaneous kepada saya sepanjang masa ini. Sokongan yang diberikan oleh Rakyat merupakan satu mandate, yang mana kesemua kami tidak boleh hampakan sokongan tersebut. Selamat pulang ke Dewan ini juga saya ucapkan kepada dua rakan saya dari Teja dan Simpang Pulai, dan solidarity yang diberikan kepada anda berdua ini telah jelas ditunjukkan pada hari semalan. #youwillneverwalkalone, #wewillneversurrender.
Sekian, ucapan daripada saya. Salam Ubah, salam reformasi.
Sekian, terima kasih.