Skip to content

Ucapan oleh ADUN Pantai Remis, Wong May Ing dalam membahas Bajet Negeri Perak 2018 di Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan

Peruntukan untuk Program Pemeriksaan Mammogram

Peruntukan Kerajaan Pusat untuk Program Pemeriksaan Mammogram dan Pap Smear telah hilang daripada dokumen Belanjawan 2018 Malaysia mahupun ucapan YAB Perdana Menteri.

Ini telah jelas bahawa pihak Kerajaan BN mengurangkan kebajikan pemeriksaan tersebut untuk wanita berulang kali sejak tahun 2015.

Pada Belanjawan tahun 2014, peruntukan sejumlah RM20juta telah diberi untuk program ini, tetapi pada Belanjawan tahun 2015 ia dikurangkan sehingga RM2juta sahaja, kekurangannya sebanyak 90%.

Seterusnya pada Belanjawan tahun 2016, peruntukan ini telah menjadi 0. Selepas dibahas dan dikutuk oleh ahli-ahli parlimen pembangkang, Menteri barulah berjanji akan memberi peruntukan tetapi tidak menyatakan berapa jumlahnya.

Berikutnya pada pembentangan Belanjawan 2017, YAB Perdana Menteri berkata akan menyediakan RM30juta untuk program Mammogram tetapi jumlah peruntukan ini langsung tidak muncul, tidak dicatatkan di mana-mana dokumen Bajet. Akhirnya hanya RM15juta diberi.

Pembentangan Belanjawan 2018 baru baru ini, peruntukan untuk mammogram juga sekali lagi hilang.

Saya tidak faham mengapa Kerajaan Persekutuan memotong peruntukan untuk Mammogram, Pap smear mahupun ia hanya 0.007% dalam jumlah RM280billion jika peruntukannya sebanyak RM20juta.

Saya ingin mengetahui jumlah kuota yang telah diagih kepada Perak sejak tahun 2014 dan jumlah wanita yang bermanfaat dalam program Mammogram yang dijalankan oleh LPPKN. Bagi Negeri Pahang, terdapat 1100pax sahaja pada tahun 2017, kekurangannya sejumlah 4100 jika berbanding dengan 5200pax pada tahun 2015.

Dalam Benlanjawan 2018 yang telah dibentangkan oleh YAB Pangkor, nampaknya kerajaan negeri tidak berhasrat untuk memberi perkhidmatan ini kepada wanita di Negeri Perak dimana Kerajaan Persekutuan telah mengurangkan peruntukan ini.

Berbanding dengan Negeri Selangor, ia telah menjalankan MammoSel berapa tahun yang lalu, program ini secara percuma kepada wanita yang berusia 35tahun ke atas dan akan menikmati kenaikan peruntukan daripada RM1 juta kepada RM2 juta pada tahun 2018.

Bagi Negeri Pulau Pinang juga, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan program Mammogram secara percuma kepda wanita berusia 35tahun, peruntukan RM3.2juta akan diperuntukan pada tahun 2018.

YAB Pangkor selalu kata Negeri Perak Berjaya, akaun surplus pada akhir tahun, Jadi, saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri Perak boleh juga melaksanakan program ini yang banyak memanfaatkan wanita di Negeri Perak terutamanya apabila Kerajaan Persekutuan telah batalkan peruntukan pemeriksaan Mammogram.

Menubuh Dana Kesihatan untuk menjalankan Pemeriksaan Kesihatan tetap setiap 2 tahun bagi penduduk Perak yang berumur 40 dan ke atas serta pendapatan sebulan RM4000 ke bawah.

Selain itu, saya ingin juga mencadangkan sekali lagi kepada pihak Kerajaan Negeri Perak untuk menubuh sebuah Dana Kesihatan untuk menjalankan Pemeriksaan Kesihatan tetap setiap 2 tahun bagi penduduk Perak yang berumur 40 dan ke atas serta pendapatan sebulan RM4000 ke bawah.

Saya telah membuat cadangan ini pada sidang dewan April 2015. Ramai penduduk di Perak ataupun di Malaysia, jarang menjalankan pemeriksaan kesihatan. Maka apabila terdapat gejala-gejala tidak selesa, selalunya diberitahu menghidap penyakit yang serius.

Seperti YB Kuala Sepetang yang membahas semalam, Kerajaan Negeri Perak harus memandang serius terhadap keperluan perubatan, kesihatan oleh warga emas. Tetapi juga Golongan umur 40 keatas juga harus diambil berat kerana kebanyakan mereka ini adalah pencari nafkah keluarga, jika mereka menghidap penyakit yang serius, keluarganya akan menghadapi masalah besar.

Pada tahun 2015, penduduk yang berusia 40 ke atas berjumlah 886,400 orang qdi Negeri Perak. Ini adalah golongan yang paling sensitive terhadap pelbagai penyakit. Jika mereka tidak selalunya menjalankan pemeriksaan kesihatan, namun mereka tidak dapat menerima rawatan pada awal peringkat, kos perubatan akan menambah lebih tinggi.

Salah satu punca ramai orang tidak menjalankan pemeriksaan kesihatan, harga mahal adalah punca yang penting. Biasanya harga dari RM400-RM1000. Saya cadangkan beberapa jenis pemeriksaan basic dapat dijalankan, seperti Ujian darah penuh, x-ray, ECG dan ultrasound abdomen/lower body. Pada masa sekarang, RM250 untuk pakej ini masih boleh didapati.

Maka Kerajaan Negeri Perak boleh membayar RM100 kepada penduduk Perak yang berumur 40 dan ke atas serta pendapatan sebulan tidak melebihi RM4000. Pemeriksaan ini boleh dijalankan bagi setiap dua tahun.

Ini dapat meringankan beban rakyat dan juga meningkatkan kesedaran untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara biasa dan tetap. Pada masa akan datang, ini juga dapat mengurangkan kos perubatan yang hendak ditanggung oleh pihak kerajaan.

Isu permohonan pembaharuan kebajikan

Saya ingin mengambil peluang ini untuk memuji seorang ahlete Orang Kelainan Upaya yang berasal dari Pantai Remis, Encik Fua Chee Keong, berumur 22tahun telah mewakili Malaysia mengambil bahagian dalam ASEAN Para Games 2017, dan Berjaya mendapat Pingat Gangsa dalam permainan Boccia. Adakah Kerajaan Negeri memberi apa- apa ganjaran atas pencapaian beliau?

Beliau tidak dapat mengerak badannya, hanya boleh menggunakan kepalanya untuk memain Boccia, guna hidungnya untuk memainkan telefon bimbit, beliau boleh menghubungi kawan-kawan ahlet di luar negara. selain itu, beliau juga dapat bekerja seperti membantu orang top-up kredit akaun telefon untuk mendapat sedikit rezeki sendiri. Ibunya bukan ibu tunggal tetapi suaminya tidak bertanggungjawab, tinggal dia seorang untuk mencari rezeki untuk 2orang anak. Ibunya adalah ibu yang sangat hebat dan bervisi, beliau menghantar encik Fua ke pusat penjaga yang bukan sahaja menjaga keperluan orang kelainan upaya, tetapi juga mengajar mereka supaya mempunyai skill untuk bekerja. Walaupun kos pusat penjagaan amat tinggi, beliau terus bekerja sedaya upaya supaya anaknya dapat menerima pengajaran yang sesuai.

Bagi golongan ini, bagaimanakah kerajaan negeri dapat memberi bantuan yang sesuai? Peruntukan untuk sukan Orang Kelainan Upaya hanya RM0.5juta sahaja. Nampaknya peruntukan 3juta untuk pembangunan wanita tidak dapat bantu atas kes ini. Ibu tersebut tidak layak menerima bantuan ibu tunggal kerana belum bercerai. Kebelakangan ini, bantuan kebajikan encik Fua telah ditamatkan pada bulan Ogos dan telah memohon untuk renew, tetapi sudah hampir 3bulan tunggu-menunggu, pejabat saya juga menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat Manjung, masih diberitahu ada masalah tidak dapat diselesaikan.

Saya berharap hal seperti ini bukan sahaja kes en Fua tetapi semua penerima bantuan kebajikan dapat diselesai dengan secepat mungkin kerana wang kebajikan selalunya adalah pendapatan asas kepada keluarga yang miskin.

Isu menaiktaraf Jalanraya Pantai Remis oleh JKR

Isu untuk menaiktaraf jalanraya di Pantai Remis telah banyak kali dibangkitkan sejak 2013. Tetapi kerana tidak selesai hingga sekarang, saya hendaklah bangkit lagi. Terutamanya petak kuning tidak dapat dicat semula. Pada tahun yang lalu, sering saya diberitahu tiada peruntukan untuk menaik taraf dan cat semula. Kami ingin mengetahui berapa jumlah wang yang sebenarnya telah diterima daripada kerajaan persekutuan dan Marris?

Syabas kepada JKR kerana peruntukan tahun 2018 telah dinaikkan ke 70juta ringgit.

Saya ingin memaklumkan ada tiga Petak kuning di pantai remis di persimpangan utama sudah kabur tidak dapat dilihat sejak beberapa tahun yang lalu. Ini telah banyak menyusahkan pengguna jalanraya untuk lalulintas dan kemalangan sering berlaku di salah satu persimpangan di depan kedai kopi jit jit sin. kebelakangan ini telah berlaku 3 kemalangan dalam tempoh 1 bulan dan seorang pemandu motosikal telah meninggal dunia.

Saya berharap Bukan sahaja petak kuning hendak dicat semula dengan segera, tetapi juga saya berharap boleh pasangkan tanda-tanda isyarat di tempat tersebut supaya menarik perhatian pengguna jalanraya.

Isu Hutan Simpanan Kekal Segari Melintang dan hutan paya bakau

Di kawasan Hutan Simpanan Kekal Segari Melintang, selalunya berlaku pembalakan haram. Saya telah berapa kali menerima aduan daripada orang awam dan melapor kepada pihak perhutanan. Apakah laporan selepas siasatan? Adakah sesiapa telah didakwa? Saya berharap penguatkuasa pihak perhutanan dapat sering meronda di kawasan ini.

Selain isu pembalakan haram, terdapat banyak tempat telah diterokai berlesen tetapi tidak ditanam semula. Saya dimaklumkan bahawa kawasan ini akan ditukar untuk menjadi tempat kuari baru namun tiada penanaman semula dijalankan selepas pokok-pokok ditebang.

Dalam draf Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2030, saya mendapati bahawa industry khas iaitu kawasan industri Kuari akan diadakan di kawasan Pantai Remis tetapi tidak pasti mana tempatnya. Adakah sebenarnya di hutan simpanan kekal ini?

Saya berharap pihak kerajaan tidak lagi membenarkan activiti kuari baru di kawasan hutan simpanan kekal segari melintang. Hampir separuh kawasan hutan simpanan kekal ini telah dibenar untuk pembalakan. Pembalakan dan kuari yang sedang dijalankan telah banyak merosakkan eco system dan alam sekitar di kawasan itu serta menjejaskan tempat rekreasi orang awam.

Selain itu, Hutan paya bakau di sepanjang sungai Beruas terutamanya di tempat kuala sg Beruas juga semakin menghakis sampai hilang. Keluasan hakisan itu tidak dapat dikenalpasti tetapi memang hilang jika berbanding dengan tahun 2004 ketika berlaku Tsunami. Pembalakan haram selalunya berlaku di hutan bakau ini, saya berharap pihak perhutanan dapat mengaji tentang kehakisan ini dan dapat menanam semula untuk memulihnya supaya hutan paya bakau ini dapat terus melindungi penduduk di tebing sungai tidak dilanda terus oleh ombak tinggi dan kuat pada musim cuaca yang buruk.

Isu tapak pelupusan Teluk Mengkudu

Pada waktu sekarang, Tapak pelupusan Teluk Mengkudu amat dibimbangkan. Kerana laporan DEIA baru hingga hari ini belum dijalan dan diluluskan apabila telah ditolak pada tahun 2013 oleh jabatan alam sekitar. Sampah semakin banyak dan leakage juga terus alir ke laut.

Tiada peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membina sanitary landfill, tetapi Kerajaan persekutuan membazirkan wang beratus juta ringgit untuk membina incinerator yang tiada standard di Pulau Pangkor dan sudah lama tidak berfungsi. Saya dimaklumkan bahawa incinerator ini sedang dijalankan pengubahsuaian, sampah sarap di pulau pangkor sekarang hendaklah dihantar ke tapak pelupusan teluk mengkudu juga hendak mengguna ratus ribu ringgit. Siapa yang menanggungkan kos ini?

Saya berharap pihak kerajaan negeri dapat mengadakan alternative untuk menyelesaikan isu ini.

Isu Lalat

Sejak 2013 saya telah membangkitkan isu ini dalam dewan yang mulia ini, isu ini sekarang masih belum diselesaikan. Saya memang berharap pihak berkuasa dapat mengaji bagaimana selesai isu ini dengan cara yang berkesan.

Isu Peruntukan kepada Pusat Konservasi Penyu Pasir Panjang, Segari

Pada bajet tahun 2016, Kerajaan Negeri telah memberi peruntukan RM350ribu secara langsung kepada Pihak Jabatan Perikanan, tahun 2017 juga RM0.65juta untuk tujuan pembangunan ikan hiasan, pengurusan sumber perikanan darat dan pembinaan Pusat Konservasi Penyu di Segari, Manjung. Tetapi fasiliti infomasi di Pusat Konservasi Penyu tersebut langsung tidak dinaiktaraf, alat-alat, gambar-gambar semua sudak kabur, lama, tidak dapat memberi infomasi yang jelas kepada orang awam.

Saya berharap wang yang diperuntukan harus digunapakai dengan terliti dan tepat.

Isu mendiri papan tanda kepada orang awam di kawasan air terjun, sungai dan laut.

Kebelakangan ini telah berlaku satu tragedy yang sedih kepada sebuah keluarga kerana bapanya telah meninggal dunia apabila menyelamatkan anak-anak sendiri dan saudara mara di air terjun, Trong ketika air naik dengan cepat dan kuat dari bukit.

Saya berharap pihak kerajaan dapat mendirikan papan tanda di semua kawasan air terjun, sungai dan tepi laut supaya memberi keterangan kepada orang awam hal-hal yang harus diberi perhatian pada waktu yang tidak sesuai untuk bermain di tempat tersebut.