Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk berbahas usul kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 yang telah dibentangkan oleh YB Perdana Menteri Langkawi untuk membawa suara P195 Bandar Kuching dan wilayah Sarawak ke Dewan yang mulia ini.
Pertama sekali, saya ingin menyambut baik perbentangan Perdanan Menteri yang telah memberi jaminan bahawa Sabah dan Sarawak akan diberikan lebih penekanan dan keutamaan dalambagi memastikan kedua-dua negeri itu berpotensi untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi, selari dengan tonggak III untuk menuju kearah pembangunan wilayah yang seimbang.
Untuk negara kita maju ke-depan terutamanya dalam pembangunan yang adil dan saksama antara wilayah di Malaysia, satu isu yang kita harus tangani, terutamanya di Sabah Sarawak, adalah untuk menyatupadukan rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak dan memupuk integrasi nasional yang penting untuk kemajuan bersama secara adil dan saksama. Dengan itu, adalah penting untuk mengambil berat sentiments ketidakpuasan yang ada,di mana asanya berpunca daripada pembangunan tidak sama rata dan hak-hak yang telah terhakis disebabkan pengabaian kerajaan Barisan Nasional dahulu yang menganggap kedua-dua wilayah tersebut sebagai “fix deposit” selama ini sebelum hari keramat May 9 tahun ini.
Sentiment ini tidak harus hanya dibuang ke tepi, or “swept under the carpet”, namun ia haruslah diambil berat dan ditangani dengan langkah-langkah proaktif termasuk memulihkan hak-hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, dan pembangunan yang sekata dan saksama di kedua-dua wilayah tersebut. Integrasi nasional dan perpaduan yang benar hanya dapat dibina melalui pengikhtirafan yang ikhlas tentang sejarah dan status sebenar Sabah dan Sarawak dalam pembentukan negara kita.
Oleh itu, pembangunan di wilayah Sabah dan Sarawak memang harus diberi penekanan dan keutamaan terutamanya di kawasan kurang membangun di kawasan luar bandar dan pedalaman. Usaha harus diteruskan untuk menambah baik ketersambungan dan akses kepada infrastruktur, amenity dan perkhidmatan asas.Ini termasuk pentingnya menyediakan peruntukan yang secukupnya untuk sector sector penting sepertipendidikan dan kesihatan, terutamanyauntuk membaiki sekolah-sekolah dan klinik-klinik daif di Sarawak.
Malah satu lagi tunggak RMK-11 ialah untuk memperkukuhkan system penyampaian penjagaan kesihatan, dan ini terutamanya di Sarawak, tidak dapat dilakukan tanpa membawa pembangunan infrastruktur asas kepada kawasan tersebut. Contohnya,disebabkan tiada kemudahan air terawat ke rumah, mahupun yang ada, tetapi salurannya tidak stabil dan sentiasa terputus, sehingga banyak pesakit Peritoneal Dialysis(PD) terpaksa mandi air sungai dan ini menyebabkan banyak balik ke hospital(readmitted) disebabkan peritonitis yang boleh mengancam nyawa pesakit tersebut.
Pembangunan di Sarawak memang dianggarkan ketinggalan hampir 15 tahun berbanding dengannegeri bandar lain di Semenanjung, dan ini disebabkan oleh pengabaian,‘bad governance’, korupsi, ketirisan dan penyelewengan kerajaan sebelumnya
Tuan Yang Di-pertua,
Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk menilai dan menkaji semula semua project yang telah dikhaskan untuk Sarawak termasuk beberapa projek telah diberhentikan atau ditangguhkan disebabkan samada “ia adalah hanya satu pengumuman gula-gula atau janj manis bekas Perdana Menteri atau kerajaan khasnya semasa musim pilihan raya dan tidak mendapat kelulusan bajet daripada Parlimen, ataupun projek yang ditauliah kepada kontraktor bukan menerusi tender terbuka dan melibatkan kos tinggi.
Walaupun amalan kerajaan yang digunakan oleh kerajaan lalu adalah tidak betul, namun begitu tidak bermaksud project tersebut tidak baik untuk rakyat. Projek yang mesra rakyat dan mendatangkan pembangunan untuk Sarawak saya cadangkan dapat dikaji dan jika boleh, diteruskan dengan mengambil langkah langkah proaktif untuk mengurangkan ketirisan dan mendapatkan kos effektif yang paling baik melalui amalan sepertitender terbuka yang diamalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk mendapatkan kos yang lebih berpatutan.
Tuan yang dipertua,
Yang berhormat Perdana Menteri telah berkata bagi mencapai matlamat itu, kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) akan mengoptimumkan segala sumber asli serta mengagihkan pendapatan minyak dan gas secara saksama mengikut perundangan sedia ada.
Oleh itu saya menyambut baik pengumuman Menteri Perundangan di Jabatan Perdana Menteri Department tentang penubuhan satu Jawatankuasa Khas Kabinet untuk mengkaji semula serta memantau pelaksanaan yang wajar bagi Perjanjian Malaysia 1963. Komposisi cabinet tersebut juga melibatkan bukan sahaja ahli-ahli politik dari satu dichotomy politik, tetapi juga pemimpin, “legal minds’, dan pejawat awam dari barisan pembangkang yang terlibat seperti Ketua Menteri Sarawak seperti Peguam Besar Negeri Sarawak dan Setiausaha NegeriSarawak dalam kommitee teknikal.
Ini satu permulaan yang baik dimana pakar-pakar dalam bidang masing masing dapat duduk bersama untuk berbincang tentang isu yang dekat pada hati rakyat Sabah dan Sarawak untuk mencari jalan penyelesaian untuk membetulkan kesalahan yang telah dilakukan oleh kerajaan yang terdahulu.
Selain itu, saya juga menyambut baik pengumuman tentang initiative kerajaan Pakatan Harapan untuk memulihkan status sebenar Sabah dan Sarawak sebagai equal partners(rakan setara) dalam Malaysia melalui pindaan semula Article 1(2) dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam beberapa bulan sahaja menjadi kerajaan, kita boleh menunjukkan inisiatif yang konkrit untuk membetulkan yang salah dan melakukan apa yang BN tidak dapat lakukan walaupun memerintah selama beberapa dekad. Saya berharap pindaan ini dapat dilakukan dalam persidangan ini dan mendapatkan sokongan semua ahli-ahli parlimen termasuk yang dari barisan pembangkang.
Datuk Speaker,
Saya jugamenyokong penuhhalatuju kerajaan untuk memperkukuhkan system penyampaian penjagaan kesihatan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.
Saya ingin bertanya, apakah rancangan kementerian untuk menangani masalah Anti-Vaxxers dan juga langkah-langkah untuk melindungi populasi kanak-kanak lain daripada dijangkiti penyakit berjangkit seperti measles,diphteria, tuberculosis yang dapat dicegah melalui vaksinasi.
Kita semua dikejutkan oleh berita di Johor Baru pada Oktober 17th yang lalu, dimana seorang bayi 14 bulan meninggal disebabkan diptheria kerana ibu bapanya menolak vaksinasi dan immunisasi tersebut. Ini bukan kes pertama dan masalah ini telah berlarutan untuk beberapa tahun dan sampai sekarang masih ada kumpulan ibu bapa yang mensyaki kepentingan vaksinasi tersebut.
Oleh itu, adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkanundang-undang mandatory untuk vaksinasi dan juga hukuman yang berpatutan,“criminal liabilities” terhadap ibu bapa yang enggan mendapatkan vaksinasi untuk anak mereka terutamanya jika ia menyebabkan kematian atau membahayakan anak-anak orang lain?
Disebabkan kecuain, kelalaiandan juga sikap tidak bertanggungjawab mereka, kegagalan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada jangkitan kuman malahan yang boleh menyebabkan kematian boleh membahayakan komuniti dan anak-anak yang lain.Di Singapore, ibu bapa dikenakan hukuman saman jika tidak menvaksinasi anak mereka dan mereka yang ingin memohon pass kunjungan jangka Panjang, harus menunjukkan bukti anaknya telah divaksinasi.
Namun begitu, saya ingin menyeru jika tindakan undang-undang baru ini diperkenalkan, ia tidak harus focus kepada “punishment” atau hanya untuk menjatuhkan hukuman kepada mana-mana pihak yang terbabit, tetapi lebih kepada memberikan kesedaran dan didikan tentang pentingnya vaksinasi sambal menyangkal apa-apa punkesangsian ataupun keraguan yang ada berdasarkan fakta-fakta scientific yang ada. Keutamaannyasentiasa untuk menjaga kebajikan dan kesihatan anak dan komuniti secara menyeluruh.
Tuan Yang Dipertua,
Berkenaan topic hukuman ini, saya ingin menyentuh sedikit tentang niat kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati “death penalty”. Walaupun saya mempunyai pendirian tersendiri, ia adalah tanggungjawab saya juga untuk membawa suara dan kebimbangan rakyat yang saya wakili ke meja perbincangan dewan yang mulia ini.
Pertama sekali, saya bercadang bahawa isu ini haruslah dibincangkan secara terperinci and lebih banyak perbincangan dengan pelbagai pihak harus dilakukan terutamanya berkenaan s302 Kanun Keseksaan yang melibatkan kegiatan jenayah bunuh (heinous crimes). Saya bercadang, agar kriteria “mandatory itu” itu dimansuhkan terlebih dahulu dan “discretion” diberikan kepada mahkamah untuk memutuskan hukuman yang sewajarnya. Ini dapat dilihat sebagai satu langkah pertama yang baik dan dapat memulakan perbincangan lanjut tentang langkah seterunya melalui engagement bersama-sama semua pihak yang terlibat.
Tetapi bagi s39(b) Dangerous Drugs Act 1952, saya bercadang agar pemansuhan hukuman mati bermula dari section ini.
Selain itu, saya ingin bertanya pendirian pihak kerajaan terhadap Peaceful Assembly Act 2012 yang telah digunakan oleh kerajaan yang terdahulu untuk menyekat kebebasan dan hak rakyat untuk berkumpul secara aman dan adakah akta ini akan dimansuhkan.
Tuan yang Dipertua,
Dengan agenda pembangunan yang ada, untuk meningkatkan quality extrinsic seseorang, kita tidak harus lupa pembangunan intricsic seseorang, ataupun “soft development” dengan focus terhadap masalah “mental health” dalam negara ini. Bagi saya pembangunan ini harus selari dengan apa-apa pun rancangan pembangunan extrinsic yang ada supaya mereka dapat menikmati dan memenuhi potensi secara penuh pembangunan yang ada dalam pelan Rancangan Malaysia yang ini.
Saya menyambut baik ucapan Perdana Menteri yang mengesahkan kepentingan penjagaan kesejahteraan mental dalam era pembangunan, perindustrian dan perbandaran yang pantas ini.
“Without mental health there can be no true physical health.”
450 juta – adalah anggaran jumlah penduduk di seluruh dunia yang mengalami masalah kesihatan/kesejahteraan mental dalam masa 2 dekad lalu (WHO World Health Report, 2001)
• USD 11 trillion- anggaran ‘combined economic burden’ disebabkan oleh masalah kesihatan/kesejahteraan mental yang harus ditanggung oleh India dan China dari sekarang (2016) ke 2030 (EIU briefing paper on Mental Health and Integration, 2016). Saya tidak dapat mencari statistic yang ada untuk Malaysia namun kesan tanggungan juga adalah sama bagi negara membangun ini.
• 800,000 – the anggaran orang yang bunuh diritiap tahun. Suicide adalah punca kematian ke-2 tinggi antara pemuda15-29 year olds. (WHO)
Di Malaysia (2015) 4.2 juta atau 1 dalam 3 dewasa Malaysia mengalami masalah kesihatan/kesejahteraan mental, satu peningkatan 3 kali ganda sejak 1996.
Secara terperinci, di Sarawak, dianggarkan 35.8%, Sabah 41.9%, Kelantan 39.1%, dan KL 39.8% penduduknya dianggarkan mengalami masalah tersebut, dan ini tidak hanya tertakluk kepada golongan yang berpendapatan rendah. (Trans socio-economic status)
Mengikut statistic yang ada,contohnya, Sarawak 41.9% melibatkan mereka yang lebih tinggi status socio-ekonominya, berbanding 30.1%, Sabah, 46.7% berbanding 39.3%, KL 45.2% berbanding 24.7%, Selangor 32.1% berbanding 26.7% (National Health and Morbidity Survey Report 2015)
Statistic bunuh diri di negara kita semakin meningkat, dianggarkan 2500 di seluruh negarah di mana hampir 7 kes tersebut sehari. Statistic ini muungkin “under-reported” disebabkan banyak di banyak keluarga, perkara ini dianggap “taboo” dan ingin kematian tersebut diklasifikasikan sebagai “sudden death”
Setiap nombor berikut, setiap statistics melambangkan seorang nyawa, seorang suami, isteri ataupun anak.
Malah, baru-baru ini kita mendapat berita di Perlis, dimana ada satu keluarga 3 orang telah membunuh diri Khamis lepas disebabkan hutang-hutang yang ada dan tekanan stress disebabkan kos hidup yang tinggi.Di Sabah pula, ada satu kes lagi dimana seorang bayi berumur 8 bulan telah dibunuh oleh ibunya yang turut “mengelar tekak” 3 anaknya yang lain, 2 perempuan dan seorang lelaki. Ibunya dikatakan menghidap penyakit depresi selama ini.
Maka, untuk hala tuju negara kita mengikut RMK-11 ini, saya menyeru agar pembangunan infrastructure atau hardware negara kita haruslah selari dengan pembangunan software rakyat kitadengan mengambil beberapa langkah untuk memperkukuhkan dan memperkasakan bidang ini. Ini akan melibatkan kerjasama antara beberapa Kementeriantermasuk Kementerian Wanita, Kesihatan dan juga polis untuk mengawal gejala dadah yang semakin berleluasa yang berkait rapat dengan masalah kesihatan mental ini.
Pusat Specialist Kerajaan untuk Mental Health kebanyakkanya terletak di Semenanjung Malaysia, namun begitu ada negeri di mana perkhidmatannya tidak mencukupi termasuk Perlis dan Melaka, dimana hanya satu psychiatric department untuk memberikan perkhidmatan ke semua populasi negeri tersebut. Kalau di Sabah & Sarawak, amatlah serba kekurangan.
Selain itu, walaupun jumlah psychiatrist di negara telah meningkat, namun psychiatrist to population ratio tidak banyak meningkat dan pada tahun 2016, hanya pada 1.1:100,000 dimana rekomendasinya 30:100,000. Jumlah Pakar klinikal psychologist pula amatlah kurang( 0.29: 100,000) di seluruh negara berbanding rekomendasi 50:100,000
Di Kuching, kita hanya ada 10 pakar psychiatry in hospital kerajaan dan 4 di hospital swasta untuk memberikan perkhidmatan ke seluruh bandar tersebu yang ada hampir 750,000 penduduk. Di seluruh Sarawak hanya ada 21 doktor psychiatrist di hospital kerajaan, dan 2 pakar klinikal psychologist di seluruh Sarawak.
Masalahnya di hospital kerajaan, “instead of creating posts for clinical psychologists”, ahli psikologi atau kaunselor diberikan tanggungjawab tersebut kerana dianggap mempunyai skill set yang sama. Namun, latihan dan skill set yang ada amatlah berlainan dan mereka serta pakar psychologist tidak mempunyai kapasiti dan latihan sepenuhnya untuk menjalankan psychotherapy sebagai seorang clinical psychologist. Ini akan mempengaruhi kualiti therapy yang kita berikan kepada rakyat dan mungkin mengakibatkan lebih kemudaratan kepada pesakit yang ada.
Kita tahu kekurangan tersebut dan kerajaan harus mengambil langkah untuk menangani kekurangan jumlah tenaga kerja tersebut, tanpa mengkompromi kualiti tenaga kerja tersebut untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat adalahpada standard yang diterima.
Selain itu, peruntukan yang lebih banyak harus diberikan untuk menangani isu kesihatan mental ini.
Peruntukan untuk bidang psychiatry adalah tidak mencukupi. Mengikut laporan WHO, hanya 0.39% daripada keseluruhan bajet untuk kesihatan peruntukan untuk menangani masalh mental. Kalau kita bandingkan dengan negara lain termasuk jiran kita Thailand pada 3.5%, peruntukan yang ada untuk secara effektik mengangani masalah ini, adalah tidak cukup. Malah, kebanyakan bajet yang diperuntukkan untuk hospital adalah untuk “curative”/ namun begitu, terdapat juga keperluan untuk program-program kesedaran, preventive dan prophylaxis.
Saya menyeru agar kementerian mempertingkatkan peruntukan tersebut bukan sahaja untuk digunakan untuk melatih tenaga kerja yang ada dan juga menambahnya dengan yang baru, tetapi, juga untuk menambah baik infrastructure yang ada.
Contohnya, Hospital Sentosa di Kuching, (satu-satunya hospital mental di seluruh Sarawak) adalah dalam keadaan yang sangat daif. Hospital tersebut telah dibina sejak zaman British oleh mereka sendiri. Maka bangunannya uzur, daif dan terdapat “significant amounts of asbestos building materials”.
Hospital itu dibina pada tahun 1950-an, dan pada masa itu asbestos diterima sebagai satu bahan binaan, tetapi sekarang kita tau bahawa bahan itu akan mempertingkan risiko cancer kepada orang yang terdedah kepadanya. Oleh itu, bukan sahaja ini berbahaya, tetapi pesakit-pesakit yang ada, juga doktor-doktor kita, dan pejawat awam dan support staff di sana terdedah kepada risiko kesihatan di perkarangan hospital tersebut juga. Ironinya, keadaanya sangat daif dan pesakit yang mengalami depresi mungkin semakin tenat bila masuk ke sana, dan yang tiada depresi, masuk sana pula dapatdepresi.
Sistem perpaipan dan electric juga uzur, mungkin sejak dari tahun 50-an. Ini, Tuan Speaker, adalah satu keperluan yang amat penting maka saya mengharapkan kementerian dapat memperuntukkan dana untuk membaiki hospital tersebut.
Selain itu, di seluruh Malaysia, centre psikologi yang menyediakan kaunselling dan psychotherapy untuk golongan berpendapatan rendah di flat PPR yang ada cuma 8 di seluruh negara,setahu saya di Johor, Sungai Petani, Perlis, Selangor, Kedah, Tawau, Kuala Terengganu. Ini tidak memadai dan banyak kawasan dan negeri tiada perkhidmatan ini termasuk Sarawak.
Saya menyeru agar kerajaan untuk menambahkan perkhidmatan ini dan menyediakan training untuk ‘care-givers’ atau ahli ahli psikologi untuk memberikan perkhidmatan tersebut kepada yang memerlukan terutamanya untuk anak-anak yang mengalami tekanan stress ataupunmenangani kes “domestic violence” di tempat tersebut.
Perkhidmatan kesihatan mental haru juga dimasukkan atau “incorporated” dalam semua program agensi-agensi, NGOs untuk membolehkan orang dengan masalah mental untuk kembali semula dan menyumbang kepada komuniti.
Mungkin sekarang masanya kita mengkaji semula National Mental Health Strategic Action Plan dalam NATIONAL MENTAL HEALTH FRAMEWORK (2001) sama ada telah mencapai target yang ada dan sama ada pembaharuan atau strategi baru harus diambil untuk mencapai target tersebut sama ada dalam dalam proses implementasi ataupun dalam proses monitoring. Mungkin keperluan untuk sebuah psychiatric database sama ada dalam bentuk surveillance system atau patients registry adalah diperlukan sekarang untuk monitor keberkesanan dan prestasi mental healthcare di negara kita.
Selain itu, untuk menangani masalah “suicide/bunuh diri”, mungkin kita perlu giatkan perbincangan langkah untuk “decrimalised suicide”, kerana mereka yang melaluinya haruslah diberi bantuan untuk mengatasi isu ini dan tidak dihukum seperti yang dilakukan oleh negara -negara seperti India dan UK. Ini satu ‘patient-centric” measure dimana kita memperkasakan pesakit yang ada supaya mereka dapat rawatan yang diperlukan.
Datuk speaker,
Dengan itu, sekali lagi, saya ingin menegaskan kepentingan untuk menfokus kemajuan dan pembangunan yang ada secara holistic yang merangkumi hardware dan juga software negara kita.
Dengan itu, saya menyokong penuh usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Perdana Menteri.