Skip to content

Ucapan oleh Jenny Choy Tsi Jen, ADUN Canning semasa membahaskan Enakmen Undang-Undang untuk menurunkan usia pengundian di DUN Perak pada hari Selasa, 27 Oktober 2020

Hari ini saya mewakili Pakatan Harapan Negeri Perak menyertai dalam perbahasan dalam Enakmen Undang-Undang Perkara xxx bahagian pertama undang-undang tubuh kerajaan Perak Darul Ridzuan dipinda dengan menggantikan perkataan “21 tahun” dengan perkataan “lapan belas tahun”.

Salah satu manifesto kerajaan Pakatan Harapan dalam pilihan raya PRU-14 adalah untuk menurunkan usia pengundian iaitu dari 21 ke 18 tahun, dan kerajaan Pakatan Harapan juga secara aktif sedang melaksanakan deklarasi ini setelah memegang jawatan.

Semasa dalam kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan, Dewan Rakyat telah memperoleh sebanyak 211 undi dan Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2019 telah diluluskan pada bacaan ketiga, iaitu usia pengundian pada asal 21 tahun telah menjadi 18 tahun. Ini juga merupakaan satu kejayaan untuk meminda perlembagaan walaupun parti pemerintah dan pembangkang tidak memperoleh majoriti dua pertiga.

Hak untuk memilih kerajaan pada usia 18 tahun akan memastikan bahawa hak dan kewajiban warganegara adalah saksama, yang membolehkan para belia yang berusia 18 tahun untuk memilih kerajaan dan mengeluarkan suara mereka untuk memberikan tekanan.

Oleh itu, para belia yang berusia 18 tahun boleh mencalonkan diri sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri. Kami juga percaya bahawa para belia yang berusia 18 tahun mempunyai pemikiran yang matang dan mereka akan membuat penilaian dan pertimbangan dari pelbagai sudut yang mengenai politik, budaya, pendidikan dan juga dasar pemerintahan semasa.

Sebagai contoh, tengok kita di sini, Pakatan Harapan di negeri Perak mempunyai banyak Ahli Dewan Undangan Negeri yang berumur di bawah 40 tahun, termasuk, Astaka, Canning, Keranji, Menglembu, Simpang Pulai, Pasir Pinji, Teja dan juga Ulu Kinta.

Di PN, mana ada, jelas Pakatan Harapan memberi penekanan terhadap kebajikan dan peranan anak muda, dan akan menjadi pilihan anak muda dalam PRU akan datang. Berbanding dengan kerajaan Perikatan Nasional yang jauh ketinggalan.

Ingatlah sentiasa, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Biar gelora membadai, biar mentari hangus membakar, namun pemuda-pemudi negara harus kita sentiasa hargai. Peluang diberikan kepada para belia yang berorientasikan prestasi dan cemerlang membolehkan negara Malaysia dapat sentiasa berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, dan sukat sama paras dengan negara-negara maju yang lain.