Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PDC dan SPRM kerana telah menjemput saya untuk merasmikan majlis yang sederhana namun penuh bermakna bagi majlis pelancaran Ikrar Integriti Korporat (atau CIP –Corporate Integrity Pledge). PDC merupakan agensi kerajaan yang pertama di Pulau Pinang menandatangani Ikrar Integriti Korporat(CIP) dengan SPRM.
Saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim ke acara ini, yang dianjurkan bersama antara PDC dan SPRM. Kehadiran beliau sendiri ke upacara ini menunjukkan komitmen beliau kepada CIP dalam usaha membanteras rasuah. Sesebuah syarikat yang menandatangani CIP ini akan berikrar bahawa syarikat mereka tidak akan terlibat dalam sebarang jenayah rasuah.
Ikrar Integriti Korporat menggariskan prinsip-prinsip yang perlu diterima pakai oleh badan-badan korporat bagi menunjukkan komitmen mereka ke arah mewujudkan persekitaran perniagaan yang adil, telus dan bebas dari rasuah.
Sebagai sebuah kerajaan negeri yang menjurus ke arah ‘ Rasuah Sifar’ memang usaha memerangi rasuah hanya berjaya sekiranya dapat dirasai oleh rakyat. Itulah sebabnya hasil kejayaan daripada kempen anti-rasuah harus dikongsi dengan rakyat sebagai dividen anti-rasuah baik dalam pemberian bantuan wang mahupun menjalankan projek awam yang memanfaatkan rakyat serta menjadi negeri pertama di Malaysia yang menghapuskan kemiskinan pada tahun 2013 dengan memastikan pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM770 sebulan.
Saya berpendapat bahawa prinsip-prinsip dalam Ikrar ini termasuk MEMPROMOSIKAN nilai-nilai ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik, MEMPERKUKUHKAN mekanisme kawalan dalaman, PEMATUHAN undang-undang serta peraturan-peraturan dan MEMBANTERAS sebarang bentuk amalan rasuah adalah seiring dengan dasar CAT ( Cekap, Akauntabiliti dan Telus) yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri. Akan tetapi saya berpendapat ini boleh diperkasakan dengan 6 langkah integriti yang kini diamalkan oleh kerajaan negeri.Ladies and gentlemen,
Penang’s clean governance revolves around benchmarking government decision-making against CAT and formulating a system of institutions built around the 6 integrity steps of fighting corruption that has won praise from Transparency International.
The 6 integrity steps are :-
- Instituting public declaration of assets of the Prime Minister, Ministers, Chief Minister, the EXCO members and state elected members vetted by an international accounting firm.
- Implementing open competitive tenders.
- Bar family members from involvement in government contracts.
- Protect genuine whistleblowers.
- Remove leaders with extravagant lifestyles.
- Come clean on political donations.
I hope MACC will adopt these 6 integrity measures as your core principles for public and corporate governance. These clean government initiatives have strengthened democracy and sustained socio-economic justice as seen by these achievements.
This relationship between public institutions and the socio-economic development of a society is a symbiotic one. Good and clean governance will result in positive socio-economic development. Conversely, ineffective public institutions and weak governance will facilitate corruption, misguided allocation of resources, arbitrary justice and excessive government intervention. This will in turn reduce economic competitiveness, deter private sector investment and prejudice the distribution of wealth.
Sejak mengambil alih pada tahun 2008, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan sebuah pentadbiran berasaskan bajet dan tadbir urus yang berlandaskan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) melalui pelaksanaan tender terbuka yang kompetitif untuk semua perolehan awam dan tender, memastikan kesemua pemimpin dan wakil rakyat kerajaan negeri membuat pengisytiharan aset secara terbuka dan pendedahan kontrak kerajaan yang ditandatangani dengan sektor swasta kepada orang ramai dan mengharamkan urusan perniagaan di antara kerajaan negeri dan ahli keluarga pemimpin kerajaan negeri bagi melaksanakan urus tadbir CAT sebagai nilai teras kami.
Oleh itu, Pulau Pinang telah berjaya mencipta lebihan belanjawan setiap tahun tanpa meningkatkan sebarang kadar malah meningkatkan lagi aset negeri sebanyak 50% daripada RM800 juta kepada RM1.2 bilion, di mana ini dapat mengelakkan kerajaan tempatan (Majlis Perbandaran Seberang Perai) daripada mengalami sebarang bentuk muflis dalam hanya tempoh satu tahun. Lebih penting lagi, kita dapat mengurangkan hutang kerajaan negeri kita sebanyak 95%.
Pencapaian-pencapaian Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini telah mendapat pengesahan dari ‘Transparency International’ dan Laporan Tahunan Ketua Audit Negara. Hanya dengan kepimpinan berintegriti barulah boleh melaksanakan dasar ekonomi serampang 3 mata – menjana pertumbuhan ekonomi (pro-pertumbuhan), mewujudkan peluang pekerjaan (pro-pekerjaan) dan memupuk keadilan saksama (pro-miskin).
Sebagai sebuah organisasi yang sudah mengamalkan CAT, Ikrar Integriti Korporat menegaskan semula komitment untuk menjadi organisasi berintegriti. Hasilnya bukan sekadar menandatangani CIP tetapi ialah dalam aspek mutu dan integrity penyampaian perkhidmatan. Ini sedikit sebanyak akan meningkatkan lagi penjenamaan PDC sebagai organisasi korporat yang unggul di negeri ini.
PDC sudah tidak asing dengan integriti dan tadbir urus yang baik kerana PDC untuk kali kelima, sejak 2008 telah dianugerahkan 4-Bintang iaitu kedudukan Indeks Akauntabiliti pengurusan kewangan tertinggi oleh Jabatan Audit Negara. Dengan penganugerahan ini, ia menunjukkan akauntabiliti dan ketelusan tinggi yang diamalkan oleh PDC.
Pentadbiran yang baik dalam PDC, berdasarkan amalan yang cekap, telus dan akauntabiliti yang diamalkan menjurus kepada kejayaan pembangunan sosio-ekonomi yang dilaksanakan oleh PDC terutamanya sejak 6 tahun lepas, termasuk pembangunan perindustrian dan pelancongan. Saya percayai komitmen PDC terhadap integrity dalam 6 tahun ini telahpun menyakinkan para pelabur sehingga Batu Kawan seluas 6,000 ekar ini menjadi tumpuan sehingga IKEA membuka gedung beli-belah mereka yang pertama di luar Kuala Lumpur dan university bertapak di situ, syarikat elektronik terulung dunia terus melabur dan menjadikan Pulau Pinang jaguh Foreign Direct Investment(FDI) untuk tempoh 2010 ke Ogos 2013 dengan jumah RM19.7 bilion.
“ADALAH DENGAN INI DAN SUKACITANYA SAYA MERASMIKAN MAJLIS MELAFAZ DAN MENANDATANGANI IKRAR INTEGRITI KORPORAT INI ANTARA PDC DENGAN SPRM”
Terima kasih