Dato’ Speaker,
Terima kasih kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian untuk membahaskan Bajet Negeri Perak Tahun 2018 yang telah dibentangkan oleh Menteri Besar Perak.
Bajet Tahun 2018 memaparkan suatu jumlah perbelanjaan sebanyak RM1,176,877.393, dengan satu angka deficit Bajet sebanyak RM94,735,378. Bagi Maksud Pembangunan, ia adalah sejumlah RM421,280,000 atau bersamaan dengan 35.79%. Berbanding dengan Bajet untuk maksud Pembangunan bagi Kerajaan Pusat yang hanya mencatatkan suatu angka 16%, angka di Perak ini dengan sendirinya merupakan suatu tamparan secara terus terhadap Kerajaan Pusat yang gagal untuk meningkatkan Bajet untuk tujuan Pembangunan.
Namun, apabila Kerajaan Perak mewa-wakan bahawa ia mempunyai Lebihan Kewangan setiap tahun, sekiranya benar, persoalan yang timbul adalah kenapa Bajet untuk maksud pembangunan tidak boleh ditingkatkan ke satu paras 50%, yang merupakan satu konvensyen pentadbiran yang baik untuk sebuah Kerajaan yang bertanggunjawab dan prihatin Rakyat.
Saya juga merujuk kepada Item Kod 61402 Bajet Tahun 2018 berkenaan dengan Cukai Tanah Tertunggak. Hasil untuk Cukai Tanah Tertunggak adalah dianggarkan pada RM88,526.297. Menurut prestasi-prestasi tahun2 lepas, jumlah pengutipan hasil kategori ini adalah hanya sebanyak 33.5% sahaja (tahun 2016), kenapakah anggaran hasil masih ditetapkan pada kadar yang begitu tinggi? Samaada ini adalah hanya untuk membawa satu feel good factor?
Lapangan Terbang Antarabangsa Negeri Perak
Bajet 2018 yang dibentangkan nampaknya penuh dengan retorik yang manis, dan kenyataan yang sedap didengar. Namun, ia telah gagal menyatakan dengan jelas hala tuju Negeri Perak, bagaimana untuk meningkatkan pendapatan anak-anak perak, bagaimana boleh membawa Negeri Perak melonjak ke hadapan, dan bagaimana untuk mengurangkan beban hidup rakyat.
Dengan rasa penuh kesal, sekali lagi cadangan untuk pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Perak yang baharu ditinggalkan dalam rancangan Bajet 2018 yang dibentang. Ini bukanlah kali pertama. Ia ditinggalkan dalam rancangan Bajet 2015, Bajet 2016 dan Bajet 2018 walaupun Kerajaan Negeri berkali-kali mewa-wakan bahawa suatu lapangan terbang antarabangsa yang baharu akan dibina.
Yang terbaru adalah pengumuman oleh YAB Pangkor ada bulan Julai 2017, apabila beliau mengatakan bahawa lokasi untuk LTA Perak telahpun dikenal-pasti. Pada masa itu, YAB MB masih bermain teka-teki dengan wartawan berkenaan dengan lokasi tersebut.
Sekali lagi, 4 bulan telah berlalu. Apa yang Perak dapat? Dewan ini telah sedia maklum, dalam perbahasan2 yang lepas, bahawa projek LTA baharu Negeri Perak memang tidak pernah disenaraikan dalam Prjek RMK-11. Yang lebih penting, baru-baru ini, Menteri Pengangkutan apabila menjawab soalan yang diajukan kepada beliau di Parlimen, telah mengesahkan bahawa pihak Kementerian TIDAK ADA menerima permohonan / cadangan daripada Kerajaan Perak untuk LTA yang baru. Kenapa Kerajaan Perak sanggup untuk menipu, dan mengelirukan rakyat negeri perak berkenaan dengan suatu perkara yang mereka tidak mampu dan tidak berhasrat untuk merealisaikan?
Kerajaan Negeri mendakwa dalam ucapan bajet 2018 bahawa ia adalah betapa prihatin dengan kepentingan system pengangkutan awam di Negeri Perak, malah, ia hanya terhad kepada “lip-servis” sahaja sepanjang masa. Kerajaan Negeri haruslah bersikap lebih jujur.
Movie Animation Parks Studio (MAPS)
MAPS mungkin menjadi satu projek kegagalan yang paling besar dalam lingkungan 10 tahun yang lepas. Jumlah kos adalah RM520mil, bersamaam dengan 50% daripada Bajet tahunan Negeri.
Setelah Movie Animation Parks Studio (MAPS) dilancarkan pada 26.06.2017, namun sehingga sekarang, sudah 5 bulan berlepas, pengunjung2 telah dimaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 40% fasiliti MAPS masih lagi belum tersedia untuk pembukaan kepada pengunjung2. Fasiliti-fasiliti tersebut termasuklah DREAM ZONE dan Megamind Megadrop.
Daripada maklum balas yang diberikan oleh pekerja2 MAPS, dan risalah-risalah yang ada, ia menyatakan bahawa fasiliti2 tersebut masih sedang dalam cubaan teknikal “THIS ATTRACTION IS IN TECHNICAL REHEARSAL, OPENING SOON”.
Akan tetapi, seingat yang saya, apabila Ahli-Ahli Dewan dijemput untuk membuat lawatan tapak ke MAPS pada bulan Mac / April, fasiliti seperti MEgamind Megadrop telah dibuka untuk percubaan, dan ramai antara ahli2 yang ada dalam dewan ini telah duduk di atas.
Sekiranya, fasiliti tersebut masih dalam percubaan / ujian seperti yang dinyatakan, adakah ini bermaksud bahawa Ahli2 dewan telah dijadikan sebagai tikus putih? Atau ada udang disebalik batu, yang mana pembinaan fasiliti MAPS ini telah gagal mematuhi permintaan daripada Pemilik Harta Intelek, iaitu Dreamworks, yang menyebabkan pelancaran keseluruhan MAPS ditanggunhkan sejak tahun 2016 sehingga sekarang?
Projek MAPS ini merupakan satu prime projek untuk Kerajaan Negeri, dan imej Kerajaan Negeri telah terjejas dengan amat serius. Saya mengambil kesempatan ini untuk memetik beberapa komen dalam FB rasmi MAPS yang menunjukkan ketidak-puasahatian pengunjung2.
Satu isu lagi, apakah rasional pihak PKNP membeli saham dari RGS MAPS Sdn Bhd dan menjadi pemilik saham tersebut dalam MAPS, dan berapakah kos telah terlibat dalam pembelian saham ini? Lokasi tanah adalah milik kerajaan, dan kerajaan pula perlu mengambil risiko perniagaan dan membayar syarikat swasta dan memperkayakan syarikat swasta?
Adalah juga dimaklumkan bahawa menurut carian SSM yang terkini, Syarikat yang memiliki MAPS, iaitu Animation Theme Park Sdn Bhd, adalah tertanggung dengan 7 pinjaman Bank dengan AFFIN INVESTMENT BANK BERHAD dengan RM280,000,000.00 setiap satu. Ini merupakan satu perkara yang amat serious da harus dijawab oleh Kerajaan Negeri, memandangkan PCB Development Sdn Bhd dimiliki sepenuhnya oleh Perak Corp Bhd, yang merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Perak.
Cukai Taksiran
Sejak tahun 2015, pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah melaksanakan peningkatan Cukai Taksiran di kawasan Bandaraya Ipoh khasnya di Taman Cempaka (yang mana peningkatan salah satu kes mencecah 1000%), Tanjung Rambutan, Taman Ipoh, Menglembu, Jelapang etc.
Kita sekian maklum bahawa kehidupan rakyat sekarang semakin susah dengan kemerosotan nilai ringgit, kenaikan petrol dan pelaksanaan GST. Apabila Kerajaan Negeri setiap kali menyatakan berkenaan Kerajaan Negeri mempunyai lebihan kewangan, Kerajaan Negeri harus mempertimbangkan untuk memberi diskaun Cukai Taksiran sekurang-kurangya 50% kepada warga Perak yang memiliki rumah Rancangan Perkampungan Rumah Tersusun, Kampung Baru Cina, Kampung Tradisi Melayu, Rumah kos sederhana dan kos rendah. Ini adalah untuk meringankan beban Rakyat dan menunjukkan keprihatinan Kerajaan.
Ipoh Car Free Day
Ipoh Car Free Day telah dilaksanakan sekian lama. Dalam persidangan dewan sebelum ini saya telah berkali-kali bangkitkan perlunya untuk pihak Majlis Bandaraya Ipoh menyediakan laluan berbasikal (cycling lane) dan laluan orang awam (public passage) demi memupuk semangat sebenar2 Car Free Day.
Baru2 ini, saya telah meneliti bahawa terdapat sedikit perkembangan (improvement) yang mana laluan berbasikal telah disediakan di sekitar jalan raya dari Waller Court ke Taman DR Seenivasagam. Ini merupakan satu permulaan yang baik dan cadangan saya adalah, adalah penting untuk lebih banyak laluan berbasikal disediakan, terutamanya untuk menyambung lokasi-lokasi pelancongan penting dari Pekan Lama Ipoh ke Pekan Baru Ipoh.
Pada masa yang sama, adalah cadangan daripada saya bahawa laluan berbasikal dijadikan wajib untuk semua kelulusan projek-projek perumahan yang baru.
Saya ingin berkongsi dengan pihak Majlis Bandaraya Ipoh sekali lagi berkenaan dengan definasi Car Free Day oleh The Washington Post, iaitu adalah “to promotes improvement of mass transit, cycling and walking, and the development of communities where jobs are closer to home and where shopping is within walking distance.” Pihak kami dari sebelah sini sentiasa bersedia untuk bersama-sama dengan Majlis Bandaraya Ipoh untuk mencapai hasrat sebenar Car Free Day.
Penutup
Kesemua kita harus ingat, mandate yang diberikan oleh Rakyat ini merupakan satu amanah. Dalam Dewan ini, kesemua kita, termasuk Puan Speaker, juga harus mendokong peruntukkan dan semangat Perintah Tetap. One one is above Perintah Tetap.
Sekian.