Skip to content

Ucapan oleh YB Dato’ Seri Sundarajoo Somu, EXCO Perumahan dan Alam Sekitar pada 16 Januari 2024

Selamat petang, tuan-tuan dan puan-puan, Selamat Tahun Baru 2024 dan selamat datang ke sidang media hari ini.

Pengumuman utama dalam sidang media ini:

  • Saya bangga untuk untuk mengumumkan dan melancarkan Pertandingan Kitar Semula Negeri Pulau Pinang – “I am EcoChamps!” sebagai inisiatif di bawah Penang Green Council & bekerjasama dengan Riiicycle Tech Sdn Bhd sebagai penyelaras bersama.
  • Pertandingan ini terbuka untuk ahli Warga Hijau Pulau Pinang yang berikrar untuk mengamalkan 10 inisiatif hijau seperti amalan 3R, mengatakan TIDAK kepada plastik sekali guna, menjimatkan air, tenaga, dan sebagainya.
  • Konsep: Kitar semula dan menang ganjaran! Kami bertujuan untuk mendapatkan lebih ramai warga Pulau Pinang untuk mengamalkan amalan kitar semula sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka. Melaui sistem ganjaran di bawah aplikasi mudah alih Riiicycle, pertandingan ini juga berfungsi sebagai platfom pendidikan untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan manfaat kitar semula kepada komuniti.
  • Peserta berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai, serta mengumpul mata untuk menukarkan baucar atau hadiah daripada peniaga.
  • Saya dengan ini menjemput semua warga Pulau Pinang untuk berikrar sebagai Warga Hijau untuk menyertai pertandingan ini. Bagi ahli Warga Hijau yang sedia ada, mulakan usaha kitar semula sekarang!

Mesej tambahan:

  • Pada masa yang sama, saya ingin menekankan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghargai usaha hijau oleh pihak berkepentingan dan masyarakat. Oleh itu, saya gembira untuk menjemput semua organisasi, NGO, syarikat, institusi, dan individu untuk memohon dan mendaftar dalam Anugerah Hijau dan Insentif 2024 Penang Green Council.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Bantu kami menyebarkan maklumat ini, anda boleh menjemput Penang Green Council untuk sesi eco-talk. Usaha yang baik wajar mendapat pengiktirafan. Oleh itu, kami akan membantu dan memudahkan perniagaan hijau dan inisiatif hijau di Pulau Pinang. Ingatlah, setiap langkah kecil yang kita ambil hari ini akan mencipta impak besar untuk masa depan. Dan sekarang adalah masanya untuk kita bertindak. Dengan ini, saya akhiri perkongsian saya untuk hari ini. Terima kasih.

Kami ingin menjemput organisasi dan individu yang terlibat dalam inisiatif hijau untuk memohon dan menyertai insentif dan anugerah pada tahun ini. Insentif dan anugerah yang tersedia adalah: