Tuan-tuan dan puan-puan, selamat pagi dan selamat datang ke Majlis Penyampaian Anugerah Green Pinang 2015.
Majlis hari ini adalah bagi meraikan mereka yang telah melakukan perbezaan dalam membantu Pulau Pinang ke arah hijau sama ada melalui amalan baik, menggalakkan pendidikan kesedaran dan memperkenalkan teknologi hijau yang berdaya maju.
Tahun ini, PGC telah memperkenalkan dua anugerah baru, Anugerah Pemuliharaan Alam Sekitar Pulau Pinang dan Anugerah Kemampanan Alam Sekitar Pulau Pinang. Kedua-dua anugerah ini memberi penghormatan kepada organisasi dan individu yang secara berterusan memberikan komitmen, dedikasi dan kepimpinan mereka untuk menambah baik dan memulihara alam sekitar.
Kami ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang Anugerah Sekolah Hijau Pulau Pinang, Projek Sijil Pejabat Hijau Pulau Pinang, Anugerah Kewartawanan Hijau Pulau Pinang dan Pertandingan Video Hijau Pulau Pinang juga akan diberikan hari ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan panel hakim.
Hari ini, kami juga akan memberikan Sijil Penghargaan untuk memberi penghormatan kepada 4 individu dan organisasi di Pulau Pinang yang mendapat pengiktirafan di atas sumbangan dan kerja keras mereka.
Mulai tahun depan, Pejabat Hijau Pulau Pinang akan menjangkau 26 buah pejabat utama kerajaan di Pulau Pinang. Sasaran kami adalah untuk mencapai 100% Pejabat Hijau dalam sektor kerajaan menjelang akhir 2018.
Dalam kajian soal selidik awam yang dijalankan oleh Penang Green Council yang bertajuk “Tingkahlaku Manusia Terhadap Pengasingan Sisa Di Punca dan Amalan Kitar Semula” terhadap 1484 responden, 78.6% daripada responden telah mengasingkan barang-barang yang boleh dikitar semula sebelum ia diletakkan di dalam tong sampah. 86.5% responden bersetuju jika undang-undang kecil dikuatkuasakan untuk menggalakkan dan meningkatkan kadar kitar semula di Pulau Pinang. Kempen Tiada Beg Plastik Percuma yang dilancarkan pada bulan Julai 2009 telah peroleh beberapa kemajuan, 80.7% daripada responden kini membawa beg plastik mereka sendiri untuk membeli belah.
Bank Dunia telah menegaskan bahawa “bandar yang tidak mampu menguruskan sisa dengan berkesan jarang dapat menguruskan perkhidmatan yang lebih kompleks seperti kesihatan, pendidikan atau pengangkutan”. Pulau Pinang memegang rekod kebangsaan bagi kadar kitar semula yang paling tinggi di negara ini pada 32% iaitu lebih tinggi daripada sasaran negara, hanya 22% dan juga pada tahun 2020. Kami berharap dapat mencapai kadar kitar semula sebanyak 40% pada tahun 2020. Kerajaan Persekutuan telah mula mengamalkan pengasingan wajib di punca sejak September tahun ini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memastikan pengasingan sisa di peringkat punca akan dilaksanakan dengan lancar di seluruh negeri menjelang akhir 2016.
Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada rakan kerjasama kami, penganjur dan penaja, MBPP, MPSP, Eco-world, Continental Automotive Components Malaysia Sdn Bhd, Infitech Machinery Sdn Bhd, Guppy Plastic Industries Sdn Bhd, Malaysian Automotive Lighting Sdn Bhd, Muda Paper Mills Sdn Bhd, Suiwah Corporation Berhad, Eastern & Oriental Berhad, Mahsing Group, Canon Marketing, Sandwich Multimedia, Popular Bookstore, Matahari, Jasper Promenade dan Photobooth0808.
Akhir kata, tahniah kepada semua! Anugerah ini adalah pengiktirafan berharga komitmen anda untuk memimpin negeri ini sebagai Negeri Hijau di masa akan datang. Melangkah ke hadapan, kami berjanji akan terus memberikan pencapaian baik dan komitmen untuk perubahan alam sekitar yang positif. Kami berharap akan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk berusaha sebagai sebuah bandar yang mampan dan sesuai didiami dengan menyediakan persekitaran hidup yang lebih bersih, hijau, selamat dan sihat untuk semua orang di Pulau Pinang.
Terima kasih!