Dato Timbalan Yang DiPertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ketua pembankang Perak, Yang Berusaha ketua-ketua Jabatan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pihak Media, pemmerhati sekalian. Salam sejahtera.
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Bahas bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Yang Di Pertua kerana membenarkan saya bangun untuk membahas Bajek 2016 Negeri Perak.
Bajet
Fakta-fakta daripada Jabatan perangkaan Malaysia dalam KDNK Negeri menunjukkan bahawa pertumbuhan KDNK sebanyak 5.3 peratus pada tahun 2013 diterajui oleh sektor Perkhidmatan dan pembuatan yang menyumbang RM32.75 bilion dan RM10.05 billion.
Fakta daripada Perak Investment Management center ( dengan Izin) menyatakan bahawa Sektor pembuatan merupakan satu sektor yang amat penting dimana ia ia membentuk sasaran sebanyak diantara 9.2 peratus hingga 18.8 peratus daripada KDNK Negeri Perak.
Oleh itu, Negeri Perak seharusnya menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam Sector pembuatan demi mencapai sasaran pertumbuhan Negeri Perak tahun 2020.
Seterusnya, untuk memajukan sektor pembuatan, langkah yang utama seharusnya diambil adalah untuk membangunan di Khantan, Sri Iskandar dengan menjadikan pembangunan Kulim Hi-Tech Park dan Penang Fee Trade Zone sebagai penanda asas.
Taman Teknologi Tinggi Perak adalah salah satu komponen pembangunan di bawah strategi negeri Perak ke arah menjadi negeri maju menjelang 2020 melalaui kepelbagaian kegiatan ekonomi negeri berasaskan teknologi dan pengetahuan serta salah satu usaha kerajaan untuk mempelbagai kegiatan ekonomi negeri berasaskan teknologi dan pengetahuan dan diharap dapat membantu ke arah meningkatkan pendapatan rakyat dan negeri.
Namun, saya ingin menarik perhatian bahawa dalam laboran Ketua Audit Negara menyatakan bahawa pengurusan aktiviti pembangunan infrastrktur asas di Taman Teknologi Tinggi Perak ( PHTIP ) tidak memuaskan kerana projek yang dilaksanakan tidak dapat disiapkan mengikut jadual disebabkan kegagalan pembinaan projek seperti jalan, longkong dan jambatan.
Bagi Kawasan perindustrian yang sedia ada khususnya di kawasan Industri Pinggir Bercham, kluster industry automatif di kawasan perindustrian IGB dan Taman industri Tasek. kemudahan sistem jalan raya dan perparitan harus menambahbaik dan dinaik taraf demi meningkatkan daya siang dengan kawasan perindustrian lain negeri.
Mekanisme Penjanaan Hasil Yang Lebih Saksama
Kerajaan Negeri harus menyediakan persekitaran kondusif dan mengizinkan bagi perniagaan berkembang maju dalam usaha menjadikan Negeri Perak sebuah destinasi pelaburan Yang kompetitif dan berdaya maju serta mewujudkan sebuah komuniti Perniagaan yang bertenaga dengan mentakrif semula campur tangan kerajaan dan merasionalisasikan peranannya dalam bidang perniagaan melalui syarikat berkait kerajaan (GLC), yang menjadi antara punca utama lembapnya kemajuan perusahaan swasta.
Dato Timbalan Yang Di Pertua yang dihormati
Pendidikan
Dalam bajek 2016, kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM 2juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan Mubaligh dan RM I juta kepada sekolah Jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Bercham amat menghargai kerajaan negeri di mana kerajaan negeri cuba melakukan sesuatu untuk menyakinkan kaum bukan Melayu. Ini amat dialu-alukan dan digalakkan. Namun, amat berharap agar kerajaan dapat memberikan peruntukan secara systematik kepada semua aliran sekolah dengan berpandukan kepada jumlah bilangan murid yang terdapat di sekolah masing-masing pada setiap tahun.
Dato Timbalan Yang Di Pertua yang dihormati
Isu pendidikan khususnya pada projek pembinaan SMJK di kawasan Bercham.
Kerajaan Negeri harus mengesa Kementerian Pendidikan dengan melangsungkan projek pembinaan sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dalam kawasan Bercham dengan kadar yang segera seiring dengan kepesatan pembangunan perumahan yang sedang berlaku terutama di Sekitar Kawasan Bercham dan juga dapat mengurangkan kadar keciciran sekolah.
“Dengan kebarangkalian, keciciran murid mengikut jenis sekolah adalah seperti berikut:
- 0.7 peratus bagi sekolah kebangsaan,
- 4.24 peratus bagi sekolah jenis kebangsaan Cina dan
- 1.41 peratus bagi sekolah jenis kebangsaan Tamil.”
Ini bermakna, murid kaum cina tertinggi sekali dalam kadar keciciran sekolah kerana masalah perubanhan Bahasa hantaran semasa meneruskan pelajaran dari SRJK C ke SMK.
Pembinaan sekolah baru SMJK berkenaan dapat memenuhi keperluan asasi masyarakat semua kaum kerana masa kini kebanyakan ibu bapa terpaksa menghantar anak ke sekolah di Kawasan Ipoh yang jauh dari tempat tinggal apabila sekolah menengah jenis kebangsaan tidak dibina di kawasan perumahan mereka.
Dato Seri Timbalan Yang Di Pertua yang dihormati
Ketiadaan tanah Rezab di kawasan Bercham untuk pembinaan sekolah baru adalah masalah serius dan masalah yang paling merunsingkan rakyat jelata Bercham.
Pada masa kini, sekeping tanah lebih kurang 9.5 ekar cadangan rezab sungai untuk projek tadahan banjir di tepi Anggun Bercham Indah, jarak 5 minit dari SRJK ( C) Bercham telahpun dikenalpastikan bahawa sesuai untuk pembinaan sekolah baru. Ini kerana project pembinaan sungai baru tidak diperlukan lagi kerana masalah banjir telah di atasai oleh projek tadahan banjir yang lain dan kawasan tersebut telah membina rumah dan tidak mungkin rumah diroborkan untuk membina sungai.
Oleh itu, Bercham mencadangkan dan menyeru kerajaan agar merezabkan tanah lapang tersebut untuk tujuan pembinaan sebuah sekolah SMJK yang baru dengan serta-merta.
Dato Seri Timbalan Yang Di Pertua yang dihormati
Perjuangan Menentang Jenayah
Kepolisian adalah satu perkhidmatan penting yang disediakan oleh pihakEksekutif untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman, dan
menggalakkan keselamatan awam dan kesejahteraan.
Memberi tumpuan kepada peningkatan kecekapan sumber manusia, perlindungan, dan penyampaian perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mengoptimumkan fungsi ‘teras’ di atas fungsi ‘bukan teras’ iaitu anggota polis yang mahir dan beruniform perlu dipindahkan.
Daripada kerja-‐kerja pentadbiran kepada kerja polis yang betul. Orang awam boleh digaji untuk memenuhi fungsi pentadbiran. PDRM tidak memerlukan peningkatan 30% tenaga kerja yang dicadangkan Kementerian Dalam Negeri (mewakili tambahan kira-kira 40,000 pegawai) kerana sejak tahun 2011 Kawasan Bercham mempunyai seorang pegawai polis untuk setiap 2400 rakyat (1:2400). Ini adalah sangat hamper Dengan nisbah yang disyorkan INTERPOL iaitu 1:250.
Pada masa ini, Inisiatif Omnipresence di bawah NKRA Jenayah sedang dijalankan dengan bantuan RELA dan pasukan sukarela.
Bercham berpendapat bahawa hanya pihak polis yang berkelayakan dan professional harus diamanahkan dengan kerja ini. Rizab bukan polis seperti RELA perlu beralih daripada kerja kepolisan atau diberi peluang
Untuk mendapatkan kelayakan menjadi anggota polis yang mempunyai pengetahuan penuh tentang prosedur dan undang-undang.
Dato Timbalan Yang Di Pertua yang dihormati
Meningkat secara dramatic keupayaan penyiasatan PDRM. Jabatan Siasatan Jenayah (CID) harus mempunyai nisbah seorang Pegawai Penyiasat (IO) kepada kes sebanyak 1:5, sepertimana yang dinyatakan.
Dalam Laporan Dzaiddin. Kawasan Ipoh memerlukan lebih ramai orang IO lagi. Dengan kadar jenayah rasmi yang nampaknya Seperti telah dikurang lapor terdapat kemungkinan lebih ramai IO Diperlukan demi memenangi jenayah.
Yang Berhormat Timbalan Dato Seri’ Yang Di Pertua.
Menambah baik Infrastruktur Pengairan dan saliran
Pihak PBT dan JPS harus memberikan keutamaan yang tinggi untuk melaksanakan projek Tebatan Banjir (RTB) Bercham Fasa 8 iaitu pembinaan longkang lencongan sepanjang 1.8 KM dan membekalkan pam tadahan banjir otomatik kepada rumah pam sedia ada di Taman Kinta Emas yang melibatkan anggaran kos sebanyak RM4 Juta.
Dato Timbalan Yang Di Pertua yang dihormati
Permintaan pembangunan daripada penduduk-penduduk semakin tinggi, nanum wakil rakyat pembangkang tidak dapat peruntukan daripada jumlah peruntukan pembangunan kerajaan Negeri Perak seperti yang dapat dinikmati oleh wakil rakyat kerajaan.
Layanan dan jagaan yang tidak sama rata oleh kerajaan terhadap golongan pengundi yang menyokong parti pembangkang menyebabkan mereka berasa diri dan had asasi diabaikan dan dipinggirkan oleh kerajaan. Mengapa peristiwa sebegini berlaku di Negara mengamalkan sistem dekmokrasi ? Kerajaan negeri sepatutnya memberi layanan dan jagaan kepada setiap anak negeri Perak secara adil, saksama dan berdasarkan prinsip ekualliti iaitu “ Berdiri sama tegak, duduk sama rendah.
Saya mencadangkan supaya 28 orang wakil rakyat pembangkang diperuntukkan dengan RM200,000 setahun masing-masing sebagai peruntukan pembangunan, iaitu dengan jumlah 5.6 juta setahun. Ini hanya merupakan 1.4 peratus daripada jumlah bajet pembangunan (RM397,518,473), wang rakyat harus dipulangkan kepada rakyat melalui perkhidmatan.
Dengan ini saya akhiri bahas saya dengan sebuah pantun.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.