Skip to content

Ucapan Perbahasan Belanjawan 2019 oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan 2019 ini yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 2 November 2018 yang lepas. Ini merupakan belanjawan yang penting dan bersejarah kerana ia merupakan belanjawan pertama yang dibentangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Dengan tema, “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera”, saya ingin merakamkan penghargaan atas komitmen kerajaan untuk membela nasib rakyat secara saksama bertepatan dengan semangat Malaysia baharu yang lebih inklusif dan saksama terutamanya antara wilayah-wilayah.

Dalam belanjawan ini, kerajaan Pakatan Harapan telah berupaya membentangkan satu belanjawan berjumlah RM 315.4 billion walaupun kita mewarisi keadaan kewangan yang tidak baik, hutang-hutang yang tinggi disebabkan rasuah yang berleluasa, skandal-skandal kewangan yang bertopengkan sebagai pelaburan, dan tunggakan cukai GST dan cukai pendapatan yang berjumlah RM 35.4 sepatutnya dibayar balik kepada rakyat tetapi telah dibelanjakan oleh kerajaan terdahulu.

Walaupun dengan batasan dan kekangan yang dihadapi , peruntukan untuk pembangunan dalam belanjawan 2019 telah mencatatnya peningkatan daripada belanjawan yang lepas.

Antaranyasebanyak RM 4,346 juta berbanding RM 4,336 juta pada 2018 telah diperuntukkan kepada Sarawak.Saya juga memahami bahawa jumlah peruntukan ke Sarawak bukan hanya tertakluk kepada peruntukan pembangunan, tetapi juga banyak peruntukan lain termasuk yang dikategorikan dalm “multi-state allocation”. Oleh itu, saya ingin memintaKementerian Kewangan untuk menyeleraikan secara terperinci jumlah dan quantum sebenar yang akan disalurkan kepada wilayah Sarawak.

Tuan yang Dipertua,

Saya berdiri di sini bukan sahaja untuk mewakili suara Bandar Kuching, tetapi juga untuk membawa keluhan dan rintihan rakyat Malaysia di Sarawak ke Dewan yang Mulia ini.

Walaupun secara asasnya terdapatnya peningkatan kepada peruntukan pembangunan kepada negeri Sarawak, namun begitu, “with due respect, it may be increased budget, but it is still not an adequate budget”. Walaupun negara sekarang memikul beban hutang kewangan yang tinggi, saya berpendapat bahawa lebih banyak masih boleh diperuntukan kepada Sarawak, wilayah terbesar di Malaysia untuk mengimbangi pembangunan yang jauh ketinggalan terutamanya di luar bandar.

Sarawak mewakili 40 peratus daripada keluasan Malaysia dengan jumlah penduduk seramai 2.6 juta orang dan keluasan 124,450 kilometer square. Maka, Sarawak peruntukan tersebut penting untuk memastikan pembangunan yang lebih seimbang termasuk pembinaan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik, jaringan jalan raya dan komunikasi, dewan, tempat ibadah semua agama serta kemudahan awam lain bagi meningkatkan sosioekonomi penduduk terutamanya di luar bandar.

Selain itu, jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak sekarang hanya hampir 17 % daripada jumlah peruntukan pembangunan, dan ini kurang daripada jumlah30% yang telah disasarkan sebelum ini. Walaupun saya memahami keadaan Batasan kewangan yang dialami sekarang, namunsaya beharap kita dapat mencapai sasaran tersebut dalam belanjawan yang akan dating.

Belanjawan di bawah kerajaan BN terdahulu tidak harus digunakan secara kayu ukur(yardstick) kerana selama itu, telah gagal membela nasib rakyat Sarawak, tetapi kerajaan Pakatan Harapan haruslah membetulkan apa yang salah dan lebih melambangkan status ‘equal partners’dalam persekutuan.

Secara positifnya, belanjawan ini telah memberikan lebih penekanan kepada golongan B40 dan ini juga akan membawa kebaikan kepada orang Sarawak kerana berdasarkan statistic status kemiskinan nasional 2017, Sarawak mempunyai jumlah miskin dan miskin tegar di seluruh Malaysia.

Selain itu, saya juga menyokong niat kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam RMK-11untuk mengoptimumkan segala sumber asli serta mengagihkan pendapatan minyak dan gas secara saksama mengikut perundangan sedia ada.

Oleh itu, saya menyambut baik penubuhan satu Jawatankuasa Khas Kabinet untuk mengkaji semula serta memantau pelaksanaan yang wajar bagi Perjanjian Malaysia 1963. Komposisi cabinet tersebut juga melibatkan bukan sahaja ahli-ahli politik dari satu dichotomy politik, tetapi juga pemimpin, “legal minds’, dan pejawat awam dari barisan pembangkang.

Saya ingin mencadangkan agar Jawatankuasa tersebut bersidang secepat mungkin dan menggunakannya sebagai satu platform yang baik untuk mengkaji semula (review) akta-akta yang terlibat termasukpindaan kepada Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan Malaysia untuk mengembalikan status equal partners dan mengkaji semula Petroleum Development Act 1974 dan Territorial Sea Act 2012 untuk menentukan sama ada perlaksanaannya ‘unconstitutional’ atau tidak, supaya hak sebenar Sabah dan Sarawak terhadap hasil semulajadi termasuk minyak dan gas dapat ditentukan. Selain itu, saya juga menyeru kerajaan mengkaji semula menyemak semula peruntukan khas di bawah perlembagaan yang merujuk kepada pemberian peruntukan khas kepada negeri Sarawak di bawah perkara 112(d) dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi saya berharap, usaha untuk mengkaji tidak hanya untuk menghasilkan satu laporan untuk dibaca, tetapi langkah-langkah seterunya dan proactive haruslah diambil untuk mengembalikan hak-hak dan kuasa wilayah Sarawak dan Sabah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan MA63.

Tuan yang Dipertua,

Banyak daripada rakan-rakan seperjuangan saya di Dewan ini dari Sarawak mahupun di Sabah telah berulang-ulang kali berbahas tentang hak-hak yang termaktub dalam MA63. Ini bukan kerana kita kekurangan bahan bahas, tetapi ini memang satu isu yang dekat pada hati kita dan saya percaya kerajaan Pakatan Harapan boleh mereka sejarah dengan melakukan apa yang tidak boleh dilakukan oleh kerajaan terdahulu dan mengembalikan hak-hak kami kepada wilayah Sabah dan Sarawak. Saya memberi jaminan bahawa anak-anak kita dan golongan masa hadapan akan sentiasa mengingati jasa kerajaan PH untuk menjamin masa hadapan mereka.

Namun begitu, walaupun betapa pentingnya pengembalian hak-hak kita, tetapibagi saya, ada satu lagi perkara yang lebih penting yang harus diberikan tumpuan lebih iaitu pentingnya kita menangani masalah rasuah, penyelewengan dan penyalah gunaan kuasa yang ada bukan sahaja di Sarawak tetapi di seluruh Malaysia.

Kerana tanpa “safeguard” ini, betapa banyak pun peruntukan yang diberi, risikonya ialah ia tidak akan disalurkan kepada golongan yang memerlukannya tetapi disalah gunakan untuk mengisi poket golongan elit dan kroni-kroni mereka.

Oleh itu, saya menyambut baik peruntukkan kerajaan sebanyak RM286.8 juta untuk perbelanjaan mengurus Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu peningkatan 18.5% daripada RM242.1 juta yang diperuntukkan tahun lepas. Jumlah kakitangan akan ditambah seramai 100 orang pada tahun depan bagi memastikan SPRM mempunyai sumber tenaga kerja yang mencukupi untuk menangani rasuah dan pengubahan wang haram dalam sektor awam dan swasta serta mendapatkan balik harta tersebut

Selagi masalah rasuah dan ketirisan tidak ditangani, mungkin ia adalah sia-sia kita bercakap tentang peruntukan yang lebih, kerana mungkin ia hanya akan masuk ke kocek sendiri pemimpin – pemimpin dan pegawai-pegawai yang rasuah.

Oleh itu, saya ingin meyeru agar usaha-usaha kerajaan untuk membasmi rasuah dilebarkan ke wilayah Sarawak dan fesyen trend baju oren(bukan baju AMANAH) harus disebarkan kepada pemimpin atau pegawai yang memakan rasuah dan menyalah gunakan kuasa mereka tak kira gelaran dan tak kira posisi kuasa.

Saya berharap lebih banyak pegawai SPRM akan ditugaskan ke Sarawak, malah kakitangan yang ada di SPRM di seluruh negara haruslah dinilai semula untuk memastikan mereka sendiri tidak terlibat ataupun menyalah gunakan kuasa mereka.

Di Sarawak, kita pun ada pelbagai dakwaan skandal-skandal kewangan, penyalahgunaan kuasa dan kekayaan yang tidak dapat dijelaskan yang juga telah mendapat perhatian dunia. Yang Berhormat Batang Lupar semalamada mengajak kita bermain-main Bersama buaya-buaya yang ada di Sarawak.Tetapi, kita banyak buaya bukan sahaja di sungai – sungai, tetapi juga banyak buaya yang telah makan duit, harta dan tanah rakyat.

Untuk konteks orang Sarawak, dalam menangani masalah rasuah, “We first need to address the elephant in the room” kerana banyak dakwaan dan tuduhan rasuah dan juga penyalahgunaan kuasa ini melibatkan, tidak lain dan tidak bukan mantan Ketua Menteri Sarawak.

Saya telah membawa isu ini ke Dewan yang mulia ini pada persidangan yang lepas dan juga persidangan ini. Mengikut jawapan bertulis yang saya baru perolehi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) telah menjalankan beberapa siasatan ke atas Mantan Ketua Menteri Sarawak berkenaan dan semua hasil siasatan pada masa itu telah pun dirujuk kepada pihak Jabatan Peguam Negara(AGC) untuk diputuskan. Mengikut jawapan yang say perolehi, 10 kertas siasatan telah dibuka terhadap Mantan Ketua Menteri Sarawak tersebut, tetapi AGC pada masa itu memutuskan supaya semua kertas siasatan melibatkan isu itu, ditutup pada tahun 2016, dibawah kerajaan yang terdahulu.

Namun begitu, kalau kita mengikut perkembangan kes pendakwaan rasuah mantan Ketua Menteri Sabah baru- baru ini, dimana walaupun SPRM pada masa itu mempunyai satu kes yang kukuh, tetapi kes itu juga telah diarahkan untuk ditutup. Jadi, mungkin bagi situasi di Sarawak, walaupun kes itu telah diarahkan ditutup oleh pihak AGC, namun ia tidak bermaksud bahawa tiada bukti-bukti ataupun kes yang kukuh terhadap mantan ketua Menteri tersebut.

Oleh itu, saya menyeru agar kes ini dapat dibuka semula dan dakwaan terhadapnya disiasat secara lanjut, dengan lebih terperinci dan telus.

Pelbagai pihak seperti Bruno Manser Fund(BMF) telah pun menyatakan hasrat mereka untuk berkongsi maklumat dan bukti-bukti yang dikatakan adalah hasil daripada “a seven-year evidence-gathering process on alleged corrupt practices”. Saudari Clare Rewcastle Brown, salah seseorang yang membongkarkan skandal kewangan terbesar di dunia juga telah mendakwa mempunyai maklumat tentang dakwaan penyalahgunaan kuasa dan ‘unexplained riches’orang tersebut.

Oleh itu saya juga menggesa ketua pesuruhjaya baru SPRM bekerjasama dengan semua pihak tersebut dan membuat pertimbangan sewajarnya untuk membuka semula fail siasatan, dan meneliti semula maklumat-maklumat ataupun bukti-bukti baru mahupun lama, supaya kes ini boleh boleh disiasat secara telus berdasarkan lunas undang-undang di negara ini.

Saya juga menyokong pandangan Yang Berhormat Menteri Kewangan yang menunjukkan niat untuk melaksanakan sistem Unexplained Wealth Orders (UWO) yang membanteras rasuah seperti yang dilakukan di United Kingdom. Banyak orang bercakap tentang sebuah bungalow di Pulau Pinang, namun mereka belum lagi melihat betapa besarnya mansion-mansion yang ada di Sarawak yang dikatakan dipunyai oleh pemimpin- pemimpin tersebut, ahli keluarganya, dan kroni-kroni yang dekat kepadanya.

Oleh itu ia adalah penting agar satu taskforce dapat ditubuhkan untuk menyiasat “unexplained wealth” mana-mana pihak bukan sahaja di Sarawak, tetapi di seluruh Malaysia. Satu system juga harus diwujudkan agar jika dibuktikan benar, harta-harta tersebut dapat ditarik balik dan digunakan semula untuk kebaikan rakyat.

Dalam perkara ini saya minta Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menjelaskan dan berkongsikan pendapat lanjut beliau tentang UWO. Saya juga berharap, akta seperti ini dapat digubal secepat mungkin dan implementasinya di pantau sebaik mungkin.

Tuan Yang di Pertua,

Saya ingin menyentuh sedikit tentang subsidy petrol bersasar kepada pemilik sebuah kereta persendirian sahaja dengan kapasiti enjin 1,500 cc dan ke bawah dan motosikal berkapasiti enjin 125 cc dan ke bawah. Dalam konteks Sarawak, kebanyakan rakyat terutamanya di luar bandar terpaksa menggunakan kereta diesel 4wd, bukan kerana mereka kaya, tetapi disebabkan bentuk muka bumi dan juga keadaan jalan raya yang teruk terutamanya di kawasan pedalaman.

Ramai juga yang tinggal di kawasan pedalaman dan tanah tinggi yang perlu pergi ke kebun mahupun bekerja di mana kenderaan persendirian dengan minimum enjin diesel berkapasiti 2000cc diperlukan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Selain itu, bot-bot express dan panang yang merupakan satu medium pengangkutan yang penting terutamanya di pedalaman juga menggunakan enjin diesel berkapasiti tinggi.

Oleh itu, saya ingin meminta Kementerian, agar dapat melakukan satu kajian terperinci dan memberikan sesuatu pengecualian dan juga subsidy diesel untuk kes-kes istimewa terutamanya di Sabah dan Sarawak sambil menangani masalah penyeledupan minyak ini ke negara jiran. Saya juga ingin mencadangkan supaya subsidy petrol boleh diberikan kepada semua rakyat pengeluar minyak terutamanya di Sabah, Sarawak,supaya rakyat di sini mampu menikmati harga minyak yang lebih rendah sebagai satu sumbangan balikdan penghargaan kepada negeri-negeri tersebut.

Tuan yang Dipertua,

Walaupun dalam keadaan kewangan sekarang, saya menyambut baik keputusan kerajaan untuk bukan sahaja tidak memotong peruntukan kepada kementerian kesihatan, tetapi telah memberikan peruntukan yang terbesar dalam sejarah Malaysia, satu peningkatan sebanyak 7.8%. Ini menunjukkan priority dan focus kerajaan yang betul terutamanya kepada kesihatan dan juga Pendidikan.

Saya ingin mencadangkan agar lebih peruntukan digunakan untuk menambah baik dan memperkukuhkan “Primary Care” sebagai fokus untuk menangani masalah NCDS yang semakin meningkat di negara kita. National Health and Morbidity Survey 2015 melaporkan 73% kematian rakyat Malaysia adalah berpunca daripada penyakit-penyakit tidak berjangkit atau non communicable diseases (NCDs). Menurut World Health Organization, cara terbaik untuk menangani NCDs adalah melalui pendekatan kesihatan asas – primary care approach.

Dengan implementasi Skim Perlindungan Kesihatan (PEKA), satu projek perintis pelaksanaan saringan kesihatan bagi golongan B40 berumur 50 tahun ke atas, kesannya disebabkan “untargeted and widespread screening”, jumlah pesakit yang dating ke hospital atau klinik kesihatan sememangnya akan bertambah. Tambahan pula, jika kita betul betul hendak melakukan pencegahan untuk menangani penyakit-penyakit yang ada speperti NCDs, saringan atau health screening tersebut haruslah dilakukan lebih awal, maka saya mencadangkan had umur initiative ini diturunkan, sama ada ke 40tahun atau boleh 30tahun supaya langkah-langkah pencegahan atau rawatan awal dapat dilakukan terus.

Selain, walaupun dengan pertambahan kes-kes kesihatan mental, namun dalam belanjawan, “ there was no specific mentioned” of additional peruntukan untuk menangani isu kesejahteraan mental di negara kita.

Dalam belanjawan yang terdahulu , peruntukan untuk bidang psychiatry adalah tidak mencukupi. Mengikut laporan WHO, hanya 0.39% daripada keseluruhan bajet untuk kesihatan peruntukan untuk menangani masalh mental. Kalau kita bandingkan dengan negara lain termasuk jiran kita Thailand pada 3.5%, peruntukan yang ada untuk secara effektik mengangani masalah ini, adalah tidak cukup. Malah, kebanyakan bajet yang diperuntukkan untuk hospital adalah untuk “curative”/ namun begitu, terdapat juga keperluan untuk program-program kesedaran, preventive dan prophylaxis

Walaupun demikian, saya telah mendapatkan jaminan bahawa kementerian akan memberikan lebih tumpuan kepada bidang ini.

Jadi saya ingin meminta Kementerian untuk memberikan perincian terhadap peruntukan yang akan diagihkan untuk menangani isu kesejahteraan mental.

Saya berharap kerajaan juga akan meyediakan peruntukan lebih untuk menambah baik infrastructure dan hospital yang ada termasuk Hospital Sentosa di Kuching, (satu-satunya hospital mental di seluruh Sarawak) kerana adalah dalam keadaan yang uzur.. Hospital tersebut telah dibina sejak zaman British dan baru-baru ini, mereka baru sahaja menyambut ulang tahun ke-60oleh mereka sendiri. Maka bangunannya uzur, daif dan terdapat “significant amounts of asbestos building materials”.

Hospital itu dibina pada tahun 1950-an, dan pada masa itu asbestos diterima sebagai satu bahan binaan, tetapi sekarang kita tau bahawa bahan itu adalah carcinogenic dan akan mempertingkan risiko cancer kepada orang yang terdedah kepadanya. Oleh itu, bukan sahaja ini berbahaya, tetapi pesakit-pesakit yang ada, juga doktor-doktor kita, dan pejawat awam dan support staff di sana terdedah kepada risiko kesihatan di perkarangan hospital tersebut juga. Sistem perpaipan di hospital tersebut juga tidak pernah diubah suai dan baru-baru ini, satu testing di makmal telah dilakukan terhadap sampel air di hospital tersebut dan telah didapati mengandungi asbestos yang membahayakan kesihatan

Ini, Tuan Speaker, adalah satu keperluan yang amat penting maka saya mengharapkan kementerian dapat memperuntukkan dana untuk membaiki hospital tersebut tanpa melengahkan masa lagi.

Datuk Speaker,

Dengan agenda pembangunan yang ada, untuk meningkatkan quality extrinsic seseorang, kita tidak harus lupa pembangunan intricsic seseorang, ataupun “soft development” dengan focus terhadap masalah “mental health” dalam negara ini. Bagi saya pembangunan ini harus selari dengan apa-apa pun rancangan pembangunan extrinsic yang ada supaya mereka dapat menikmati dan memenuhi potensi secara penuh pembangunan yang ada dalam pelan belanjawan ini.

Tuan yang Dipertua,

Saya juga berharap Kementerian untuk mempertimbangkan untuk meningkatkan peruntukan untuk menambak baik kemudahan pengangkutan awam terutamanya di bandar Kuching dan bandar bandar lain di Sarawak. Sekarang, kemudahan pengangkutan awam, ataupun bas awam serba kekurangan, malah bagaikan tidak wujud sekarang.

Saya berharap kerajaan akan mempertimbangkan meneruskan perlaksanaan Stage Bus Services Transformation(SBST) di Kuching yang meningkatkatkan connectivity dan kualiti pengangkutan awam di Kuching untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas yang semakin teruk.

Saya difahamkan bahawa perjanjian telah pertamanya ditandatangani pada 22 Nov 2017 dan jumlah keseluruhan yang dibayar berdasarkan kontrak tersebut adalah tidak lebih daripada RM 240,908,615.40, namun pada tahun 2018, kerajaan negeri Sarawak telah mengemukakan cadangan untuk menggunakan bas elektrik sepenuhnya dan kadar pemberian geran tersebut masih dalam peringkat pertimbangan.

Bagi saya, saya menyokong cadangan ini dan telah beberapa kali mencadangkan penggunaan bas elektrik di Sarawak kerana sumber hydroelektrik yang banyak di Sarawak dengan adanya empangan-empangan mega seperti Bakun.

Walaupun kos awal bas elektrik adalah lebih tinggi daripada kos bas diesel biasa, tetapi ia adalah lebih “cost efficient” dalam jangka masa yang lama dan juga membawa lebih kebaikan kepada alam sekitar(lower carbon emission)

Saya berharap satu persetujuan atau kerjasama dapat dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan untuk melaksanakan initiative ini untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Sarawak.

Tuan yand Di pertua,

Disebabkan kesempatan masa, saya ingin mengakhiri perbahasan ini dengan satu peringatan kepada kita semua bahawa rakyat telah menaruh harapan dan kepercayaan kepada kerajaan Pakatan Harapan sekarang, dan kita haruslah mempelajari daripada kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu, dan meningkatkan kesejahteraan social dan ekonomi rakyat kita disebabkan merekalah boss,

Saya yakin dan optimist, kerajaan Pakatan Harapan akan membawa negara kita maju kehadapan sebagai harimau Asia sekali lagi,bukan buaya Asia di pesada dunia. Dengan itu, saya mohon menyokong.