Terima kasih Tuan Speaker diatas peluang Batu Kawan untuk membahas Rang Undang-undang kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017.
Tuan Speaker,
Saya ingin menggunakan peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Menteri dalam Jabatan Perdana menteri YB Pengerang dan pasukan YB kerana telah bertungkus lumus untuk memastikan rang undan-undang ini dibentangkan dalam sidang Parlimen ini walaupun, telah mengharungi banyak dugaan. Dan, saya akan memberikan sokongan saya terhadap penggubalan satu undang-undang yang akan memberikan perlindungan kepada anak-anak kita daripada penjenayah seksual, memastikan masyarakat peka terhadap inividu disekeliling mereka, serta langkah-langkah pencgahan daripada berlakunya perbuatan ini.
Tuan Speaker,
Pada November 14 2016, Reuters telah memaparkan satu rencana yang bertajuk, “How Malaysia allows child abuse to go unpunished”. Walaupun tajuk tersebut menyengat namun, topik ini tidak diberikan perhatian yang sewajarnya kerana jenayah seksual terhadap lelaki, wanita dan kanak-kanak merupakan satu isu yang masyarakat umum tidak ingin menyentuh atau berhadapan dengan. Mungkin ianya kerana tekanan persepsi masyarakat, elemen pengaruh budaya serta tradisi patriarki dan misogini, dan kejahilan kaum keluarga, sahabat handai dan masyarakat untuk mengambil jenayah seks terhadap kanak-kanak ini sesuatu yang perlu diperangi oleh semua lapusan mayarakat tanpa mengira gender, kaum atau agama. Saya ingin cadangkan disini juga agar kursus atau taklimat juga diberikan di rumah-rumah ibadat atau places of worship dan kepada pakar agama, agamawan, mengenai jenayah seksual kanak-kanak.
Tuan Speaker,
Isu hari ini berhubung jenayah seksual kanak-kanak adalah multi-pronged. Apakah perkara asas yang kerap didengar mengenai jenayah seksual terhadap kanak-kanak? Kadar pendakwaan yang rendah, merupakan sebab terbesar mengapa insiden jenayah seks terhadap kanak-kanak tidak dilaporkan dan juga dimana tempat mengadu juga menghindari laporan jenayah seksual kanak-kanak dibuat.
Di Malaysia, seperti di komuniti negara dunia ketiga yang lain, masyarakat sering akan memberikan reaksi automatik untuk menyalahkan mangsa daripada si penjenayah, lagi-lagi kalau penjenayah merupakan seorang yang ternama di kampung, seorang guru, seorang dalam perkhidmatan penguatkuasaan, seorang dalam tentera, seorang wakil rakyat, seorang Menteri, mahupun salah seorang daripada kita disini. Atau apa yang terjadi akan dianggap sebagai fitrah kehidupan dan keluarga mangsa, anak kecil yang tidak bersalah akan menggap ianya lumrah kehidupan dan pasrah dengan apa yang terjadi.
Pemikiran, budaya serta stigma yang menyelubungi topik jenayah seksual kanak-kanak oleh ibubapa, penjaga, guru dan masyaraat secara umum, telah memberikan lebih ruang kepada golongan penjenayah ini untuk mengambil kesempatan keatas kesenyapan ini untuk terus melakukan perbuatan yang keji dan kejam ini terhadap anak-anak kita.
Sejak kecil lagi, anak-anak perlu diasuh untuk mengetahui dan mengenali apa itu, good touch dan bad touch. Apakah usaha kerajaan untuk memastikan anak-anak diberi didikan yang komrehensif dari tabika dan tadika atau pusat asuhan supaya mereka akan berwaspada dan tempat dimana mereka mengadu sekiranya ternampak sesuatu yang mencurigakan. Ibubapa perlu melengkapkan diri mereka dengan maklumat SOP apa yeng perlu mereka lakukan sebagai ibubapa sekiranya anak mereka menjadi mangsa rogol dengan memusnahkan bukti yang mungkin ada pada anak mereka. Saya ingin mencadangkan agar pasangan yang akan berkahwin, dan sudah berkahwin diberikan tunjuk ajar atau satu kursus berkala serta follow up refresher course. Ini amat penting kerana pemangsa biasanya seseorang yang rapat dengan kanak-kanak atau kenalan lama dengan keluarga dan kanak-kanak tersebut mungkin akan diantun oleh pemangsa untuk menimbulkan kepercayaan terhadap mereka. Kedua, pendidikan seks yang terawal perlu dimulakan di rumah mereka.
Seksyen 12 hingga 14 rang undang-undang ini, menyentuh isu ‘grooming’ atau ‘pengantunan’. Sekolah-sekolah perlu mulakan sukatan pendidikan seks atau perlindungan kanak-kanak dari bangku sekolah lagi. Kaji selidik Penduduk dan Keluarga Malaysia 2014 menunjukkan ramai remaja masih tidak tahu lagi mengenai kesihatan reproduktif atau reproductive health. Rang undang-undang ini bersemangatkan konsep pencegahan serta penghukuman. Maka, kesedaran dan pendidikan seks wajib diberikan kepada kanak-kanak di semua sekolah dan bukan sahaja sebilangan sekolah sahaja dibawah PEKERTI. NGO wanita dan kanak-kanak juga perlu bekerjasama dengan agensi-sgensi kerajaan untuk memastikan kanak-kanak diajar mengenai Pendidikan seks dan pencegahan jenayah seksual kanak-kanak.
Menurut data PDRM Malaysia, 12,987 kes jenayah seksual kanak-kanak dilaporkan kepada pihak polis diantara bulan Januari 2012 dan Julai 2016. Kajian membuktikan bahawa bagi setiap kes yang dilaporkan, banyak lagi insiden tidak dilaporkan. Maka, insiden jenayah seksual kanak-kanak dalam 4 tahun itu jauh lebih tinggi dari 12,987.
2189 kes telah dibawa ke mahkamah dan hanya 140 sabitan direkod. Ini bererti hanya 1% daripada laporan jenayah seksual terhadap kanak-kanak disabitkan dimahkamah. Rang undang-undang ini benar-benar perlu menghayati semngat ‘walk the talk’ supaya setiap kes jenayah dibawa ke mahkamah serta tempoh masa penyabitan tidak akan diseret untuk bertahun-tahun sehingga anak-anak ini menjadi dewasa.
Tuan speaker,
Saya telah timbulkan dalam Dewan yang mulia ini berhubung dengan data atau maklumat mengenai jenayah seksual kanak-kanak yang diletakkan dibawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA. Mengikut Bukit Aman, tindakan ini adalah supaya masyarakat tidak terkeliru atau salah anggap data tersebut. Isu ini sya kaitkan bersama dengan seorang lelaki, anak kepada seorang Ahli Parlimen yang telah menjadi mangsa jenayah seks semasa beliau berumur 6 tahun. Apakah tujuan meletakkan maklumat seperti data jenayah seksual kanak-kanak dibawah OSA? Adakah ianya untuk memberi perlindungan kepada penjenayah seks kanak-kanak daripada golongan orang-orang kenamaan? Ahli Parlimen? Wakil rakyat? Menteri? Polis? Tentera? Atau dari golongan pendidik agama? Saya menbangkitkan maklumat ini kerana negara-negara jiran seperti Thailand dan Cambodia kedua-dua enggan berkongsi data jenayah seksual kanak-kanak dengan pihak pemberita, dan kedua-dua negara ini merupakan destinasi pedofilia jalanan. Seksyen 20 menyatakan mana-mana orang yang tidak mmberikan maklumat mengenai pelakuan atau niat mana-mana orang lain untuk melakukan mana-mana kesalahan dibawah Akta ini, atau mana-mana ksalahan dibawah Jadual jika mangsa ialah sorang kanak-kanak, kepada pegawai Jadi saya menyeru disini agar maklumat data jenayah seksual kanak-kanak de-classify atau dikeluarkan daripada Akta Rahsia Rasmi agar masyarakat umum dapat memperoleh maklumat mengenai prasarana sekeliling mereka. Apabila pemberi maklumat membuat laporan polis, tanggapan mereka adalah supaya penjenayah diambil tindakan undang-undang. Oleh itu, jika maklumat data jenayah seksual kanak-kanak dilindungi dibawah OSA maka bagaimana penjenayah akan dibawa ke muka pengadilan.
Pedofil dari dark web mensasarkan negara Malaysia sebagai salah satu negara dibenua ini kerana lemah penguatkuasaan dari segi pengesanan dan tangkapan. Seksyen 12 yang menyentuh komunikasi secara seksual dengan kanak-kanak dan hukuman yang akan dijatuhkan diatas kesalahan tersbut. Saya ingin bertanya adakah kerajaan mempunyai teknologi untuk cekup pedofil yang sedang merayap di dark web. Ini kerana, dalam kes Richard Huckle, pihak polis dan kerajaan mendapat tip off daripada pihak penguatkuasa Australia dan United Kingdom sebelum penahanan Richard Huckle dibuat. Mengikut Elena Martellozzo, criminologist dalam kepakaran jenayah seks kanak-kanak berkata Richard Huckle memilih Malaysia kerana ianya bukan dalam radar, atau kemudahan untuk peluang pekerjaan.
Pengakuan oleh Bukit Aman bahawa PDRM tidak mempunyai kepakaran dalam mengendalikan dark web ini membawa saya kepada soalan yang seterusnya. Mengapa kerajaan tidak melabur dalam melatih atau membeli peralatan computer dan perisian yang dapat mengenalpasti jika seseorang itu melanggan atau memasuki laman web porno dan berada disitu untuk satu tempoh masa yang diragui. Negara Malaysia perlu menunggu amaran daripada negara-negara lain akan aktiviti jelik ini. Jika negara kita melabur dalam perisian atau teknologi untuk menghalang akses ke laman web lucah, maka kita tidak perlu menunggu negara lain untuk memberi amaran kepada kita. Negara kita dapat bertindak first hand untuk cekup pedofil yang menggunakan dark web ini.
Akhirnya, saya ingin tahu status pendakwaan terhadap penjenayah yang memangsakan kanak-kanak yang bukan berstatus bukan warganegara atau stateless children, atau terhadap orang asal dan orang asli yang tiada dokumen pengenalan dan juga cara-cara pendakwaan terhadap terhadap kanak-kanak yang memegang kad UNHCR atau berstatus pelarian dari Sri Lanka, Rohingya, Sudan, Iraq, Syria, dan negara-negara yang mengalami krisis dan perang saudara. Adakah kanak-kanak ini akan diberikan perlindungan serta akses kepada keadilan seperti anak-anak kita sendiri. Sebagai salah seorang signatory kepada Convention on the Rights of Child, Malaysia mempunyai tanggungjawab moral untuk memberi perlindungan tanpa mengira kaum, agama dan gender.
Pada masa yang sama, semua kakitangan PDRM, serta hakim-hakim mahkamah harus diberikan kursus secara terperinci berhubung dengan rang undang-undang baru ini. Hakim-hakim dan pendakwaraya haruslah terdiri daripada pakar-pakar dari bidang jenayah seksual.
Tuan Speaker, 3 soalan lagi yang ingin saya timbulkan adalah, adakah sebatan mempunyai apa-apa kesan terhadap pesalah seksual? Adakah ianya efektif untuk membendung jenayah seksual terhadap kanak-kanak? Jika ya, apakah sumber bukti yang menunjukkan sebatan dapat mengurangkan gejala jenayah seksual terhadap kanak-kanak?
Apakah umur ‘prudent’ bagi kanak-kanak memberi keterangan di mahkamah jenayah khas, jika wujudnya mahkamah jenayah khas?
Saya juga ingin mencadangkan agar Malaysia menandatangani dan meratifikasi ‘Optional Protocol on the Sale of Children, Child Prostitution and Child Pornography sebagai satu langkah proaktif oleh kerajaan untuk menangani jenayah seksual kanak-kanak.
Tuan Speaker, saya menyambut baik rang undang-undang ini tetapi ianya tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya ianya tidak diselaraskan dengan sempurna diantara Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, KDN, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Luar Negara, dan yang paling mustahak, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara.
Dengan ini, saya mengakhiri ucapan saya.
Sekian, terima kasih.