A. Isu Lynas
Saya mulakan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dengan isu Lynas. Berdasarkan laporan media, Lynas telah umumkan rancangan untuk tamatkan semua operasi di Malaysia kecuali kilang proses nadir bumi karbonat pada suku akhir Disember.
Namun, hingga kini, kerajaan belum mengesahkan peng-umuman oleh Lynas ini.
Sekiranya berita ini benar, kerajaan mesti menjelaskan bagaimana Lynas akan menguruskan bahan sisa-sisa radioaktif yang mencecah lebih daripada 1 juta metrik tan, adakah Permanent Disposal Facility (PDF) masih diteruskan dan, juga sama ada operasi Kilang Campuran Nadir Bumi Karbonat (MREC) akan dijejaskan akibat penutupan tersebut.
Sekiranya berita ini tidak benar, apakah langkah kerajaan selepas ini dalam isu Lynas, adakah Lynas akan diberi lesen untuk meneruskan operasinya?
Penjelasan kerajaan penting untuk memastikan prinsip ketelusan dan juga memastikan pelaburan asing dalam negara ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
B. Kebebasan berucap
Yang Kedua, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024 memberi tumpuan yang besar terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDG). Saya merujuk kepada muka surat 15 dan 16 buku anggaran tersebut, dan mengalu-alukan komitmen kerajaan untuk memastikan keamanan, keadilan, dan integriti institusi, iaitu SDG ke-16. Lebih lanjut, SDG ke-16.10 pula menjamin kebebasan asasi.
Walau bagaimanapun, usaha negara kita dalam mencapai SDG ke-16 kelihatan bergerak dengan perlahan.
Aktivis dan bekas presiden UMANY, Wong Yan Ke, telah melakukan protes di atas pentas konvokesyen. Beliau mengangkat plakad dan membantah ucapan bekas Naib Canselor yang bersifat rasis dalam Kongres Maruah Melayu. Akibatnya, beliau dikenakan denda sebanyak RM 5000.00 oleh Majistret Kuala Lumpur.
Kean Wong, penyunting buku “Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope in New Malaysia,” juga telah ditangkap oleh pihak polis apabila beliau pulang ke Malaysia untuk renew pasportnya.
Bagi memperbaiki keadaan ini, saya menyeru kerajaan, terutamanya Jabatan Peguam Negara, agar tidak membuat pertuduhan terhadap Kean Wong. Saya juga menyeru jabatan peguam negara supaya tidak membuat rayuan atas hukuman denda Wong Yan Ke dengan tujuan menambah berat denda yang telah dikenakan.
C. Sistem kemasukan mahasiswa ke IPTA
Keenam, bagi melahirkan modal insan yang dapat menyumbang kepada negara, pihak kerajaan perlulah mengatasi masalah peng-hijra-han bakat ke luar negara.
Seperti yang ditunjukkan oleh Menteri Sumber Manusia pada 7 Mac 2023, kadar penghijrahan bakat ke luar negara di Malaysia adalah 5.5 peratus.
Kadar ini agak membimbangkan, padahal kadar purata penghijrahan bakat ke luar negara di seluruh dunia hanyalah sebanyak 3.3%.
Saya berpandangan bahawa masalah penghijrahan bakat ke luar negara bukan sahaja tanggungjawab kementerian sumber manusia, maka kementerian pendidikan tinggi ada peranan yang perlu dimainkan untuk kekalkan pelajar yang cemerlang, supaya mereka dapat lanjutkan pelajaran di sini dan bekerja di sini.
Oleh itu, saya cadangkan menambah baik Direct Intake System yang sedia ada di IPTA.
Secara amnya, universiti rekruit pelajar mengikut 3 saluran:
Pertamanya, saluran Unit Pusat Universiti ataupun UPU di mana pelajar tempatan, seperti lepasan STPM, STAM, Asasi dan Matrikulasi memohon untuk masuk universiti awam. Yuran pengajian bagi saluran UPU adalah dibiayai subsidi kerajaan.
Kedua, pelajar yang tidak berpeluang masuk ke universiti awam melalui UPU, boleh masuk ke kursus degree universiti melalui sistem direct intake. Yuran pengajian bagi direct intake adalah lebih kurang 10 kali ganda berbanding yuran saluran UPU kerana ia tidak dibiayai subsidi kerajaan.
Ketiga, pelajar antarabangsa juga boleh masuk ke universiti awam ikut syarat dan terma yang ditetapkan oleh universiti masing-masing.
Nama sistem direct intake ini berbeza ikut universiti, dalam UM, ia diperkenalkan sebagai UM Open Channel, di USM, nama dia saluran alternatif.
Tuan Speaker,
Sistem direct intake ini bukan sahaja menerima pelajar lepasan STPM, tetapi juga menerima pelajar lepasan A-level, Australian Matriculation (AUSMAT), The International Baccalaureate (IB). Kelayakan asing seperti Higher Examination China (Gaokao) juga diiktirafkan dalam kursus yang tertentu.
Saya menyambut baik dasar kerajaan dan universiti yang mengiktirafkan kelayakan yang pelbagai dan mencungkil bakat daripada latar belakang yang diverse.
Namun demikian, dalam membincang isu braindrain, terdapat sekumpulan talent pool yang sentiasa diabaikan oleh kita. Setiap tahun, sekitar 4000 orang bakat dalam talent pool ini berhijrah ke negara luar untuk lanjutkan pelajaran dan menyumbang ke ekonomi negara asing.
Hari ini, saya cadangkan kerajaan memanfaatkan talent pool ini dengan menambah baik sistem kemasukan universiti awam terutamanya sistem saluran direct intake dengan mengiktiraf pelajar lepasan Unified Examination Certificate (UEC) ataupun 统考 dalam bahasa cina yang dianjurkan oleh sekolah menengah persendirian Cina sebagai kelayakan direct intake universiti awam.
Tuan Speaker,
UEC sudah bersejarah 48 tahun dan menunjukkan kualiti akademik yang setaraf dengan kelayakan antarabangsa.
Ia diiktiraf oleh lebih daripada 200 universiti di seluruh dunia serta universiti-universiti ternama di antarabangsa, seperti
- The London School of Economics and Political Science (LSE) dari England;
- New York University di Amerika Syarikat;
- University of Toronto di Canada;
- The Australian National University;
- The University of Tokyo di Jepun;
- National University of Singapore dan;
- Peking University di China.
Universiti-universiti tersebut mempunyai ranking QS ataupun ranking The Times yang lebih tinggi berbanding dengan universiti awam kita.
Tuan Speaker,
Di sini, Saya menyambut baik dasar kerajaan Sarawak yang berpandangan jauh, kerajaan Sarawak telah mengiktiraf UEC sejak tahun 2014, membenarkan pemegang sijil UEC bekerja dalam perkhidmatan awam negeri. Mereka dibenarkan untuk memohon biasiswa Yayasan Sarawak serta memohon untuk masuk ke Universiti Teknologi Sarawak yang dimiliki oleh negeri.
Saya mengambil maklum bahawa terdapat stereotaip terhadap UEC kerana dikatakan silibus sejarah UEC adalah sejarah negara asing dan UEC tidak belajar bahasa Melayu.
Namun stereotaip ini adalah salah. Silibus UEC merangkumi bahasa malaysia, dan bagi memperkasakan bahasa malaysia, sekolah menengah persendirian Cina sering bekerjasama dengan Dewan Bahasa Pusaka (DBP) dalam menganjurkan forum bahasa melayu, pertandingan puisi dan aktiviti-aktiviti akademik yang berkaitan.
Selain itu, silibus sejarahnya holistik dan komprehensif, pelajar akan belajar sejarah Malaysia, sejarah Asia Tenggara, sejarah Asia Timur dan sejarah dunia. 60% dalam silibus sejarah UEC adalah sejarah Malaysia.
Tambahan pula, banyak sekolah menengah persendirian cina mengamalkan sistem dua jalur, selain daripada mengambil UEC di Tingkatan Senior 3, pelajar-pelajar juga akan ambil SPM semasa di Tingkatan Senior 2.
Lebih daripada 10,000 orang pelajar sekolah menengah persendirian cina telah menduduki SPM dan kadar kelulusannya adalah setinggi 95%. Kelulusan dalam subjek Bahasa Melayu juga adalah 95%. Hal ini amat membanggakan.
Antaranya, 170 pelajar Chung Hwa Independence High School Kuala Lumpur mendapat keputusan yang amat cemerlang, mereka dapat 8A dan ke atas dalam peperiksaan SPM.
Tuan Speaker,
Saya ingin tegaskan bahawa sistem direct intake IPTA pada ketika ini boleh menerima pelajar lepasan Australia Matriculation, A-level dan IB di mana silibusnya tidak mengandungi bahasa melayu dan sejarah Malaysia.
Saya tidak faham kenapa kita menutup pintu universiti awam daripada pelajar UEC padahal silibus UEC mengandungi subjek BM dan sejarah yang komprehensif, sebahagian daripada mereka malah mendapat keputusan yang cemerlang sekali dalam SPM.
Kenapa UM, UPM, USM, boleh iktiraf Australia Matriculation, IB, A-level, China High School Exam, tetapi kita menolak pelajar anak malaysia jati yang mengambil UEC .
Akhirnya, anak-anak kita yang berbakat ini akan diserap oleh sistem negara-negara luar yang mengiktiraf UEC seperti negara Singapura, China, Australia, UK dan sebagainya.
Oleh itu, Saya cadangkan kerajaan atau IPTA iktiraf-kan UEC melalui saluran direct intake dan bukan saluran UPU yang disubsidi oleh kerajaan. Hal ini bukan sahaja mampu mengekalkan lebih banyak bakat dalam negara, tetapi juga tidak menjejaskan kepentingan pelajar STPM ataupun Matrikulasi yang masuk universiti awam melalui saluran UPU.
Saya harap kita bincang isu UEC dengan sudut pandangan akademik, bukan daripada sudut perkauman.
Pelajar lepasan UEC adalah anak-anak Malaysia, jangan kita membiarkan talent pool ini berhijrah ke negara asing tanpa melakukan apa-apa usaha.
D. Gimnastik
Keempat, saya ingin bincang mengenai bekalan/pembangunan 45, kementerian belia dan sukan. Untuk mencapai outcome belia yang progresif dan ekosistem sukan yang mampan, kerajaan persekutuan perlu kerjasama dan sokongan daripada kerajaan negeri.
Namun, kerajaan negeri Terengganu mengumumkan bahawa ahli gimnastik wanita islam tidak akan dibenarkan bertanding dalam Sukan Malaysia, atau Sukma kerana pakaian mereka tidak mematuhi ajaran Islam.
Walaupun badan sukan tempatan seperti Persatuan Gimnastik Negeri Terengganu (PGNT) telah berulang kali berunding dengan kerajaan negeri Terengganu, termasuk mencadangkan pakaian yang lebih konservatif, kerajaan negeri Terengganu tetap kukuh dalam keputusannya.
Keputusan ini menimbulkan keraguan dalam komitmen kerajaan negeri Terengganu untuk membangunkan sukan serta menunjukkan ketidakpahaman kerajaan negeri Terengganu mengenai bidang sukan.
Saya ingin menekankan bahawa Uzbekistan, sebuah negara dengan 96% penduduk beragama Islam, baru menang pingat emas rhythmic gymnastic di Asian game Hang Zhou dalam acara pasukan dan acara perseorangan.
Tokoh Gymnastic Uzbekistan yang bernama Oksana Chusovitina, yang masih bertanding walaupun berusia 48 tahun, dia tidak pernah dipanggil oleh kerajaan beliau bahawa pakaian gymnastic tidak sesuai dan minta beliau tukar acara sukan.
Tambahan pula, sekiranya alasan yang diberikan oleh kerajaan terengganu bahawa pakaian gimnastik tidak mematuhi ajaran islam, oleh itu atlet muslim tidak boleh mengambil bahagian dalam acara gymnastik ini, saya nak tanya:
Mengapa dalam Islamic Solidarity Games yang diadakan oleh Islamic Solidarity Sports Federation, acara gymnastik dimasukan?
Ini telah membukti, isu pakaian gimnastik tidak mematuhi ajaran islam hanya pandangan kerajaan negeri terengganu sahaja, negara-negara islam lain tidak menganggap dan melaksanakan sekatan yang tidak munasabah ini.
Ia adalah tidak adil bagi kerajaan negeri Terengganu membuat keputusan sepihak untuk mengalihkan ahli gimnastik ke acara wushu tanpa mengambil kira usaha dan masa yang telah dilaburkan oleh para ahli gimnastik dalam latihan dan sumbangan mereka kepada negara.
Sukan adalah satu bidang yang mulia, dan atlet-atlet adalah wira negara. Prestasi dan semangat sukan mereka, serta sumbangan mereka kepada negara, harus diberi tumpuan, bukannya pakaian yang mereka pakai.
Jika isu ini dibiarkan, saya bimbang ada beberapa kerajaan negeri akan mengikut jejak kerajaan terengganu dan menghalang atlet gymnastik untuk ambil bahagian.
Saya meminta Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara untuk campur tangan dan mengambil tindakan serius dalam menangani isu ini, untuk menjaminkan kepentingan athlet gymnastik terengganu dan juga memberi impak negatif kepada pelapis-pelapis acara gimnastik dari seluruh negara.