Kertas Putih insiden banjir lumpur di Baling, Kedah perlu dibentangkan di Parlimen
Akta Perhutanan Negara diluluskan pada tahun 1984 dan hanya dipinda sekali pada tahun 1993.
Akta ini berkenaan pentadbiran, pengurusan dan pemuliharaan hutan dan pembangunan perhutanan (forestry development)
Malaysia sebagai signatory kepada UN Convention on Biological Diversity, UN Convention Framework on Climate Change, Konvensyen Tanah Lembap (RAMSAR), Konvensyen Perdaganan Antarabangsa Menegenai Spesies Terancam Fauna dan Flora (CITES) dan the 2015 Paris Agreement Malaysia mempunyai obligasi untuk memelihara kekayaan hutan, hutan sebagai tempat tadahan air serta biodiversiti – flora dan fauna.
Forestry merupakan State List di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, pindaan ini hanya dapat berkuatkuasa melalui Enakmen oleh Dewan Undangan Negarei.
RUU Parlimen ini hanya melaui Article 76(3) for the purpose of promoting uniformity of the laws of two or more States and may accordingly be amended or repealed by a law made by that Legislature.
Fasa 6: Hutan Taman Negeri (State Park Forest) ditambahkan sebagai suatu pengelasan baharu bagi hutan simpan kekal dijadikan 12 pengelasan. Pengiktiraf hak negeri dimana national park diuruskan oleh Persekutuan dan State Park oleh negeri dan negeri-negeri boleh juga adakah state park forest untuk mengekalkan state sovereignty instead of national park di mana hak pengurusan di bawah persekutuan.
Seksyen 11, 12 dan 13 menetapkan prosedur pengeluaran kawasan tanah daripada hutan simpanan kekal atas alasan kegunaan ekonomi yang lebih tinggi dengan prosedur gentian tanah yang lebih kurang keluasannya dan prosedur pewartaan. Ketiga-tiga seksyen ini memberikan kuasa besar kepada Pihak Berkuasa Negeri dan terbuka kepada salahguna oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Prosedur baru yang dicadangkan ialah Seksyen 11(2) yang baru di mana suatu siasatan awam dilakukan oleh Pihak Berkuasa Negeri sebelum mengeluarkan mana-mana kawasan tanah daripada sesuatu hutan simpanan kekal.
Pada hemat saya, walaupun terdapat prosedur siasatan awam. Tetapi, cara siasatan awam tidak digariskan dengan jelas dan siasatan awam tersebut subject to abuse sekiranya Pihak Berkuasa Negeri tidak menjalankan dengan prosedur yang sepatutnya.
Saya menegaskan bahawa kepentingan awam hutan simpanan kekal sebagai tempat tadahan air begitu penting dan perlu tambah lagi klausa supaya kelulusan usul di bawah Dewan Undangan Negeri perlu ditambah supaya tambahan procedural safeguard untuk melindungi hutan simpanan kekal.
Pihak Berkuasa Negeri bermaksud EXCO atau State Cabinet yang hanya terdiri daripa lebih kurang 10 orang daripada Kerajaan Negeri. Tetapi Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri mewakili keseluruhan daripada Kerajaan Negeri dan pembangkang dan mewakili kesemua kerusi dalam negeri dan suara rakyat. Saya mencadangkan tambahan Sekseyn 11(3) bahawa hasil siasatan awam dibentangkan sebagai laporan di Dewan Undangan Negeri dan usul kelulusan DUN perlu diadakan sebelum prosedur pengeluaran hutan simpanan kekal boleh diadakan. Begitu juga gantian tanah hutan simpan kekal hendaklah juga memenuhi kriteria keunikan biodiversiti hutan yang asal.
Sekseyn 15: Increase penalty dengan penelasan baru kurang daripaa lima meter padu dan lima meter padu atau lebih. Menaikan penalty bagi kesalahan mengambil mana-mana hasil hutan daripada simpanan kekal tanpa lessen. Alu-alukan klausa ini tetapi juga perlu memberikan tambahan peruntukan untuk teknologi baru drone, satellite mapping kepada pegawai-pegawai perhutanan untuk kawalselia terhadap hutan kita.
Sekseyn 104 ada dua presumption (anggapan) yang baru iaitu peralatan serta orang yang dijumpai bersebelahan dengan suatu pengambilan hasil hutan tanpa lessen, peralatan serta orang tersebut dianggap mengambil hasil hutan. Dua presumption ini akan menguatkan usaha penguatkuasaan terhadap aktiviti pembalakan haram.
Baru-baru ini telah berlaku banjir besar di Baling, Kedah. Telah dibongkarkan bahawa Environment Impact Assessment diluluskan untuk Hutang Simpan Gunung Inas diluluskan untuk forest farming tetapi on the ground menjadi musang king durian plantation. EIA diluluskan untuk pembalakan dan forest farming for timber trees dan cloned rubber trees tetapi on the ground ditukar menjadi Musa King duriang trees project. Musang King durian trees tidak pernah disenaraikan sebagi program Forest Estate Development dan bukan jenis spesies pokok yang diluluskan penanaman semula untuk ladang hutan Jabatan Perhutanan.
Itu satu bukti bahawa prosedur pembukaan hutan yang melanggari undang-undang. Saya meminta Kerajaan mengadakan Siasatan Suruhajaya terhadap pencabulan ini dan membawa mereka yang salah ke muka pengadilan. Satu kertas putih perlu dibentangkan di Parlimen. Banjir lumpur yan membawa 3 kematian pada 4 Julai dan melebihi 1000 penduduk terpaksa dipindahkan dan juga melebihi 20,000 penduduk kampung berdekatan yang terancam. Malapetaka banjir lumpur di Baling bukan berlaku semulajadi dan kesannya juga di Pulau Pinang di mana banjir bersama lumpur telah sampai ke Sungai Muda di sempadan Kedah-Pulau Pinang. Ini menyebabkan Loji Rawatan Sungai Dua di Pulau Pinang terpaksa ditutup dan bekalan air bersih ke puluhan ribuan isi-rumah di Pulau Pinang terjejas selama beberapa hari.
Apa terjadi dengan polisi moratorium untuk forest plantations yang baru di hutan simpan kekal di Semenajung Malaysia?
Dasar Perhutanan Malaysia 2021 menetapkan pengekalan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara sebagai hutan dan litupan pokok. Walaupun nampaknya cantik atas kertas, tetapi dalam realiti pembalakan dan perlombongan yang tidak terkawal serta pembersihan hutan dengan penanaman semula forest plantation adalah cabaran ke atas pelaksanaan Dasar Perhutanan Malaysia.
Akhir sekali, saya meminta Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri untuk bergembleng tenanga untuk agenda penghijauan. Apakah status permohonan Forest Research Institute of Malaysia (FRIM) sebagai UNESCO Natural Heritage Site? Bukit Bendera telah mendapat anugerah UNESCO Biosphere Reserve pada tahun 2021 dan apakah usaha tambahan Kerajaan untuk pemuliharaan natural heritage site dan Biosphere Reserve yang lain?