Skip to content

Ucapan Perbahasan sempena Pembentangan Bajet 2015 Negeri Johor oleh ADUN Jementah Tan Chen Choon

Yang Berhormat Tan Sri Speaker

Terima kasih kerana memberi peluang kepada Jementah untuk berbahas pembentangan Bajet 2015 Negeri Johor.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

A.Merapatkan Jurang Keberadaan Antara Yang Kaya Dengan Miskin

Dalam ucapan Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, beliau telah menyentuh isu berkenaan dengan jurang keberadaan antara yang kaya dengan miskin semakin lebar. Maka kerajaan Negeri dalam Bajet tahun depan telah merancang untuk “Membangunkan Johor Secara Inklusif “ dengan memperbaiki dan mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi dan kehidupan bagi pihak yang tidak berada agar kesejahteraan hidup rakyat Johor yang lebih adil, saksama dan menyeluruh dapat dicapai. Jementah berpendapat walaupun Bajet ini telah merangka perancangan dan strategik-strategik yang agak teliti dan komprehensif. Tetapi Jementah ingin menyampaikan juga beberapa pandangan agar kerajaan dapat mempertimbangkan kebolehlaksanaannya.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Jurang keberadaan antara yang kaya dan msikin adalah satu fenomena ekonomi yang ketara belaku di banyak negara, termasuk negara-negara maju. Pakar ekonomi dari Itali yang bernama Pareto telah merumuskan satu teori bahawa satu fenomena ekonomi negara dimana jumlah 80% kekayaan atau sumber negara akan dikuasai oleh jumlah 20% rakyatnya dan baki 20%-nya akan dinikmati oleh 80% rakyat yang lain. Teori ini bermaksud pengagihan kekayaan dan sumber negara, atau erti kata yang lain, perbezaan pendapatan rakyat yang tidak seimbang, dan kebanyakan rakyat iaitu lebih kurang 80% adalah daripada golongan tahap pendapatan sederhana dan pendapatan rendah.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Fenomena ekonomi sebegini juga wujud di negara kita. Menurut laporan data Model Ekonomi Baru (NEM), 80% pendapatan isi keluarga di negara kita adalah kurang daripada RM5000 sebulan, di mana 40% daripadanya adalah kurang daripada RM2000 sebulan, ( = 40% di antara RM2000 hingga RM5000 ) dan 78.6% daripada pencarum KWSP, pendapatan isi keluarga mereka adalah kurang daripada RM3000 sebulan. Manakala menurut laporan pencapaian kerajaan Negeri Johor dalam prestasi ekonomi menunjukkan bahawa purata gaji bulanan rakyat Johor hanya meningkat sebanyak 3.7% iaitu daripada RM1952 pada tahun 2012 ke RM2025 pada tahun 2013. Jika membuat perbandingan ke atas angka-angka ini, ia menunjukkan bahawa majoriti besar rakyat Johor adalah golongan pendapatan rendah dan penerima BR1M.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Kerajaan bertanggungjawab dan memainkan peranan yang penting untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bagi mengurangkan tanggungan kos kehidupan mereka yang semakin meningkat. Akan tetapi, adalah tidak realistik sekiranya kerajaan Negeri berpendapat masalah kos tanggungan kehidupan rakyat yang semakin meningkat ini dapat diselesaikan dengan memberi bantuan kewangan sahaja. Kaedah sebegini mungkin hanya sedikit sebanyak meringankan beban rakyat dalam jangka masa pendek, tetapi ia tidak dapat menyelesaikan isu tanggungan kos kehidupan golongan berpendapatan rendah dalam jangka masa yang panjang.

Justeru itu, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan diberi mandat oleh rakyat dan berhasrat untuk “Membangunkan Negeri Johor Secara Inklusif “ kerajaan negeri harus merangka polisi yang berefektif bagi membantu rakyat meningkatkan pendapatan mereka dan mengurangkan kos kehidupan rakyat. Dalam perspektif ini, Jementah ingin mencadangkan kepada kerajaan Negeri beberapa cadangan iaitu :-

  1. Memperkasakan sistem infrastruktur pengangkutan awam khususnya perhubungan sistem keretapi yang ada sekarang di antara bandar-bandar utama di negeri Johor, dan juga mengaji kesesuaian untuk membina keretapi MRT atau Monorail di pusat bandaraya seperti di JB yang sedang pesat membangun. Selain daripada itu, peningkatan accessible perkhidmatan bas awam di antara luar bandar dan bandar dan juga antara kawasan perumahan dan kawasan perindustrian. Jementah berpendapat peningkatan sistem infrastruktur pengangkutan awam akan dapat mengurangkan penggunaan dan pembelian kenderaan-kenderaan, dan Jementah percaya ini akan dapat mengurangkan pengagihan pendapatan rakyat ke atas pembayaran balik pinjaman bank dan justeru itu mempunyai status kewangan yang lebih kukuh dengan lebihan pendapatan agihan.
  2. Mempergiatkan lagi program tansformasi ekonomi daripada low-end industri ekonomi kepada value-added ekonomi atau juga dikenali sebagai knowledge based ekonomi seperti membangunkan industri bio-teknologi, industri sophisticated engineering related dan sebagainya di mana pekerja-pekerjanya mempunyai pendapatan yang lebih tinggi.
  3. Mengurangkan rasuah dan ketirisan seperti yang didedahkan setiap tahun dalam laporan ketua audit negara dengan projek-projek kerajaan diberikan kepada kontraktor-kontraktor dengan tender secara terbuka.
  4. Negeri Johor yang kaya dengan warisan dan sejarahnya sejak tahun 1511 seharusnya yang banyak boleh dibangunkan untuk menjadi daya tarikan tempat pelancongan yang berkebuyaan dan bersejarah bagi menarik pelancong-pelancong asing. Dengan ini, ia akan dapat membangunkan sektor-sektor yang berkaitan dengan industri pelancongan. Dengan ini, ia akan menambah peluang pekerjaan dan pendapatan tambahan kepada rakyat tempatan yang menceburi diri dalam industri pelancongan.

B.Loji Janakuasa Tenaga Nuklear Akan Dibina Di Johor ?

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Pada awal bulan Ogos 2014 yang lalu, Menteri di bawah Jabatan Menteri Datuk Mah Siew Keong telah membuat kenyataan bahawa satu penggubalan berkenaan rang undang-undang Kawal Selia Teanga Atom sedang berada di peringkat draf dan mungkin akan dibentangkan di Parlimen pada sesi Parlimen hujung tahun ini. Dan lebih awal lagi pada Julai lalu, beliau juga menyatakan bahawa Kerajaan Pusat sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan berhubung cadangan membina loji janakuasa tenaga nuklear dalam tempoh 10 tahun. Kajian komprehensif itu merangkumi aspek penerimaan masyarakat, input daripada pakar dan pertubuhan bukan kerajaan itu akan dibentangkan kepada kabinet selepas laporan berkenaan siap disediakan .

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Walaupun Ketua Pengarah Agensi Nuklear ( Malaysia Nuclear Power Corporation ) pernah menyatakan bahawa pembinaan loji janakuasa tenaga nuklear telah ditangguhkan. Akan tetapi, Kenyataan Menteri seolah-olahnya menunujukkan niat dan memberi satu gambaran kepada orang awam bahawa Kerajaan telah bersedia untuk melaksanakan rancangan membina loji janakuasa tenaga nuklear yang memakan perbelanjaan sebanyak 21.3 billion ringgit di mana ia telah diumumkan oleh Kerajaan Pusat pada bulan Jun 2010 sebagai satu titik permulaan perlaksanaan Program Transformasi Ekomomi ( Economic Transformation Programme ) Pada masa itu, telah dilaporkan juga bahawa tujuh lokasi akan dipertimbangkan untuk pembinaan loji janakuasa tenaga nuklear iaitu satu di Kedah, dua di Perak, Terengganu dan Johor masing-masing menjelang tahun 2021 dan 2022.

Yang berhormat Tan Sri Speaker,

Adalah didapati juga ada ahli-ahli akademik daripada Universiti di Negeri Johor telah menjalankan kajian terhadap kesesuaian lokasi-lokasi bagi pembinaan loji janakuasa tenaga nuklear di negeri Johor pada tahun 2012.

Yang berhormat Tan Sri Speaker,

Dunia telah menyaksikan krisis melanda beberapa loji janakuasa tenga nuklear, termasuk insiden letupan dan kebocoran seperti yang berlaku di Marcoule, Perancis, Ukraine dan Fukushima di Jepun pada tahun 2011. Insiden letupan dan kebocoran ini telah membangkitkan banyak persoalan terhadap keselamatan penjanakuasaan tenaga nuklear. Adakah negara kita berkemampuan untuk menangani krisis letupan atau kebocoran yang tidak berbau ini sedangkan rakyat kita sendiri menyaksikan banyak peristiwa tragedi akibat kecuaian dan kelalaian dalam projek pembinaan, contohnya runtuhan bumbung stadium,siling hospital, lebuh raya, kemalangan tapak projek Mass Rapid Transit (MRT), yang mana runtuhan landasan konkrit MRT meragut tiga nyawa pekerja.

Yang berhormat Tan Sri Speaker,

Perubahan iklim yang tidak menentu telah membawa banyak bencana kepada manusia. Baru-baru ini rakyat kita menyaksikan kejadian tornado ( puting beliung ) di negeri Johor dan negeri Kedah yang kita tidak pernah mengalami sebelum ini. Tetapi, kini ia telah berlaku. Jementah sendiri nampak banyak kerosakan yang parah berlaku semasa puting berliung berlaku di Segamat pada bulan Ogos yang lalu, rumah-rumah dimusnahkan dengan teruk, pokok yang berumur lebih daripada 80 tahun dicabut oleh puting beliung. Cuba kita bayangkan apa akan berlaku jika Tornado melandai tapak loji janakuasa tenaga nuklear seperti apa yang telah berlaku semasa tsunami melandai Negara Jepun pada tahun 2011, di mana banyak loji janakuasa tenaga nuklear telah dirosakkan dan banyak penduduk-penduduk tempatan dicemari oleh radioaktif ? Mampukah negara kita menangani tragedi sebegini ?

Yang berhormat Tan Sri Speaker,

Setelah berlakunya tsunami yang mengakibatkan kerosakan yang teruk dan nyawa terkorban akibat kebocoran dan letupan loji janakuasa tenaga nuklear, banyak negara-negara maju, contohnya seperti negara Jerman telah bertekad untuk menghentikan semua operasi penjanaan dan penggunaan tenaga nuklear menjelang tahun 2022 dan digantikan dengan tenaga boleh diperbaharui.

Yang berhormat Tan Sri Speaker,

Oleh kerana negeri Johor mempunyai dua lokasi yang mungkin akan dibina loji janakuasa tenaga nuklear, dan memandangkan ketinggian risikonya dan banyak kekurangan kita dari segi aspek expert, pengetahuan dan teknikal dan paling utaman perubahan iklim yang mendadak, dan untuk kesejahteraan dan keamanan negeri Johor, Jementah menyeru Kerajaan Negeri dengan bidangkuasanya yang sedia ada dapat menegur kerajaan Pusat membatalkan sebarang rancangan pembinaan loji janakuasa tenaga nuklear di Negeri Johor jika ada cadangan daripada Kerajaan Pusat.

C.Dana Johor

Yang berhormat Tan Sri Speaker,

Jementah menyambut usaha baik kerajaan Negeri untuk mengurangkan kerugian pelabur-pelabur Dana Johor dengan Skim Tawaran Khas Penambahahbaikan Dana Johor, SDJ 1, dimana pelabur-pelabur dana dapat menjual balik dana kepada JCORP secara berperingkat dengan harga 1 ringgit.

Yang berhormat Tan Sri Speaker,

Jementah telah mendapat jawapan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkenaan dengan penstrukturan semula peringkat Keempat Skim Tawaran Khas tersebut dengan menawarkan pelabur-pelabur Dana Johor untuk memiliki unit-unit I-REIT yang masih menunggu kelulusan Suruhanjaya Sekuriti di mana ia akan menggantikan unit-unit pelabur Dana Johor. Soalan saya adalah apakah harga IPO ( Initial Public Offering ) unit I-REIT yang ditawarkan itu ? Adakah IPO-nya juga RM1 ringgit ? Jementah memohon satu jawapan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar

D.Kenaikan Cukai Harta

Yang berhormat Tan Sri Speaker,

Baru-baru ini, beberapa PBT telah mengumumkan kenaikan cukai harta mulai tahun depan. Jementah menerima banyak aduan penduduk-penduduk Daerah Segamat bahawa kenaikan cukai harta adalah amat mendadak, iaiatu daripada 25% hingga 150%. Ini adalah satu kenaikan yang amat tinggi. Walaupun kadar peratusan menurun, tetapi nilaian hartanah telah dinaikkan dalam lingkungan dariapda 50% hingga 300%. Jementah berpendapat bahawa kenaikan cukai harta pada masa sekarang adalah amat tidak adil kepada penduduk-penduduk tempatan kerana masa ini harga hartanah adalah amat tinggi.

Yang berhormat Tan Sri Speaker,

Menurut Seksyen 137(3) Akta Kerajaan Tempatan 1976, sebenarnya cukai harta boleh dikaji semula setiap 5 tahun. Jementah berpendapat kalau cukai harta dikaji semula setiap 5 tahun, kenaikan cukai harta tidak akan begitu tinggi dan lebih adil dan penduduk-penduduk pun sanggup terima kadar kenaikan itu.

Yang berhormat Tan Sri Speaker,

Khidupan rakyat sekarang tidak senang. Banyak harga barang telah naik manakala pendapatan rakyat tidak naik seberapa banyak. Walaupun harga minyak petroleum telah menurun ke paras lebih kurang 75 dollar, tetapi subsidi minyak petroleum tidak dikembalikan kepada rakyat kerana harga minyak petroleum tidak diturunkan. Tambahan pula, GST akan dilaksanakan tahun depan. Tanggungan dan bebanan rakyat amat berat. Oleh itu, Jementah berharap suara hati rakyat didengar dan kenaikan cukai harta mulai tahun depan di semua PBT ( Segamat, Muar, Pontian, Ledang, Batu Pahat ) dapat ditangguhkan perlaksanaannya mulai tahun depan oleh kerajaan Negeri agar kerajaan negeri dapat bersama-sama dengan rakyat untuk mengharungi masa yang susah ini.

E. Aduan Masalah Tempatan

1. Bantahan Penduduk-Penduduk Terhadap Pembinaan Kilang Memproses Buah Kelapa Sawit

Yang berhormat Tan Sri Speaker,

Jementah menyambut pembangunan tempatan yang membawa manfaat kepada peningkatan taraf dan kualiti kehidupan penduduk setempat. Tetapi pembangunan yang boleh mendatangkan masalah pencemaran alam sekitar seharusnya diberi perhatian yang sebaiknya oleh kerajaan Negeri dan PBT sebelum ia dilaksanakan.

Yang berhormat Tan Sri Speaker,

Penduduk-penduduk daripada kawasan Jementah dan Kebun Bahru telah menyampaikan bantahan yang kuat terhadap pembinaan sebuah kilang memproses buah kelapa sawit di kawasan persekitan Jementah/Kebun Bahru. Oleh kerana jarak kilang yang berkenaan daripada Jementah tidak lebih daripada 1km dan juga amat berdekatan dengan loji rawatan air SAJ Jementah, malahan Jabatan Alam Sekitar Negeri sehingga kini belum mengemukakan sebarang laporan DEIA ( Detailed Environmental Investigation Assesment ) berkenaan dengan pembinaan kilang itu, justeru itu penduduk-penduduk tempatan amat risau dengan sistem pembuangan sisa-sisa pemprosesan buah kelapa sawit yang akan membawa kesan yang egative kepada kualiti udara dan bekalan air dan kesihatan mereka terjejas.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Jementah telah menanya kepada Kerajaan Negeri Johor berkenaan dengan isu ini dan telah diberi jawapan oleh YB Exco Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Kepengunaan bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah mengadakan kelulusan kepada pembinaan kilang di kawasan yang tersebut. YB Exco juga menyatakan dalam jawapannya kepada Jementah bahawa pihak Kerajaan akan sentiasa memastikan agar semua projek pembangunan dalam negeri mematuhi ketetapan perancangan dan pemeliharaan alam sekitar. Selain daripada itu, pihak Majlis Daerah Tangkak juga teleh mengeluarkan Notis Menghentikan Pemajuan Dalam Hal Pemajuan Tanpa Kebenaran Merancang kepada pemaju projek itu.

Akan tetapi, baru-baru ini Jementah telah menerima maklumbalas daripada penduduk-penduduk tempatan dan Jementah telah melawat tempat yang diperkatakan adalah tapak pembinaan kilang tetrsebut, Jementah mendapati bahawa banyak lori dan jentera-jentera pembinaan masuk keluar di kawasan itu dan sekarang boleh nampak struktur luaran bangunan kilang ini telah disiapbina.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Adakah ini menunjukkan bahawa pemaju projek yang berkenaan sedang berusaha untuk memajukan projek pembinaan kilang tersebut secara senyap-sunyi ? Oleh yang demikian, Jementah mempercayai pemaju projek tersebut ada sokongan daripada politikus yang berpengaruh kuat, sekiranya tidak, pemaju yang berkenaan tidak berani untuk menjalankan projek pembinaan kilang tersebut secara senyap-sunyi.

Persoalannya sekarang adalah, sama ada oleh kerana tekanan dairpada politikus yang berpengaruh kuat, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk U-turn bagi membenarkan pembinaan kilang tersebut dan mengabaikan hak penduduk-penduduk tempatan untuk mengadakan satu suasana kediaman yang berkualiti daripada pencemran alam sekitar ? Apakah pendirian Kerajaan terhadap isu ini ?

2. Bayaran Pampasan yang kurang memuaskan

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Segamat teleh dilandai oleh puting beliung pada bulan Ogos yang lalu. Banyak rumah, alat-alat elektrik dan perabot penduduk-penduduk telah dialami kerosakan. Jementah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berkeprihatinan dengan keadaan yang serius yang dihadapi oleh penduduk-penduduk, telah turun padang serta-merta untuk meninjau keadaan kerosakan yang dialami oleh penduduk-penduduk dan pihak JKM telah menghulurkan bantuan dengan bayaran pampasan kepada mangsa-mangsanya. Akan tetapi, Jementah juga menerima aduan penduduk daripada alamat No 108, Kampung Lubok Batu, Segamat yang kurang memuaskan dengan bantuan pampasan RM100 sahaja yang diberikan. Jementah telah menulis surat kepada JKM Segamat pada awal bulan Oktober untuk meminta JKM Segamat mengaji semula kesnya, tetapi Jementah dimaklumkan oleh penduduk itu bahawa beliau belum menerima sebarang maklumbalas daripada JKM Segamat. Justeru itu, Jementah memohon satu jawapan daripada JKM berkenaan dengan perkara ini.

3. Masalah Pengaliran tanah merah ke halaman rumah semasa hujan lebat

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Jementah telah menerima aduan daripada penduduk yang beralamat No 113, Lorong 8, Kg Baru Jementah berkenaan dengan masalah pengaliran tanah merah ke halaman rumah beliau semasa hujan lebat ekoran projek menaiktaraf jalan Tangkak-Segamat. Jementah telah menyampaikan aduan ini kepada JKR Segamat. Tetapi, maklumbalas daripada JKR Segamat menyatakan masalah ini hanya dapat diselesaikan selepas tamatnya projek menaiktaraf jalan di kawasan yang terimpak. Persoalannya bilakah projek ini akan disiapbina ? Memandangkan kemajuan projek itu, ia mungkin akan memakan masa satu tahun lagi. Oleh itu, penduduk itu ingin meminta keprihatinan pihak JKR untuk mengadakan tindakan susulan sementara atau temporaray measure untuk meringankan masalah yang dihadapinya. Jementah memohon jawapan sama ada ini dapat dilakukan oleh pihak JKR.

Rumusan

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Jementah berpendapat banyak lagi boleh dibuat oleh kerajaan Negeri dalam Bajet 2015, khususnya bagi mengurangkan perbezaaan pendapatan di antara rakyat negeri Johor. Pada pendapat Jementah, “ Membangunkan Johor Secara Inklusif “ juga harus termasuk mengambilkira pandangan-pandangan dan cadangan-cadangan yang bernas dan boleh direalisasikan dariapda pihak pembangkang untuk menjayakan negeri Johor dan menmesrakan dan mensejahterakan rakyat Johor tanpa terlalu mementingkan keuntungan dan calculative dari segi politik, Sebagai ahli pembangkang, apa yang baik kepada rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan Negeri, saya akan menyokong, yang tidak betul dan salah, Jementah akan terus menegur. Jementah akan terus memainkan peranan tugas sebagai satu ahli pembangkang yang peranannya check and balance kerajaan. Sekian, terima kasih.