Yang Berhormat Dato’ Speaker, selamat petang dan salam sejahtera .Penggaram ucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian berbahas berkenaan Bajet Negeri Johor 2015. Penggaram ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Menteri Besar kerana berjaya membentangkan Bajet dengan lebihan bagi Bajet Mengurus Tahun 2015 sebanyak RM 3.82 juta. Tema “Membangunkan Johor secara inklusif” dengan menggariskan Lima Strategi Utama yang akan didukung oleh pelbagai program dan inisiatif strategi.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker;
Untuk mengurangkan kemiskinan, Penggaram amat bersetuju bahawa kemiskinan tidak mungkin dapat dibasmi tanpa pendidikan. Selain daripada memastikan anak-anak golongan miskin dapat belajar dengan sempurna dan memberikan bantuan makanan sihat, namun bagaimana meningkatkan minat mereka untuk belajar juga merupakan satu perkara yang amat penting. Apakah langkah dan program telah atau akan diambil oleh kerajaan untuk menambah minat membaca, bertambah bijak dan kreatif dalam melakukan sesuatu, mempertingkatkan pemikiran serta kecergasan minda anak murid supaya mereka boleh menjadi efektif berfikir, dan juga memastikan mereka akan melanjut pelajaran mereka setelah tamat pelajaran mereka di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah. Hanya menjadikan rakyat kita sebagai insan yang berilmu, barulah mereka dapat mengejar kejayaan.
Menyediakan tempat berlindungan untuk membina keluarga yang kukuh
Berkaitan rapat dengan pembangunan pesat industry perumahan terutamanya di dalam wilayah iskandar adalah kesukaran rakyat johor terutamanya golongan pemuda kita untuk memiliki sebuah rumah, jangan cakap rumah idaman, setakat rumah ada bumbung di atas pun bukan senang.
Berdasarkan kepada maklumat yang dibekalkan terdapat sebanyak 47,367 permohonan yang diterima untuk rumah mampu milik. Ini pun tidak masuk lagi rumah rendah dan sederhana. Ini jelas mengambarkan betapa ramai orang yang perlukan rumah mampu milik.
Saya hanya rasa bimbang samada kerajaan mampu memuaskan permintaan kerana berdasarkan kepada ucapan YAB MB, jangkaan kerajaan adalah 8,900 unit akan dibina sehingga tahun 2015. Apa yang tidak diumumkan oleh MB adalah jumlah unit yang telah siap dibina dan kunci telah diserahkan kepada pembeli setakat tahun ini.
Saya juga berharap kerajaan boleh memberi pencerahan bagaimana kerajaan hendak mengurangkan masalah tunggakan ataupun “backlog” dengan izin kerana tentunya jumlah permohonan akan meningkat pada masa hadapan.
YB Tan Sri Speaker
Pembangunan pesat industry perumahan juga telah menyebabkan banyak kawasan bandar berkembang untuk memenuhi kehendak kehidupan penduduk setempat . Pembangunan yang disebutkan merangkumi pembangunan perumahan, perindustrian dan pembinaan infrastruktur. Bagaimana pun, kesan daripada pembangunan akan menjadi salah satu punca major yang mengakibatkan berlakunya banjir.
Sistem perparitan yang sedia ada tidak cukup besar dan perlu diperbaiki mengikut keadaan semasa ( selaras dengan pembangunan ketika itu ) dan pelan induk perancangan gunatanah.” Sistem saliran yang lama tidak mampu menampung isipadu air yang sebegitu banyak dan mengakibatkan air melimpah keluar. Inilah sebabnya banjir kilat berlaku selepas sekejap sahaja hujan turun. penggaram ingin mengetahui apakah langkah-langkah yang akan dijalankan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini, Khasnya di tempat kawasan kg. Merdeka, Tmn Setia Jaya dan Taman Indah, Batu Pahat.
YB Tan Sri Speaker,
Mewujudkan Johor yang Bersih dan Alam Sekitar Yang Lestari
Masalah sisa pepajal telah menjadi salah satu penghalangan untuk masyarakat Johor dalam menikmati kehidupan selesa dan berkualiti. Sisa pepajal terutamanya di kampong-kampung atau tanah persendirian tidak dikutip. Kemanakah sisa pepajal di tempat ini dibuang, adakah mereka akan membuang sisa pepajal di dalam sungai, di laut ataupun dibakar. Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah ini supaya menwujudkan Johor yang bersih dan Alam Sekitar yang Bestari.
Saya bersetuju dengan YAB MB bahawa kesedaran kebersihan seharusnya bermula dari awal. Cadangan untuk memberi peruntukan kepada sekolag-sekolah untuk aktiviti-aktiviti awareness amat bermakna. Saya juga bersetuju dengan Kukup bahawa tak kira dari pihak BN ataupun pakatan rakyat kita perlu bersanding bahu untuk menjaga kebersihan negeri kita. Di sini saya bercadang peruntukan juga diberi kepada semua Adun tanpa mengira parti untuk menjalankan aktiviti gotong-royong di dun masing-masing dengan kerjasama sepenuh daripada agensi-agensi kerajaan, kontrator yang terlibat dan pihak swasta bagi memastikan keazamnan YAB MB dalam menjadikan Johor negeri terbersih di Malaysia. Saya juga menyeru kepada YAB MB mencontohi teladan YAB MB Selangor memberikan No telefon bimbitnya kepada rakyat Johor untuk mengadu sekiranya sampah tidak dikutip.
Dalam Bajet 2015 mengatakan bahawa bagi memastikan alam sekitar terus lestari dan mampan, kerajaan akan memulakan pelaksanaan “water Blueprint” sungai Skudai. Di sini penggaram menyeru kerajaan Johor supaya mendapatkan peruntukan untuk menyelamatkan 8 batang sungai yang diumumkan sungai yang paling tercemar dan kotor di dalam negeri kita iaitu Sungai Air Baloi, Sungai Kempas, Sungai Sebulung, Sungai Buluh, Sungai Danga, Sungai Tukang Batu, Sungai Sengkuang dan Sungai Ayer Mereh.
Mendasarkan laporan Ketua Audit Negara tahunan 2012, pelaksanaan projek insinerator di Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Cameron highland dan Pahang adalah projek gagal. Penggaram berharap projek incinerator di Bukit Payung, Batu Pahat dan nuclear yang dirancang harus ditimbang semula. Projek Pengerang dan Pulau Ubah telah menjadi mangsa kepada projek pembangunan yang mengancam eco system dan alam sekitar. Saya ingin menyeru menghentikan apa-apa projek yang tidak memanfaatkan alam sekitar. “Green” Johor tidak harus hanya slogan sahaja.
YB Tan Sri Speaker;
Kemudahan pengangkutan awam adalah harta awam yang penting
Pengangkutan awam bertaraf akan memberi manfaat kepada semua orang, oleh demikian kemudahan dan operasi pengangkutan awam tidak seharusnya diswasta sepenuhnya.
Dari segi pembangunan dan kesejahteraan rakyat, kemudahan pengangkutan awam perlu disenggara dan diguna sebagai alat dasar yang meningkatan taraf kehidup semua orang.
Pengurusan pengangkutan awam perlu disusun semula kerana ciri-ciri dan pandangan tempatan memainkan peranan penting dalam reka bentuk rancangan pengangkutan awam.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula berperanan dalam melatih dan memberdayakan agensi-agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam kawalan pengangkutan awam.
Menurut akta kerajaan Tempatan (akta 171) pihak berkenaan tempatan diberdayakan di bawah seksyen 101(0) dan 102 (1) agar bertanggungjawab untuk perancangan dan kawalan pengangkutan.
System pengangkutan awam di bandar peringkat kedua
Dengan jaringan bandar semakin meluas di seluruh Negara, perkhidmatan pengangkutan awam yang hanya meliput pusat bandar saja tidak cukup,. Khususnya banyak kawasan perumahan baru terletak jauh dari pusat bandar dan kawasan baru berkepadatan rendah.
Walaupun kawasan perumahan itu berkemungkinan kawasan rumah kos rendah, penduduk-penduduk selalunya terpaksa membeli kereta persendirian dengan pinjaman bank kerana lazimnya kawasan baru tiada akses kepada perkhidmatan pengangkutan awam.
Di bandar-bandar Johor seperti Batu Pahat, Kluang, Muar, Kota tinggi, Kulai, pihak berkuasa harus menyediakan pengangkutan awan yang mempunyai rangkaian bas menyeluruh.
Penduduk-penduduk bandar peringkat kedua tidak sentiasa memerlukan perkhidmatan pengangkutan awam antara kota, oleh itu mereka memerlukan bas untuk pergi ke institusi awam seperti sekolah, hospital, balai polis, pejabat pos dan juga tempat bekerja mereka.
Dengan perkembangan semakin pesat di bandar peringkat kedua Johor, kesesakan lalulintas dijanka semakin teruk sekiranya tiada tindakan diambil segera.
Untuk perkhidmatan pengangkutan awam bandar peringkat kedua, syarikat bas atau pihak berkuasa tidak perlu menyediakan bas besar sebaliknya menyediakan bas mini yang dapat memasuki lorong dan jalan kecil agar dapat menawarkan perkhidmatan kepada penduduk kampong. Bas mini adalah satu pilihan untuk mengatasi masalah ini.
YB Tan Sri Speaker;
Di sini penggaram juga ingin mengutara beberapa isu di kawasan Penggaram
Banjir kilat di kawasan Bandar Penggaram
Banjir Kilat yang kian semakin sering berlaku terutama di bandar penggaram adalah hasil pembangunan yang tidak dirancang oleh kerajaan.
Banjir kilat telah melanda Tmn Emas sebanyak lima kali pada tahun ini iaitu pada bulan Mac, Ogos dan November. Bayangkan apakah perasaan kalau rumah kita pada pagi 10.30 dilanda banjir kilat dan sebelah petang dilanda banjir kilat lagi. Penggaram berasa kesal dan kecewa apabila banjir kilat yang berlaku pada hari Jumaat yang lalu di Taman Emas, saya dikepong oleh penduduk di sana dan diminta memanggil ahli majlis dan pihak JPS untuk menurun ke tempat kejadiaan , namun tiada seorang pun yang datang untuk memberi prihatin kepada mereka. Oleh itu untuk menwujudkan Ahli Majlis yang bertanggungjawab dan selalu prihatin kepada penduduk tempatan, pemulihan pilihanraya kerajaan tempatan amat diperlukan.
Sedangkan JKM tidak memberi bantuan kewangan untuk mangsa banjir kilat, disini saya meminta YAB MB memberi peruntukan kepada mereka atas kemanusia dan prihatin supaya dapat untuk mengganti rugi kerosakkan peralatan dan perabot.
Hujan merupakan fenomena alam yang berlaku secra semula jadi dan membawa rahmat kepada manusia, tetapi jika kita tidak mengambil langkah-langkah untuk memelihara kelangsungan alam serta tidak melakukan aktiviti pembangunan dengan terancang, maka masalah banjir kilat akan berterusan. Saya menyeru agar YAB MB menaikan kecekapan agensi kerajaan dalam menandatangani isu banjir kilat supaya mimpi ngeri tidak diwujud lagi.
Penggaram juga ingin mengetahui bahawa banyak kotak iklan banting telah dipasang di banyak jalan utama bandar Batu Pahat, adakah ini projek kerajaan tempatan ataupun swasta, apakah kegunaannya dan juga syarat-syarat yang ditetapkan.
YB Tan Sri Speaker;
Gunung Tahan sama didaki, Sungai Pahang sama direnang, Jikalau semua bersatu hati, kerja yang payah menjadi senang.
Sekian terima kasih.