Skip to content

Ucapan Perbahasan sempena Pembentangan Bajet 2015 Negeri Johor oleh ADUN Tangkak Ee Chin Li

Selamat petang dan salam sejahtera, Tangkak ingin mengucap terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri speaker kerana diberi peluang untuk berbahas berkenaan Bajet Negeri Johor 2015.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Terlebih dahulu Tangkak juga mengucapkan taniah kerana Negeri Johor dapat memperolehi sebanyak RM3.82 juta lebihan bagi Bajet Mengurus tahun 2015. Meningkat sebanyak RM1.7 juta berbanding dengan lebihan pada bajet tahun 2014.

Tetapi, kebanyakan anak bangsa Johor masih tidak dapat menikmati dan mendapat manfaat daripada lebihan bajet 2014 tersebut. Sebagai satu Kerajaan yang menyayangi rakyatnya, sepatutnya perlu menggunakan kekayaan negeri untuk menambah baik taraf kehidupan rakyat dengan bantuan dari pelbagai segi seperti bantuan kewangan, bantuan keperluan seharian, bantuan persekolahan dan bantuan komuniti. Dengan ini, Tangkak meminta supaya Kerajaan Negeri Johor boleh mengambil tumpuan untuk melaksanakan suatu skim perkongsian kekayaan negeri yang boleh meringankan bebanan rakyat.

Rakyat Johor sepatutnya berhidup dengan senang dan bahagia memandangkan Johor adalah sebuah negeri yang sangat bertuah kerana telah dikurnia dengan pelbagai hasil bumi dan berlokasi di tempat yang strategi oleh tuhan, negeri kita mempunyai tanah subur yang sesuai untuk pertanian, tempat-tempat menarik yang boleh dijadikan tempat tarikan pelancong, lapangan terbang dan pelabuhan Negeri Johor juga terletak diantara laluan perkapalan antarabangsa yang tersibuk di dunia. Kalau Kerajaan Negeri boleh mentadbir dengan baik, Tangkak percaya anak bangsa Johor tidak perlu bekerja di luar negeri dan juga luar negara.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Kerajaan Persekutuan telah memutuskan untuk melaksana Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) mulai bulan April 2015. Golonggan berpendapatan rendah dan pertengahan di Negeri Johor juga akan diserang oleh GST dan dijangka akan mengurangkan kuasa membeli mereka.

Jika kuasa pembelian telah kurang, ekonomi pasaran akan merosot, apakah rancangan dan langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Johor untuk mengatasi masalah ekonomi dan masalah yang membebankan rakyat ini?

Walaupun Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan akan menaikkan jumlah pemberian BR1M sebanyak RM300 kepada keluarga yang mempunyai pendapatan tidak melebihi RM4 ribu sebulan, tetapi bantuan tersebut masih tidak mencukupi bagi penerima BR1M untuk menghadapi inflasi yang semakin meningkat.

Sehingga hari ini, kami masih tidak nampak apa-apa tindakan daripada Kerajaan Negeri Johor yang akan menolong golonggan tersebut untuk mengatasi serangan GST.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Oleh kerana inflasi yang semakin meningkat, kos sara hidup rakyat juga semakin tinggi, tambah lagi kejatuhan harga hasil kelapa sawit dan getah, permohon bantuan kewangan bulanan kebajikan masyarakat juga bertambah banyak. Kami telah menerima banyak aduan tentang permohonan baru kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor mengambil masa yang begitu lama sampai ada permohonan yang telah menyerah borang selama 6 bulan tapi masih tidak dapat jawapan dari JKM Johor.

Golongan pemohon tersebut terdiri daripada penyakit-penyakit yang masih menerima rawatan perubatan, OKU dan warga emas sebatang kara, mereka adalah golonggan yang begitu susah dan berharap boleh mendapat bantuan kewangan secepat mungkin untuk meneruskan rawatan perubatan dan menampung kos kehidupan mereka.

Jawapan yang diperolehi daripada pegawai JKM tentang kelambatan proses permohonan adalah kerana JKM sibuk dengan kerja-kerja kemaskini keadaan penerima bantuan lama. Tangkak ingin menyeru JKM Johor supaya mempercepatkan proses meluluskan permohonan baru bagi golonggan yang telah disebut tadi.

Terdapat beberapa kecacatan dalam syarat JKM seperti bagi pemohon yang ada bekerja akan dapat bantuan kewangan yang lebih tinggi daripada pemohon yang tidak bekerja. Kami faham bahawa niat JKM ialah mahu menggalak penerima bantuan untuk mencari rezeki kehidupan, malangnya, bagi penerima yang cacat, yang lumpuh, yang tidak mampu bekerja, mereka tidak diberi bantuan yang lebih tinggi.

Kedua, salah satu syarat kelayakan menerima bantuan JKM adalah pendapatan isi keluarga yang melebihi RM720 sebulan tidak akan dapat bantuan, cuba bayangkan, pada zaman sekarang, walaupun pendapatan keluarga ada seribu ringgit pun tidak mencukupi untuk perbelanjaan.

Oleh itu, Tangkak ingin bercadang kepada Kerajaan supaya mengaji semula syarat-syarat JKM yang telah ketinggalan zaman bagi memudahkan pemohon yang berkeperluan.

Pekebun kelapa sawit dan getah juga memerlukan bantuan, RISDA telah melancarkan Bantuan Khas Akibat Kejatuhan Harga Getah (BKKH), masalah sama telah timbul, segolongan besar pemohon yang telah serah borang permohonan tidak dapat maklum balas daripada RISDA, apabila menghubungi RISDA daerah dan negeri, mereka diminta merujuk kepada Putrajaya.

Tetapi Putrajaya pula tidak menyediakan perkhidmatan menyemak keadaan permohonan, dengan ini, Tangkak berharap RISDA Johor boleh menolong pekebun dalam masalah ini.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Johor sebagai negeri kedua paling dikunjungi oleh pelancong antarabangsa di Malaysia, Kerajaan juga ingin menjadikan Johor sebagai Hub Pelancongan Wilayah Selatan, salah satu langkah yang penting untuk menjayakan impian ini adalah masalah keselamatan, rakyat sangat menghargai tindakan kerajaan dalam memasangkan kamera litar tertutup di kawasan bandar, ia telah berjaya mengawalkan kes jenayah di sesetempat, tetapi, kes jenayah bukan saja berlaku di kawasan bandar, kawasan luar bandar juga memerlukan CCTV.

Masalah masyarakat juga mengancam keadaan keselamatan negeri, seperti perjudian haram dan penyalahgunaan dadah. Kedua-dua masalah ini telah mencemari moral manusia dan membawakan kes-kes mencuri, merompak dan sebagainya.

Topik hanggat kebelakangan ini ialah perjudian haram termasuk mesin kuda. Kerajaan Negeri Johor telah mengambil keputusan supaya tidak mengeluarkan lesen baru kepada sektor hiburan kelurga dengan alasan lesen-lesen hiburan keluraga disalah guna oleh pemegang lesen yang tidak bertanggungjawab.

Tetapi, Tangkak rasa tindakan kerajaan tentang membekukan lesen baru hiburan keluarga adalah tidak adil kepada pemegang lesen yang tidak melanggar undang-undang. Di Negera kita ini memang pelik, apabila kemalangan jalan raya meningkat, unit penguatkuasa sibuk membawa pembaris untuk ukur no plat kereta, apabila muncur pusat perjudian haram, kesemua pusat hiburan pulak ditutup.

Selepas no plat kereta ditukar, selepas semua pusat hiburan ditutup, kemalangan jalan raya masih berlaku, Pusat Perjudian haram juga masih beroperasi dan masalah tidak diselesai. Sebenarnya, untuk menghapuskan pusat hiburan haram dengan lebih berkesan, pasukan penguatkuasa dan pihak berkenaan harus meningkatkan kerja-kerja pemantauan dan penguatkuasaan.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Mengikut laporan Dadah Kebangsaan pada tahun 2007, antara 172 hingga 250 juta penduduk dunia terlibat dengan ketagihan dadah, 51 juta orang daripada jumlah itu adalah remaja yang terlibat dengan pelbagai jenis dadah sintetik.

Menurut kenyataan Timbalan Yang Dipertua Pemadam Kebangsaan baru-baru ini, murid sekolah berusia antara 10 hingga 12 tahun dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah, usaha pencegahan dadah perlu dilaksanakan bermula daripada peringkat sekolah rendah. Oleh itu, Tangkak meminta Kerajaan Negeri Johor supaya bekerjasama dengan sekolah-sekolah di dalam negeri untuk mengatasi masalah ini.

Selain daripada keselamatan, cara mempromosi industri pelancongan negeri juga sangat penting. Nampaknya Kerajaan Negeri Johor cuma bertumpu dalam bidang eko pelancongan, taman-taman tema dan pusat beli-belah besar. Untuk maklumat sekalian, tren pelancongan sekarang adalah pelancongan budaya.

Taman-taman tema dan pusat beli-belah besar terdapat di mana-mana tempat seluruh dunia, pelancong tidak semestinya memilih Johor sebagai destinasi melancong mereka. Malaysia mempunyai kelebihan dengan suatu negara yang terdiri daripada berbilang kaum, berbilang bangsa dan berbilang bahasa.

Kepelbagaian budaya di Malaysia adalah satu tarikan yang besar kepada pelancong-pelancong dari luar negara, Kerajaan seharusnya mempromosikan kelebihan ini dan menyediakan suatu rancang pelancongan yang berlainan dengan negara lain seperti memberi peluang kepada pelancong untuk merasakan hidup tempatan.

Kerajaan telah merancakkan konsep homestay, tetapi, kami menyedari konsep ini tidak dipromosikan dengan baik. Jabatan Pelancongan perlu menberikan latihan kepada pemilik homestay bukan sahaja cara melayan pelancong, tetapi juga perlu memperkenalkan cara hidup setempat dan keistimewaan negeri kita.

Buku-buku panduan pelancong yang mempunyai informasi pelancongan yang lengkap termasuk penterjemahan nama tempat perlu disediakan. Kerana kami mendapati pelancong-pelancong yang tidak faham bahasa Malaysia selalu menghadapi masalah ketika mereka melancong ke sini. Tangkak juga menyeru Jabatan Pelancongan supaya menyediakan papan tanda dan keterangan dalam pelbagai bahasa.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Di kawasan utara Johor, Taman Negara Gunung Ledang ialah suatu tempat rekreasi bagi rakyat dan pelancong, menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Negeri Johor Siri 3, pengauditan yang telah dilaksanakan pada awal tahun ini mendapati bahawa kemasukan pelawat berdaftar melebihi jumlah yang ditetapkan terutamanya bagi pendaki harian dan pendaki bermalam, kemudahan yang telah dibina juga tidak disenggarakan. Ia telah membawakan kesan sampingan kepada alam sekitar seperti hakisan terhadap jalan denai, gangguan terhadap populasi binatang liar kesan daripada interaksi dengan manusia.

Apakah tindakan yang akan diambil oleh Perbadanan Taman Negara Johor termasuk menghukum pihak yang bertanggungjawab dan apakah kriteria yang telah diguna pakai oleh Perbadanan Taman Negara Johor semasa menetapkan bilangan kemasukan pelawat sebelum ini?

Untuk makluman dewan yang mulia ini, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah mengiktiraf kedudukan jawatan Ketua Pembangkang yang disandang oleh wakil Umno didalam dewan Negeri Selangor, dengan pelaksanaan Enakmen Ketua Pembangkang Negeri Selangor, Ketua Pembangkang Negeri Selangor akan menerima elaun tetap, elaun pemandu, elaun setiausaha kerja, kereta rasmi kerajaan dan elaun lain seperti seorang EXCO negeri. Selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang turut membuat keputusan memberi peruntukan tahunan kepada ADUN daripada parti Barisan Nasional. Bilakah Kerajaan Negeri Johor yang selalu berbangga dengan mempunyai Undang-Undang Tubuh Negeri yang pertama di Malaysia dan juga menjadi sebagai model bagi perlembagaan Negeri masing-masing hendak mengikut tindakan demikian.

Selain mengiktiraf jawatan Ketua Pembangkang dan memberi peruntukan tahunan ADUN pembangkang, Tangkak ingin bercadang kepada dewan yang mulia ini supaya menyediakan kemudahan jalur lebar tanpa wayar dalam Dewan Negeri Johor.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Sekarang adalah zaman teknologi, Kerajaan Negeri Johor juga melaksanakan pelbagai perkhidmatan atas talian sperti E-Aduan, E-Bayar dan E-Rumah, malangnya, Dewan Negeri Johor sehingga hari ini masih tidak mempunyai jalur lebar tanpa wayar percuma.

Dengan kemudahan ini, bukan saja boleh meningkatkan prestasi ahli-ahli dewan, kesemua anggota-anggota dalam bangunan Dewan Negeri termasuk wartawan juga boleh bekerja dengan lebih efektif.

Tangkak ingin mengambil peluang ini untuk membangkitkan beberapa isu tempatan yang dihadapi di kawasan Tangkak dan berharap agar masalah tersebut dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Sekarang sudah masuk musim hujan, kawasan Kampung Baru No. 2 Tangkak sering dilanda banjir kilat, walaupun kerja-kerja menaik-taraf perparitan dan longkang telah dilaksanakan di kawasan tersebut, tetapi masih berlaku banjir kilat yang mengakibatkan kerugian yang teruk kepada penghuni di kampung tersebut, Tangkak berharap agar kerajaan dapat memantau dan memastikan bahawa semua longkang monsoon di Tangkak telah disenggara dengan baik bagi mengelakkan tragedi banjir berlaku lagi.

Pada awal tahun ini, penghuni-penghuni di Kawasan Muar dan Ledang terpaksa mengguna dan meminum air masin dari pili air SAJ selama 2 minggu disebabkan berlaku pencemaran air di kawasan tersebut.

Walaupun aduan telah dibuat, tetapi, sehingga hari ini Pihak Syarikat Air Johor (SAJ) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) masih tidak memberi satu jawapan yang memuaskan kepada pengguna-pengguna yang terjejas.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Sejak bulan lalu, pengguna-pengguna di kawasan yang sama sekali lagi menghadapi masalah bekalan air kerana air yang dibekal oleh SAJ bukan air yang bersih, tetapi air kuning dan kotor, macam mana penghuni menggunakan air yang tidak bersih? Tangkak berharap SAJ dan SPAN boleh bertanggungjawab atas kedua-dua isu pencemaran air tersebut, dan ingin bertanya, adakah SAJ akan memberi rebat kepada pengguna-pengguna yang terjejas dan apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Johor terhadap SAJ yang telah gagal membekal air yang bersih kepada rakyat?

Jalan akses ke kawasan pekebun di Kampung Solok Tangkak sudah lama tidak disenggara, jalan batu yang berlobang-lobang di situ bukan saja membahayakan pekebun-pekebun yang menggunakan motosikal untuk bekerja di kebun, tetapi juga selalu mengakibatkan lori-lori yang mengangkut hasil kebun terbabas, terutama sewaktu hujan. Oleh kerana kejatuhan harga hasil bumi, pekebun tidak mampu lagi menanggung kos penyelanggaraan jalan, Tangkak berharap Kerajaan Negeri Johor boleh membantu untuk membaik pulih jalan tersebut.

Dalam sidang dewan yang lalu, YAB Menteri Besar telah berjanji akan mula membuat kajian bagi mengkaji kesesuaian pelaksanaan penyeragaman cuti mingguan di antara agensi kerajaan dan agensi swasta, Tangkak ingin tahu adakah kajian tersebut telah dijalankan, jika ya, apakah hasilnya? Adakah Kerajaan Negeri Johor akan mengadakan banci atas keputusan tersebut?

Akhirnya, Tangkak berharap cadangan dan komen tadi dapat dimanfaatkan oleh semua ahli-ahli dewan dan pemimpin-pemimpin kerajaan.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

Dengan itu saya ucap terima kasih.