Skip to content

UMNO berlagak tidak bersalah bahawa mereka tidak tahu apa kekecewaan Yang Dipertuan Agong terhadap perkembangan terbaru politik negara menunjukkan UMNO tidak lagi layak mentadbir Malaysia

Sekali lagi, UMNO telah menunjukkan mereka tidak lagi layak untuk mentadbir Malaysia apabila Naib Presiden Umno Khaled Nordin mengakui UMNO tidak tahu apa yang Agong kecewakan dengan perkembangan politik terkini negara. Khaled berkata bahawa Perdana Menteri sementara Ismail Sabri Yaakob akan menangani kebimbangan Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh beberapa hari akan datang. UMNO jelas berlagak tidak bersalah apabila mereka sendirilah menjadi punca kepada segala ketidakstabilan politik baru-baru ini.

Kerajaan UMNO tidak boleh diberi mandat untuk mentadbir negara apabila muslihat politik oleh pemimpin UMNO digunakan bagi mengadakan pilihan raya umum awal demi menyelamatkan diri daripada kes rasuah walaupun Malaysia berada di tengah-tengah musim tengkujuh dan krisis ekonomi. Tidak hairanlah kedudukan Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (TI-CPI) bagi Malaysia turun daripada No. 51 dalam Laporan TI-CPI 2019 dengan 53 mata berbanding kedudukan No. 62 sekarang dengan hanya 48 mata dalam Laporan 2021 terkini. UMNO jelas mahukan pilihan raya segera sekarang untuk mengelakkan kejatuhan lagi dalam kedudukan TI-CPI 2022 yang akan dikeluarkan tahun depan.

Pelabur kewangan asing tidak yakin dengan keputusan kerajaan UMNO yang mengadakan pilihan raya umum semasa kemungkinan banjir teruk adalah perlu untuk kestabilan politik di negara ini. Tidak ada perancangan untuk menangani beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat dan perniagaan yang menghadapi peningkatan kos sara hidup yang dikaitkan dengan kenaikan harga, penyusutan nilai ringgit, kenaikan kadar faedah, kenaikan rendah gaji sebenar yang tidak dapat menampung inflasi dan kekurangan tenaga kerja asing yang teruk.

Ringgit Jatuh Ke RM4.67 Berbanding Dolar AS, Paras Terendah Dalam 24 Tahun

Ringgit telah menyusut sebanyak 0.5% hari ini berbanding dolar AS ke RM4.67 paras terendah terbaru dalam 24 tahun, sambil berlegar-legar di paras terendah dalam sejarah RM3.26 kepada dolar Singapura dan terus merosot berbanding rupiah Indonesia sebanyak lebih daripada 4%. Seperti ringgit yang lemah, pasaran saham juga tidak menunjukkan keyakinan terhadap pilihan raya mengejut hanya tiga hari selepas Belanjawan 2023 dibentangkan di Parlimen, yang mungkin menyebabkan negara tidak ada sebarang Belanjawan 2023 menjelang akhir tahun ini.

Kerajaan yang menghina demokrasi dan masyarakat India, institusi Parlimen, proses belanjawan yang sepatutnya mengutamakan keperluan rakyat berbanding kepentingan politik sendiri orang kuat UMNO dan sanggup mempertaruhkan nyawa dan harta benda di musim banjir haruslah ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Jelas sekali mengadakan pilihan raya di tengah-tengah sambut Deepavali, yang pertama kali terjadi dalam mana-mana perayaan etnik utama sejak Merdeka, adalah sangat tidak menghormati masyarakat India.

Memandangkan Ismail Sabri enggan mendengar nasihat pakar Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk tidak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 tahun ini, beliau mungkin boleh memansuhkan jabatan ini. Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MetMalaysia, Dr Mohd Hashim Mohd Anip mencadangkan supaya pilihan raya umum tidak diadakan tahun ini, daripada sudut pandangan komuniti pengurusan bencana, kerana akan terdapat banyak lokasi di seluruh Malaysia yang akan menghadapi banjir. Ismail dan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kehilangan nyawa dan harta benda kerana gagal dalam tanggungjawab utama mereka untuk memberi tumpuan khusus kepada pengurusan bencana banjir.