Dalam tempoh masa satu minggu yang lepas, percakapan perhimpunan agung UMNO dan tingkah laku ketua pambangkang Selangor telah jelas menonjolkan bahawa UMNO semata-mata sebuah parti yang menjaga kepentingan diri sendiri.
Dalam ucapan presidennya, merangkap Perdana Menteri, Najib Razak menyatakan bahawa pengekalan Akta Hasutan tidak akan mendatangkan perlindungan kepada UMNO. Ini membuktikan bahwasanya hasrat utama dan hala tuju parti pemerintah tersebut tidak lain daripada menyalah-gunakan kuasa dan institusi pemerintahan untuk membela parti, dan bukannya menambah-baikkan kehidupan rakyat Malaysia jelata.
Kepentingan, perlindungan atau penindasan mana-mana parti politik semestinya tidak wujud dalam proses pertimbangan, sama ada utk mengekalkan atau memansuhkan mana-mana satu undang-undang.
Satu-satunya pertimbangan yang diperlukan dan diwajibkan, adalah sama ada undang undang itu wujud demi kebaikan rakyat dan selaras dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat.
Tambahan lagi, Najib yang menonjolkan diri sebagai seorang pemimpin yang utuh dalam parti; menawarkan persepsi pejuang agenda transformasi, moderate sejak suatu ketika dahulu, pemungkiran janji untuk memansuhkan akta hasutan dalam perhimpunan agung ini telah membuktikan bahawa persepsi itu kekal persepsi semata-mata, hakikatnya jauh daripada persepsi tersebut. Beliau tetap dipaksa tunduk kepada golongan konservatif yang sanggup memungkirkan janji pilihanraya parti mereka sendiri.
Satu lagi petunjuk bahawasanya UMNO adalah parti yang berketandusan integriti dan maruah, adalah keputusan UMNO Selangor untuk menerima manfaat elaun dan kereta rasmi yang dibekalkan kepada pemegang jawatan Ketua Pembangkang secara individu, tetapi rombongan ADUN nya menolak peruntukkan RM200ribu setahun, yang disalurkan demi kepentingan rakyat. Inilah satu lagi bukti bahawasanya UMNO tidak peduli kepentingan rakyat; hanya jaga parti dan sendiri.
Dalam suasana ekonomi semasa yang begitu genting dan tidak menentu, Rakyat Malaysia memerlukan satu parti pemerintahan berjiwa rakyat yang sanggup berjuang demi rakyat, dan bukannya semata- mata menjaga kepentingan parti dan sendiri.
Memandangkan hakikat ini,tidak hairanlah, kerajaan UMNO sanggup memungkhiri janji, dan mengkhianati slogan pilihanraya mereka sendiri, iaitu Janji ditepati, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Hakikatnya, tingkah laku UMNO lebih selaras dengan; Janji UMNO janji dimungkiri, Asalkan kocek aku dan UMNO dilindungi, kebajikan Rakyat ushalah peduli.