Skip to content

Undilah calon yang berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang

DAP menggesa pengundi Melaka untuk keluar mengundi calon yang berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang. Kerajaan negeri baru dan kerajaan negeri yang dipilih mestilah bersikap inklusif dan bukannya diskriminasi.

Kerajaan BN Melaka telah menunjukkan bahawa ia adalah kerajaan yang memecah belah serta mengamalkan dasar yang memihak kepada kroni dengan mengorbankan rakyat. Konsep Keluarga Malaysia Perdana Menteri Ismail Sabri tidak boleh menjadi sekadar kata-kata semata-mata tetapi mesti diikuti dengan tindakan dan dasar yang mewakili semua rakyat Malaysia.

Malangnya, sukar bagi Ismail untuk menasihati Kerajaan Negeri Melaka untuk menjadi wakil kepada semua komuniti apabila Belanjawan 2022 beliau jelas dan terang tidak adil kepada komuniti bukan Melayu. DAP tidak menentang sebarang peruntukan yang diberikan kepada bukan Bumiputera atau rakyat Malaysia tetapi menentang peruntukan Belanjawan yang menyedihkan yang diberikan kepada bukan Bumiputera yang berjumlah kurang daripada 0.1% daripada Belanjawan terbesar dalam sejarah sebanyak RM331 bilion.

Bagi bukan Melayu yang merupakan 30% daripada jumlah penduduk, tapi hanya menerima 0.1% daripada peruntukan Belanjawan telah menimbulkan rasa tidak senang dan tidak puas hati termasuk di kalangan orang Melayu dan Bumiputera. Jika dilihat daripada sudut lain, kerajaan telah mengumumkan peruntukan Belanjawan 2022 untuk komuniti Bumiputera sebanyak RM11.4 bilion, dengan komuniti bukan Bumiputera menerima kira-kira RM300 juta. Ini menjadikan kira-kira RM577 bagi setiap seorang Bumiputera, RM75 bagi setiap seorang kaum India dan RM15 bagi setiap seorang kaum Cina. Adakah ini keadilan dan kesaksamaan dalam Kerajaan dan Keluarga Malaysia Ismail?

Pengundi Melaka harus mengambil peluang ini untuk menolak calon BN atau PN yang mengamalkan agenda politik ekstremis dan menyokong calon yang ingin mewakili dan bekerja untuk semua kaum dan agama.

Anthony Loke Akan Menjadi Pengarah Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP Bagi Pilihan Raya Negeri Melaka.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Loke Siew Fook akan menjadi Pengarah CEC DAP bagi pilihan raya negeri Melaka pada 20 November 2021. Pengarah pilihan raya DAP Melaka pula adalah Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong. DAP akan meletakkan 8 calon seperti berikut, (penyandang jika tidak dinyatakan sebaliknya):-

N07 Gadek – G Saminathan
N15 Pengkalan Batu – Muhamad Danish Zainudin (calon baru)
N16 Ayer Keroh – Kerk Chee Yee
N19 Kesidang – Allex Seah Shoo Chin
N20 Kota Laksamana – Low Chee Leong
N21 Duyong – Damian Yeo Shen Li
N22 Bandar Hilir – Ms Leng Chau Yen (calon baru)
N24 Bemban – Tey Kok Kiew