Saya amat berbesar hati untuk berada di sini pada hari ini untuk merasmikan “Kad Prestasi Hijau” yang membentangkan pencapaian Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sepanjang lima tahun ini.
Wawasan kami adalah untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang antarabangsa dan pintar – yang mendidik dan memupuk bakat; yang menggalakkan dan memberi ganjaran ketekunan, kepakaran dan keusahawanan; yang sesuai didiami oleh bersih, hijau, selamat dan sihat; serta mengamalkan pentadbiran yang berasaskan integrity, keadilan serta berteraskan rakyat.
Semasa kami mengambill alih Kerajaan Negeri lima tahun yang lalu, kami menyedari kepentingan menyertai arah aliran global dan usaha dalam menjadikan masyarakat kita lebih bersih dan hijau, selain daripada industri pembuatan hab, Pulau Pinang mesti mengubah semula diri kita sebagai sebuah negeri hijau bahawa kita boleh meningkatkan kesesuaian untuk didiami dan mutu kehidupan.
Pulau Pinang telah menjadi negeri yang pertama dalam sejarah Malaysia untuk melancarkan satu kempen secara seluruh negeri untuk megurangkan penggunaan beg plastik. Pada 1 Januari 2011, Pulau Pinang melancarkan “Setiap Hari Tanpa Beg Plastik Percuma”. Setiap individu kini boleh menyumbang ke arah mengurangkan kesan tapak kaki karbon mereka supaya kita dapat memelihara alam sekitar kita untuk generasi yang akan datang.
Initiatif ini telah dicontohi oleh Kerajaan Persekutuan, di man setiap hari Ahad adalah tanpa beg plastik di seluruh negara. Kami menghadapi serangan yang amat besar dari orang yang tidak sanggup berputus-asa tabiat untuk mengambil beg plastik percuma dan sudah tentu, pegeluar plastik. Ini bukan satu keputusan yang popular, tetapi kami sanggup hilang popularity kami dan bukannya hilang generasi yang akan datang.
Dalam usaha mempromosikan Sisa Sifar (Zero Waste), Pulau Pinang telah mengharamkan penggunaan kotak dan pinggan mangkuk polistrena dalam semua majlis rasmi negeri pada tahun 2009. Pada tahun 2011, Pulau Pinang telah mencapai sasaran kitar semula sebanyak 24% sedangkan sasaran Negara Malaysia adalah 20% pada 2020. Ini bermakna kita adalah sembilan tahun lebih awal daripada masa melalui usaha bersepadu antara individu,masyarakat, dan pihak berkuasa yang terlibat dalam 3R (Kurangkan, Guna Semula, dan Kitar Semula) serta kompos. Kami berhasrat untuk mencapai sasaran kitar semula sebanyak 49% menjelang tahun 2018.
Kain rentang (banners) terpakai dikutip dan dijadikan beg membeli-belah. Kerajaan negeri juga bekerjasama dengan sektor swasta dengan memulakan kitar semula bahan sisa makanan di pasar Bagan Ajam dan Bayan Baru. Orang awam yang menyertai rumah terbuka semasa musim perayaan juga digalakkan supaya membawa bekas makanan sendiri.
Pulau Pinang juga merupakan negeri pertama yang memberi insentif kepada pemaju-pemaju yang disahkan oleh Indeks Bangunan Hijau (GBI). Kami berharap bahawa semua projek-projek pembangunan yang akan datang juga akan memenuhi keperluan GBI. Sungai kita yang pernah menjadi sungai yang paling tercemar di negara ini, tetapi kita berjaya untuk mentransformasikan Sungai Pinang dan Sungai Juru dari Kelas V ke Kelas III.
Pada 1 April 2012, kilang getah terakhir yang tertinggal di pulau – Lee Rubber Co Pte Ltd di Paya Terubong – yang merupakan kilang getah terbesar di Malaysia telah ditutup pada 1 April 2012 selepas beroperasi selama 50 tahun. Penduduk-penduduk di sekeliling Paya Terubong telah membuat aduan mengenai masalah bau yang dikeluarkan oleh kilang getah sejak 25 tahun yang lalu tetapi tidak ada tindakan yang diambil oleh kerjaan yang sebelumnya.
Dalam usaha untuk mempromosikan dasar hijau kami dan memudahkan semua initiative hijau yang selanjutnya di Pulau Pinang, kami telah menubuhkan Penang Green Council (PGC) pada tahun 2011. PGC bertujuan untuk membolehkan, memperkasa dan memperkayakan semua pihak yang berkepentingan untuk mengamalkan pembangunan mampan yang melindungi alam sekitar dan mutu kehidupan. Di Malaysia, hanya Pulau Pinang mempunyai satu set skim insentif yang didorong oleh kerajaan yang menyediakan platform kepada sekolah-sekolah, perniagaan, atau sektor swasta yang benar-benar menggalakkan kehidupan mampan untuk mempamerkan produk, perkhidmatan, dan teknologi, serta pendidikan dari rumah ke rumah untuk masyarakat.
Dalam mewujudkan persekitaran rendah karbon yang mampan, Kerajaan Negeri telah menawarkan perkhidmatan bas percuma CAT dalam kawasan warisan George Town dengan kos RM50,000.00 sebulan. Selain daripada itu, kami juga menyediakan perkhidmatan Bridge Express Shuttle Transit (BEST) yang merupakan perkhidmatan shuttle secara percuma ulang-alik ke dan dari Seberang Perai, Kawasan Perindustrian Bebas Bayan Lepas dan Balik Pulau. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM184,800 sebulan dan ini melibatkan sebanyak 20 buah bas Rapid Penang.
Kita juga memohon untuk mengambil di luar kotak pemikiran ini ke hadapan dengan menawarkan Rapid Penang RM10 juta setiap tahun untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma di seluruh Pulau Pinang pada waktu puncak tetapi telah ditolak oleh Kerajaan Persekutuan. Pada 11 Dis 2011, Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah melancarkan Hari Tanpa Kereta di George Town. Kerajaan negeri juga sedang berusaha menjadikan Pulau Pinang negeri basikal pertama di Malaysia dengan menyediakan laluan basikal sepanjang 200 km di bahagian pulau dan seberang perai, 120 km adalah di bahagian pulau.
Bagi usaha-usaha hijau, pada tahun 2012, Pulau Pinang telah dicalonkan sebagai bandar kecil untuk menyertai The Climate and Clean Air Coalition to Reduce Short- Lived Cilmate Pollutants (CCAC), satu inisiatif alam sekitar sejajar dengan Program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kami masih dalam langkah bayi kerana pelbagai aspek polisi alam sekitar adalah prerogatif Kerajaan Persekutuan seperti tenaga boleh diperbaharui. Justeru, kami berharap bahawa kami berupaya untuk merumuskan dan melaksanakan lebih banyak polisi, undang-undang dan peraturan-peraturan yang akan membawa manfaat yang lebih banyak kepada alam sekitar kita dan rakyat di Putrajaya.
Kami mengetahui untuk Menjadikan Pulau Pinang No. 1 di Malaysia, Kita mesti juga no. 1 dalam Initiatif Hijau yang Menjadikan Pulau Pinang Lebih Bersih, Hijau, Selamat dan Sihat.