Skip to content

Walaupun dicampak dengan tahi, tapi dibalas dengan bunga

PMX arah kerjasama penuh diberikan untuk perhimpunan yang berniat menjatuhkannya.

Menteri Pengangkutan mengarahkan seluruh kemudahan pengangkutan awam beroperasi seperti biasa dan menguar-uarkan dasar pengangkutan awam yang memanfaatkan rakyat

Ketua Polis Negara menjamin keselamatan awam dan menghormati hak dan kebebasan rakyat untuk berhimpun.

Rakyat Malaysia mungkin tidak biasa membaca ayat-ayat di atas lantaran rejim-rejim sebelum ini adalah menzalimi rakyat yang berhimpun, malah pandai dalam menutup parlimen dan menyekat kebebasan rakyat.

Namun, kerajaan Madani telah memilih jalan lain iaitu menghormati suara berbeda, menjunjung kebebasan berhimpun, dan malah mempermudahkan urusan pembangkang untuk segala usaha yang menjatuhkan kerajaan.

Saya setuju bahawa kerajaan ini tidak cukup sempurna, tidak cukup mantap dan tidak cukup pengalaman dalam pentadbiran, namun tidak pernahnya kerajaan ini bertindak seperti kerajaan terdahulu dalam bab mempertahankan hak dan kebebasan rakyat.

Pada masa yang sama, Pemuda Perikatan Nasional berkata bahawa mereka hanya berniat menjatuhkan PMX dan tidak ingin mengguling kerajaan.

Adakah mereka sedar bahawa sistem demokrasi berparlimen negara kita adalah berpaksikan Perdana Menteri sebagai ketua eksekutif dan seluruh kabinet adalah perlu dibubarkan sekiranya Perdana Menteri sudah meletakkan jawatan ataupun dijatuhkan.

Retorik bahawa usaha yang berniat untuk menukarkan PM tanpa menukarkan kerajaan adalah tidak betul dan sesungguhnya tidak salah untuk menggelar pemuda pembangkang tersebut sebagai kumpulan pemuda parti politik yang terpaling bebal sekali dalam sejarah.

Mungkin ini juga sebab beberapa NGO yang biasa berdemonstrasi TOLAK jemputan Perikatan Nasional untuk menyertai himpunan dan tegas menekankan kepentingan kestabilan politik dan tidak lagi mengulangi Langkah Sheraton.

Satu soalan lagi kepada Pemuda PN, siapakah calon PM untuk PN?

“Yang menatijahkan rakyat mengangkat bendera putih? Atau bekas Duta Khas Timur Tengah? Atau Ketua Pembangkang kini yang tidak berani berdepan dengan PMX dalam sesi parlimen?”

Selamat menjawab sambil berhimpun.