Walaupun Majlis Perbandaran Kemaman membuat “u-turn” atas larangan pengoperasi premis perniagaan pada waktu solat Jumaat, ia tidak dapat menghilangkan kerisauan orang bukan Islam.
Semakin banyak doktrin agama Islam dilaksanakan sebagai dasar polisi awam. Dasar-dasar ekstreme seumpama cendawan tumbuh selepas hujan, contohnya larangan arak dan judi di beberapa negeri, semakin menghakis hak serta pilihan orang bukan Islam. Kini kerajaan negeri Terengganu lagi melampau dan sanggup melaksanakan polisi yang mengancam hak orang bukan Islam untuk berniaga.
Tanpa rakyat yang membantah larangan ini dengan lantang, larangan ini semestinya akan dikuatkuasakan. Hak orang bukan Islam akan diancam secara perlahan-lahan.
Sekiranya kerajaan Terengganu pimpinan PAS betul-betul menghormati orang bukan Islam dalam negeri dengan ikhlas, maka kerajaan negeri perlu berfikir dua kali sebelum melaksanakan sebarang dasar. Majlis Mesyuarat Kerajaan Terengganu juga berkewajiban menghormati hak dan amalan orang bukan Islam, dan dasar yang mencabuli hak dan kepentingan orang bukan Islam tidak boleh dilaksanakan.
Walaupun daripada sudut pandangan penganut Islam, larangan kerajaan negeri ini tetap melanggar hak golongan peniaga kecil. Kerajaan negeri Terengganu harus memberi peluang kepada peniaga-peniaga untuk memilih sama ada untuk beroperasi pada waktu solat Jumaat, dan bukan memaksa mereka untuk menutup premis perniagaan mereka. Hal ini adalah tidak adil bagi mereka.