Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah hilang sokongan rakyat. Beliau berpura-pura menampilkan watak alim di mata masyarakat. Tetapi, rakyat tidak boleh diperbodohkan selama-lamanya.
Hari ini, rakyat faham bahawa masalah yang dihadapi oleh negara kita adalah disebabkan oleh Pendana Menteri sendiri. Nama Malaysian tercemar kerana pelbagai skandal melibatkan ketua negara yang juga merupakan Presiden parti UMNO.
Rakyat tahu tentang skandal Altantuya. Rakyat sedar mengenai skandal FELDA dan Tabung Haji. Rakyat celik dalam kes 1MDB yang melibatkan MO1. Macam-macam lagi penyelewengan yang melibatkan Perdana Menteri dan kuncu-kuncunya terbongkar.
Tidak ada sebab untuk rakyat Malaysia menolak Perdana Menteri yang korup dan memilih seorang pemimpin yang jujur dan amanah untuk menerajui negara. Datuk Seri Najib Tun Razak amat khuatir tentang masa hadapan parti UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nadional yang lain. Itulah sebabnya beliau masih tidak berani membubarkan Parlimen dan memanggil Pilihanraya Umum.
Pengaruh Pakatan Harapan pula semakin menular di seluruh pelusok negara. Kawasan-kawasan kubu kuat Barisan Nasional juga telah direntasi oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dengan mudah. Tun Dr Mahathir juga berjaya mengolah semula strategi dan dinamika politik barisan pembangkang untuk bersiap sedia melangkah masuk Putrajaya melalui PRU14.
Tun Dr Mahathir merupakan seorang negarawan yang terpuji di dalam negara dan juga di arena antarabangsa. Manakala Datuk Seri Najib Tun Razak pula dikenali dunia dengan istilah kleptokrasi yang tidak pernah kita dengar sebelum ini.
Rakyat harus membuat pilihan terbaik diantara watak hitam dan watak putih dalam PRU14 nanti. Kita tidak boleh membiarkan negara kita terbinasa di bawah sebuah regim kleptokrat. Kita mahu melihat negara kita ditadbir dengan baik, adil dan saksama. Kita mahu Malaysia menjadi maju dan negara berpendapatan tinggi dalam tempoh terdekat.
Siapakah yang boleh menyelamatkan Malaysia? Rakyat hanya mempunyai satu pilihan terbaik iaitu Pakatan Harapan. Setiap undi untuk Pakatan Harapan akan memberi nafas baru untuk mereformasikan pola ekonomi, politik dan sosial negara bangsa ini.