Pejabat saya telah menyalurkan dana sebanyak RM135,526 kepada SK St.Mary sebagai sumbangan perabot untuk kegunaan warga sekolah.
Saya diberitahu bahawa kerusi dan meja di dalam kelas sedia ada telah uzur dan sebahagian sumbangan tersebut akan digunakan bagi pembekalan meja dan kerusi baharu kepada murid-murid.
Selain itu, peruntukan ini juga digunakan membeli sofa set pejabat baharu dan almari bercermin. Almari baharu akan digunakan untuk menyimpan piala dan plaque kemenangan serta menyimpan pakaian tradisional kelab budaya.
Pejabat saya juga berturut tahun menyalurkan peruntukan dana kepada sekolah untuk aktivitivi tahunan.
Setiap tahun, pejabat saya juga membekalkan baju dan kasut sekolah baharu kepada murid-murid dari keluarga yang miskin.